MWCP Malay World Cultural Paradise pusat pelancongan sehenti berkonsep perkampungan budaya Melayu di tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Nantikan pelancarannya

Sanggar Budaya 'Malay World Cultural Paradise' adalah kalendar aktiviti berkonsep perkampungan budaya Melayu di tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dianjurkan oleh Persatuan Tatihseni Malaysia & Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd

REWANG RAYALagu Tema Rasmi Konsert Rumah Terbuka “Rewang Eh Raya” 2025Ciptaan: Noraniza Idris & Pak Dwionoh HermantoroLi...
20/04/2025

REWANG RAYA

Lagu Tema Rasmi Konsert Rumah Terbuka “Rewang Eh Raya” 2025

Ciptaan: Noraniza Idris & Pak Dwionoh Hermantoro
Lirik: Fedtri Yahya

“Rewang Raya” merupakan lagu tema rasmi untuk Konsert Rumah Terbuka Rewang Eh Raya 2025, yang menampilkan semangat gotong-royong dan kemeriahan sambutan Aidilfitri dalam acuan budaya Malaysia. Lagu ini dicipta khas oleh ikon irama tradisional kontemporari Noraniza Idris bersama komposer dari Indonesia, Pak Dwionoh Hermantoro, dan digarap indah dengan lirik oleh penulis dan pengacara terkenal, Fedtri Yahya.

Lagu ini mengangkat elemen muzik tradisional Melayu dengan suntikan moden, mempersembahkan gabungan melodi rentak berasaskan gamelan dan zapin yang meriah. Liriknya p**a menyampaikan mesej perpaduan, kasih sayang, serta nilai murni rewang – budaya gotong-royong yang sinonim dengan persiapan perayaan dalam komuniti Melayu dan pelbagai etnik di Malaysia.

“Rewang Raya” akan membuka segmen utama konsert ini sebagai simbolik pembukaan tirai acara dan sambutan penuh adat, budaya dan kasih sayang. Lagu ini dijangka menjadi pengikat rasa, penyatuan komuniti dan penyambung warisan melalui persembahan pentas yang melibatkan penari, penyanyi dan elemen lakonan yang menyerlahkan kisah raya rakyat Malaysia.

Terima Kasih kepada Imperia Asia kerana telah menaja sebahagian daripada penerbitan klip video ini.Tajuk Lagu : Rewang RayaArtis : Noraniza Idris & Mimi Fly ...

17/04/2025

Tinggal 8 HARI LAGI menuju REWANG EH RAYA 2025!

Bersiaplah untuk:

Konsert Raya PERCUMA
Juadah Tradisi Bugis
Lakonan, Tarian & Nyanyian Raya
Pertandingan Tarian & Nyanyian
Bengkel Budaya & Aktiviti Keluarga

Tarikh: 26 April 2025
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Summit USJ Mall

Jangan lupa ajak keluarga & rakan-rakan…
REWANG EH..! RAYA kali ini memang lain dari yang lain!

Address

Maju Link, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30

Telephone

+60162918066

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MWCP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MWCP:

Featured

Share