16/09/2026
TERKEJUT TENGOK BIL ELEKTRIK BULAN NI? ⚡
Ramai yang mula mengeluh.
“Kenapa bil bulan ni tinggi sangat?”
“Rasa macam guna elektrik sama je.”
“Bulan lepas tak macam ni pun.”
TNB dah tampil beri penjelasan. Menurut TNB, AFA bukan punca kenaikan mendadak bil elektrik. Malah pengguna domestik dengan penggunaan 600 kWj ke bawah sebulan dilindungi daripada caj AFA.
Jadi sebelum pening tengok angka RM, cuba tengok satu benda dahulu:
Berapa kWj yang kita guna bulan ini?
Kadang-kadang kita rasa penggunaan sama. Tetapi cuaca panas menyebabkan aircond dipasang lebih lama. Cuti sekolah p**a lebih ramai berada di rumah. TV, komputer, water heater, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan lain bekerja lebih lama.
Tambah sedikit setiap hari, hujung bulan boleh jadi banyak.
Jadi apa yang boleh kita buat?
1. Check penggunaan dalam myTNB.
Jangan tunggu bil keluar baru nak terkejut. Bagi pengguna meter pintar, penggunaan boleh dipantau dengan lebih kerap. Cuba kenal pasti hari penggunaan tiba-tiba tinggi.
2. Aircond ini antara tempat paling mudah untuk berjimat.
TNB mencadangkan suhu sekitar 24–26°C. Tutup pintu dan tingkap, bersihkan filter dan elakkan memasang aircond terlalu sejuk kalau tak perlu.
3. Tengok peralatan yang “makan elektrik” lama-lama.
Bukan aircond sahaja. Water heater, dryer, pam air atau kolam dan peralatan berkuasa tinggi yang digunakan berjam-jam boleh memberi kesan besar apabila dikumpulkan selama sebulan.
4. Kalau sesuai, pertimbangkan Time of Use (TOU).
Strateginya mudah: alih penggunaan elektrik yang boleh dialihkan ke waktu luar puncak, apabila kadar lebih rendah. Contohnya sesetengah penggunaan mesin basuh atau pengecasan boleh dijadualkan pada waktu tersebut.
5. Bila beli barang elektrik baru, tengok label tenaga.
Utamakan peralatan 4 atau 5 bintang. Harga mungkin berbeza sedikit, tetapi untuk barang yang digunakan bertahun-tahun, penggunaan tenaga juga penting.
6. Rumah dengan penggunaan tinggi boleh pertimbangkan solar.
Kos permulaan memang lebih besar, jadi buat kira-kira dahulu sama ada penjimatan jangka panjang berbaloi dengan corak penggunaan rumah anda.
Dan paling penting:
Jangan hanya bandingkan RM. Bandingkan kWj.
Kalau bulan lepas 350 kWj tetapi bulan ini 500 kWj, penggunaan memang sudah berubah.
Tetapi kalau kWj hampir sama, tiba-tiba jumlah bil jauh lebih tinggi, semak pecahan bil dengan lebih teliti. Kalau masih nampak pelik, hubungi TNB untuk penjelasan.
Bil elektrik tinggi memang sakit hati.
Tapi perkara pertama yang kita boleh kawal ialah cara kita menggunakan elektrik.
Mulakan dengan satu strategi paling mudah malam ini:
Aircond 24–26°C. Pantau kWj. Kurangkan pembaziran yang kita tak sedar.
— Public Health Malaysia