Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman

Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman "Komuniti Bekerjasama, Komuniti Berkualiti"

*MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI UNIT PENGANGKUTAN, KEM KOMANDAN, BUKIT AMAN*Tarikh : 25/04/2025 @ Jumaat Masa : 1800 hrs -2...
28/04/2025

*MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI UNIT PENGANGKUTAN, KEM KOMANDAN, BUKIT AMAN*

Tarikh : 25/04/2025 @ Jumaat
Masa : 1800 hrs -2330hrs.
Tempat: Dataran Unit Pengangkutan, Cawangan Kem Komandan, Bukit Aman.

⭐️ *OBJEKTIF MAJLIS*
💠 Mengeratkan silaturrahim antara warga Unit Pengangkutan, termasuk pegawai kanan, pegawai rendah, pesara serta keluarga masing-masing.

💠Meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan, kegembiraan dan kekeluargaan selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

💠Mengiktiraf sumbangan pegawai dan pesara yang telah berkhidmat serta meraikan pegawai yang telah bertukar keluar dari Unit Pengangkutan.

💠Mewujudkan suasana harmoni dan semangat kekitaan, seterusnya menggalakkan kerjasama serta penyatuan dalam kalangan semua peringkat warga kerja Unit Pengangkutan.

⭐️ *RUMUSAN MAJLIS*

🌙 *Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Unit Pengangkutan Kem Komandan* telah berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

🌙 Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, P/Supt Mohd Syahrun Nizam bin Mashuri (Pegawai Turus Kem Komandan) dan isteri, ASP Sallehuddin bin Sulaiman (ASP Kem Komandan Pengangkutan) dan isteri, Pegawai Kanan Polis Kem Komandan, pesara-pesara polis, pegawai rendah polis yang telah bertukar, serta warga kerja Unit Pengangkutan bersama ahli keluarga.

🌙 *Seramai lebih kurang 160 orang tetamu termasuk isteri dan anak-anak hadir* memeriahkan majlis yang berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.30 malam.

🌙 Majlis ini telah menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke dan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

💠 *ULASAN MAJLIS*

🌠 Majlis pada malam ini telah berlangsung dalam suasana cukup harmoni dan penuh keceriaan.

🌠 Persembahan karaoke telah mencuri tumpuan para hadirin dengan penyertaan penuh semangat dari warga Unit Pengangkutan.

🌠 Johan pertandingan telah dimenangi oleh Konst/S Shafian dari Unit Urus Tadbir, tempat kedua oleh Kpl Shauqi dari Unit KRJ, dan tempat ketiga oleh Kpl Zaidi dan KPL Jumali dari Unit Teknikal. Kategori Pakaian Tercantik p**a dimenangi oleh keluarga Kpl Taufiq dari Unit Pool yang hadir sedondon dan bergaya menarik.

🌠 Kanak-kanak yang hadir turut diraikan dengan pemberian duit raya, menceriakan lagi suasana hari raya.

🌠 Para hadirin juga kelihatan bergaya dan bersemangat, tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama keluarga di laman santai yang dihias indah, menjadikan majlis ini lebih bermakna.

❇️ *_Kejayaan penganjuran majlis ini adalah hasil daripada kerjasama erat, semangat sepasukan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga Unit Pengangkutan. Segala persiapan yang dibuat dengan semangat bergotong-royong telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan._*

*Kesimp**annya, majlis ini bukan sekadar sambutan hari raya, tetapi juga sebagai medium mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menghargai jasa warga kerja dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan seluruh anggota Unit Pengangkutan. Semoga tradisi ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa akan datang.*

31/03/2025

Salam Aidiladha 1446H

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada

Asp Sallehuddin Bin Sulaiman & Warga Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman

Selamat Menyambut Hari Polis 218 Ke -2825 MAC 2025Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya disambut pada 25 MAC seti...
25/03/2025

Selamat Menyambut Hari Polis 218 Ke -28

25 MAC 2025

Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya disambut pada 25 MAC setiap tahun, memperingati penubuhan Pasukan Polis Tanah Melayu pada tahun 1807. Pihak PDRM pasti menghargai sokongan dan semangat masyarakat. Mari kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis serta pesara polis yang sentiasa berkhidmat untuk keselamatan negara!

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Ikhlas daripada

ASP KEM KOMANDAN(PENGANGKUTAN)
Serta Warga Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman

#218

MAJLIS IFTAR CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMANBulan Ramadan tidak hanya tentang menahan lapar dan dahaga, te...
15/03/2025

MAJLIS IFTAR CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN

Bulan Ramadan tidak hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang mengeratkan tali persaudaraan. Salah satu wujudnya adalah Majlis Iftar atau acara berbuka puasa bersama. Majlis iftar menjadi momen istimewa di mana umat Islam berkumpul, berbagi hidangan, dan merasakan kebahagiaan kolektif sebagai hamba yang bersyukur. Dalam suasana penuh kehangatan ini, nilai-nilai ukhuwah (persaudaraan) dan kasih sayang tumbuh subur, mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang gemar mengajak orang lain berbuka.

Majlis iftar bukan sekadar acara makan-makan. Ia adalah cerminan dari semangat Ramadan: mengutamakan kebersamaan, merendahkan hati, dan menyuburkan kasih sayang. Seperti sabda Nabi SAW:
*"Orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia."* (HR. Thabrani).
Semoga setiap majlis iftar yang kita hadiri tidak hanya memanjakan lidah, tetapi juga menyentuh jiwa, agar Ramadan kali ini meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan kita.

"Marhaban Ya Ramadan 🌙"*

02/03/2025

ASP Kem Komandan (Pengangkutan) Bukit Aman ,ASP Sallehuddin Bin Sulaiman bersama warga Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak 1446 Hijrah buat semua umat Islam.

“Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan upaya kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat Muslim di seluruh dunia.”

/2025


PERJUMPAAN PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN (KESELAMATAN/SUKAN/REKREASI) BERSAMA WARGA CAWANGAN PENGANGKUTAN, KEM KOMANDANTa...
28/02/2025

PERJUMPAAN PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN (KESELAMATAN/SUKAN/REKREASI) BERSAMA WARGA CAWANGAN PENGANGKUTAN, KEM KOMANDAN

Tarikh / Hari :- 28 FEB 2025 / Jumaat
Masa :- 9.00 Pagi
Tempat : Garaj A, Tempat Meletak Kenderaan

DEMO PENGGUNAAN ALAT PEMADAM APITarikh:* 21/02/2024 Masa :* 1500 hrs-1645hrsTempat :* Bilik Kuliah Unit Latihan & Perkar...
21/02/2025

DEMO PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Tarikh:* 21/02/2024
Masa :* 1500 hrs-1645hrs
Tempat :* Bilik Kuliah Unit Latihan & Perkarangan Caw. Pktn Kem Kom Bukit Aman

*Bantuan Peg/Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah,Kuala Lumpur:-*
1. PBK II Kamazul Anuar Bin Zulkifli (Penyelia Pasukan)
2. PBK II (KUP) Salihin Bin Shahli
3. PBK II (KUP) Irdayu Binti Ishak
4. PB Mohd Zharif Amin Bin Hasnan
5. PB Mohd Faris Aizuddin

*Kehadiran:-*
1. Asp Sallehuddin Bin Sulaiman - ASP Kem Komandan (Pengangkutan)
2. Insp. Jayaraj Pillay A/L R Mutthalagan - Insp. Pengangkutan (Operasi)
3. Insp. Amir Bin Othman - Insp. Pengangkutan (Teknikal)
4. S/Insp. Mohd Turi Bin Mohd Seh - Ketua Pemandu
5. SM Asri Bin Abdul - Pen. K/Pemandu.
6. P/SM Zaid Bin Abdullah - Ketua Bengkel.
7. 26 orang APR.

*Perkara Yang Ditaklimatkan:-*
1. Jenis² Pemadam Api
2. Cara Meletak Pemadam Api
3. Bahan² Dalam Pemadam Api Jeis Serbuk Kering (ABC Powder)
4. Jenis Pemadam Api Yang Sesuai Digunakan Mengikut Jenis Kebakaran.
5. Kesalahan tidak memperbaharui permit pemadam api bagi bangunan kerajaan (pemilik premis boleh dikompaun sehingga RM5k bagi setiap kesalaan/pemadam api)
6. Demo/Cara² penggunaan pemadam api yang betul.

MAJLIS PERSARAAN KPL/S 11406 MOHD FADZIL BIN JAMALUDINCAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN, 01.10.2024(Isnin) @...
03/10/2024

MAJLIS PERSARAAN KPL/S 11406 MOHD FADZIL BIN JAMALUDIN

CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN, 01.10.2024(Isnin) @1430 HRS - Majlis persaraan Kpl/S Mohd Fadzil Bin Jamaludin yang diadakan di Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman bagi menghargai jasa beliau setelah berkhidmat selama 38 tahun dalam PDRM.

Huraian :-

Beliau memulakan karier sebagai anggota polis pada tanggal 01/08/1986 sehingga 01/10/2024. Diawal perjalanan sebagai anggota polis, beliau ditugaskan di Pulapol Kuala Lumpur dari 01.08.1986 sehingga 21.02.1993. Selepas itu, dari 22.02.1993 sehingga 31.07.1994 beliau ditempatkan di Cawangan Kem Komandan Bukit Aman. Setelah itu, beliau ditugaskan di Jabatan Pengurusan Bukit Aman selama 17 tahun dari 01.08.1994 sehingga 27.10.2011. Kemudian, beliau ditempatkan di Cawangan Urusetia KPN(Komunikasi Korporat) Jabatan Pengurusan sebagai Pemandu. Di akhir perjalanan, beliau telah berkhidmat di Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman dari 28.10.2011 sehingga 01.10.2024. Sepanjang perjalananan beliau, banyak jasa dan sumbangan yang telah beliau curahkan dalam PDRM sebagai anggota polis.

Semoga kenangan beliau bersama PDRM akan menjadi memori yang indah kepada beliau. Kami dari pihak Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman berdoa agar segala urusan Kpl/S Mohd Fadzil dipermudahkan dan diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan serta bahagia disamping keluarga tersayang.

Terima Kasih juga diucapkan kepada beliau kerana peluh dan keringat yang telah beliau curahkan selama ini di Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman

LAWATAN KERJA FTO KE CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMANCAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN, 18.09.2...
18/09/2024

LAWATAN KERJA FTO KE CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN

CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN, 18.09.2024(Rabu) @1000 HRS - Lawatan Kerja KPP (Pengangkutan) Jabatan Logistik dan Teknologi YDH SAC Tuan Zakaria Bin Ismail bersama 6 pegawai kanan ke Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman.

Huraian :-

Kedatangan YDH SAC Tuan Zakaria Bin Ismail bersama 6 pegawai kanan dari Cawangan Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi disambut oleh ASP Sallehudin Bin Sulaiman merangkap ASP Pengangkutan Kem Komandan berserta INSP Pengangkutan (Operasi) dan INSP Pengangkutan (Teknikal).

YDH SAC Tuan Zakaria bin Ismail diiringi oleh ASP Sallehudin Bin Sulaiman untuk memeriksa kenderaan 4 roda dan 2 roda di Cawangan Pengangkutan Kem Komandan. Selepas itu, YDH SAC Tuan Zakaria bin Ismail melawat di Unit Teknikal Cawangan Pengangkutan Kem Komandan serta Laman Santai Transporter.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat di bilik mesyuarat Cawangan Pengangkutan Kem Komandan yang disampaikan oleh ASP Sallehudin Bin Sulaiman. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari,pemberian cenderahati serta sesi bergambar sebagai kenangan lawatan kerja KPP Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi, YDH SAC Tuan Zakaria bin Ismail.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 67 pada 31 Ogos 2024. Kemerdekaan Malaysia melambangkan semangat bangsa yang b...
30/08/2024

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 67 pada 31 Ogos 2024.

Kemerdekaan Malaysia melambangkan semangat bangsa yang bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan dan meraih kemajuan negara. Ia juga merupakan bentuk penghormatan kepada para pejuang kemerdekaan yang telah berjuang dan sanggup berkorban nyawa bagi membebaskan negara dari penjajahan.

"JIWA MERDEKA"

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK 30 TAHUN SKUAD 1/1994 CAWANGAN KEM KOMANDAN BUKIT AMANTarikh: 01/08/2024(Khamis)Masa : 1430h...
02/08/2024

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK 30 TAHUN SKUAD 1/1994 CAWANGAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN

Tarikh: 01/08/2024(Khamis)
Masa : 1430hrs
Tempat: Bilik Latihan,Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman

Majlis sambutan Jubli Perak 30 Tahun Skuad 1/1994 Pulapol /Pulapah yang diadakan adalah bertujuan untuk menghargai segala penat lelah,susah senang di dalam pasukan serta sumbangan dan berkongsi pengalaman yang dicurahkan. Seramai 6 pegawai serta anggota yang dirai pada majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDH DSP Mohd Syahrun Nizam Bin Mashuri DSP Kem Komandan Bukit Aman, Pegawai Kanan serta anggota yang dirai.

Semoga majlis yang diraikan ini didapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama pegawai dan anggota.


PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN.BUKIT AMAN, 26 Julai 2024 (Jumaat) – Caw.Pengangk...
27/07/2024

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT CAWANGAN PENGANGKUTAN KEM KOMANDAN BUKIT AMAN.

BUKIT AMAN, 26 Julai 2024 (Jumaat) – Caw.Pengangkutan telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat yang mana program ini diadakan seminggu sekali melibatkan penyertaan dari pegawai kanan polis, pegawai rendah polis. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan warga polis yang sihat dan cergas. Di samping itu juga, program ini dapat memupuk kepentingan dan kesedaran budaya sihat dalam kalangan warga kerja Caw.Pengangkutan seperti yang disarankan oleh pucuk pimpinan PDRM.

Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan seterusnya larian ke Tugu Negara dan Taman Tugu yang diketuai oleh Kon.Nik Danial selaku jurulatih pada kali ini.

Kehadiran program ini adalah seramai 35 orang dan turut hadir adalah ASP Sallehuddin Bin Sulaiman ASP Kem Komandan(PKTN),Insp Jayaraj Pillay A/L R.Mutthalagan Insp PKTN(Operasi),Insp Amir Bin Othman Insp PkTN(Teknikal) 35 penyelia dan anggota Caw.Pengangkutan.

Program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.


Address

Cawangan Pengangkutan Bukit Aman
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share