13/08/2026
Islamic Spiritual Division of Malaysian Armed Forces and Saudi Defence Attachรฉ Office Hold Friendly Volleyball Match
KUALA LUMPUR, 13 AUGUST โ The Islamic Spiritual Division of the Malaysian Armed Forces (BKI ATM) and the Saudi Arabian Defence Attachรฉ Office held a friendly volleyball match today at the Saudi Schools in Kuala Lumpur to strengthen bilateral military ties and diplomatic cooperation. Brigadier General Hj Mohd Hamzah bin Adam, Deputy Director-General of Policy and Management (BKI ATM), attended the event on behalf of the Director-General.
Upon arrival, Brigadier General Hj Mohd Hamzah was received by the Saudi Defence Attachรฉ, Brigadier General Abdullah Zaher Al-Bargi, alongside Director of Operations, Colonel Salahuddin bin Safeie. Following a technical briefing and an opening launch gimmick, teams competed in a series of matches, concluding with a prize-giving ceremony and an exchange of official mementos between both delegations.
Program Director Lieutenant Colonel Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini noted that the tournament successfully fostered camaraderie, esprit de corps, and mutual understanding between BKI ATM and the Saudi Defence Attachรฉ Office. Both parties expressed a shared commitment to sustaining such goodwill sporting events to further deepen international defense relations and spiritual-cultural ties in the future.
_______________________________________________________________________
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ANTARA BKI ATM DENGAN PEJ DA SAUDI
KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan BKI ATM, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, mewakili Ketua Pengarah pada petang ini hadir menyaksikan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Antara BKI ATM dengan Pej DA Saudi bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Saudi Schools in Kuala Lumpur.
Terlebih dahulu, ketibaan YBhg TKPP disambut oleh DA Saudi, Brig Jen Abdullah Zaher Al-Bargi dan Pengarah Operasi Kol Salahuddin bin Safeie. Seterusnya acara dimulakan dengan gimik dan taklimat teknikal kepada pemain setiap kumpulan. Sejurus selesainya perlawanan akhir, turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan pertukaran momento antara BKI ATM dengan Pej DA Saudi.
Menurut Pengarah Program, Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini, acara sukan yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahmi, semangat setia kawan, ๐๐ด๐ฑ๐ช๐ณ๐ช๐ต ๐'๐๐ฐ๐ณ๐ฑ๐ด, hubungan kerjasama yang baik antara BKI ATM dengan Pej DA Saudi. Semoga aktiviti kesukanan mahabbah ini akan diteruskan di sepanjang masa dan hubungan akrab ini dipereratkan pada masa akan datang.