Muslim Care Malaysia Society

Call Directions Website Contact the organization

Muslim Care Malaysia Society Sebuah NGO Islam yang menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan, kerja amal dan kebajikan.
(381)

Cetusan penubuhan Muslim Care bermula di atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu sumbangan derma orang ramai walaupun terkumpul dilakukan dengan cara yang tidak tersusun. Justeru itu, apabila tragedi Tsunami melanda umat Islam Acheh dan Meulaboh serta beberapa negara lain, situasi tersebut menguatkan lagi azam kami untuk menubuhkan dan menggerakkan Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan Muslim Care dengan seberapa segera. Sumbangan boleh disalurkan kepada

Secara Online di Website Rasmi www.muslimcaremalaysia.my

Akaun Maybank:
564490413882 Muslim Care Malaysia
564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)

Akaun Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

Akaun CIMB:
8604171675 Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia

Akaun RHB:
26-2120-0000-4747 Muslim Care

Akaun Bank Muamalat:
14010007654717 Muslim Care Malaysia

18/09/2026
17/09/2026

“7,500 UMAT ISLAM. RUANG SOLAT HANYA 10 KAKI × 10 KAKI.”

Bayangkan sekitar 1,500 keluarga Muslim dengan anggaran 7,500 umat Islam tinggal di Mandaluyong, Metro Manila, tetapi masih belum mempunyai sebuah masjid dan pusat Islam yang benar-benar mampu menjadi nadi komuniti mereka.

Hari ini, sebahagian mereka hanya menggunakan ruang sekitar 10 kaki × 10 kaki di kawasan medan selera untuk solat berjemaah hanya mampu memuatkan sekitar 25 jemaah pada satu-satu masa.

Lebih menyedihkan, solat Subuh berjemaah tidak dapat dilaksanakan di situ kerana akses ke kawasan berkenaan hanya dibenarkan sekitar jam 10 pagi. Apabila Ramadan, mereka p**a terpaksa menyewa ruang berasingan untuk jemaah wanita.

Inilah sebabnya Mandaluyong memerlukan sebuah masjid dan Pusat Islam.

Lebih bermakna, usaha mewujudkan pusat ini turut mendapat sokongan Datuk Bandar Mandaluyong yang bukan beragama Islam, yang mengalu-alukan kewujudan sebuah masjid dan Pusat Islam untuk memenuhi keperluan komuniti Muslim di bandar tersebut.

Muslim Care Malaysia Society (MCM) kini mengusahakan Wakaf Pembinaan Masjid dan Pusat Islam Mandaluyong yang akan berfungsi sebagai “one stop centre” untuk solat berjemaah, pendidikan al-Quran, dakwah, kebajikan, aktiviti komuniti serta pembangunan ekonomi halal.

Ia juga diharapkan menjadi pusat dakwah yang mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada kefahaman yang lebih baik tentang Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

«“Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya sebuah rumah seumpamanya di syurga.”
— Riwayat al-Bukhari dan Muslim»

🕌 SASARAN WAKAF: RM6,250,000
💚 Terkumpul: RM104,361
🎯 Masih diperlukan: RM6,145,639

Jumlahnya besar, tetapi jika ramai daripada kita mengambil bahagian, insya-Allah impian 7,500 saudara Muslim kita ini mampu direalisasikan.

Tidak perlu menunggu mampu memberi ribuan ringgit. Wakaflah mengikut kemampuan.

🔗 https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/pembinaan-islamic-centre-mandaluyong-filipina

SALURKAN WAKAF ANDA KE:

BANK RAKYAT
1101 744 599
Muslim Care Malaysia Society

BANK ISLAM
1403 20100 93666
Muslim Care Malaysia Society

Rujukan: WAKAF PUSAT ISLAM

Atau melalui DuitNow QR seperti di poster.

📞 Hotline: 011-1087 1087
📞 Johari: 016-997 8323
📞 Safuan: 013-488 6447
📞 Zuriati: 019-204 9434

Wakaf kita hari ini, insya-Allah menjadi tempat sujud, tempat ilmu dan pusat dakwah untuk generasi akan datang.



SMART TV 65 INCI BANTU 33 PELAJAR AUTISME, OKU DI KUALA KRAUSeramai 33 pelajar autisme dan orang kurang upaya (OKU) di P...
17/09/2026

SMART TV 65 INCI BANTU 33 PELAJAR AUTISME, OKU DI KUALA KRAU

Seramai 33 pelajar autisme dan orang kurang upaya (OKU) di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Harapan Indah, Kuala Krau menerima sebuah Smart TV 65 inci bagi membantu aktiviti pembelajaran, penjagaan dan pengurusan harian mereka.

Sumbangan menerusi Muslim Care Malaysia Society (MCM) itu direalisasikan hasil tajaan seorang penyumbang yang bermurah hati membiayai sepenuhnya pembelian serta pemasangan televisyen berkenaan.

Hari ini, 17 September 2026, proses penyerahan dan pemasangan Smart TV berkenaan berjaya disempurnakan untuk kegunaan para pelajar serta tenaga pengajar di pusat tersebut.

Sebelum ini, televisyen yang digunakan telah rosak sejak lebih enam bulan lalu. Keperluan tersebut dimaklumkan oleh Ustaz Kamal Ashaari kepada pihak MCM sebelum seorang penyumbang tampil membantu.

Menurut penyelaras pusat, kemudahan televisyen itu bukan sekadar digunakan untuk hiburan, malah menjadi medium sokongan dalam sesi pembelajaran, aktiviti visual dan pengurusan tingkah laku pelajar.

“Bagi sebahagian pelajar yang sangat aktif, tayangan kandungan yang bersesuaian dapat membantu mereka lebih tenang dan memberi ruang kepada para pengajar mengendalikan aktiviti dengan lebih teratur.

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana sumbangan ini benar-benar membantu urusan harian di pusat,” katanya.

Suasana selepas pemasangan televisyen turut mencuri perhatian apabila beberapa pelajar yang sebelum itu aktif mula memberi tumpuan kepada tayangan di skrin.

Turut hadir ialah Ustaz Kamal Ashaari bersama beberapa petugas sukarela yang membantu menjayakan urusan pemasangan televisyen berkenaan.

MCM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang atas keprihatinan dan kesudian membantu memenuhi keperluan anak-anak di pusat tersebut.

Sumbangan yang mungkin kelihatan sederhana bagi sesetengah pihak, mampu membawa kelegaan yang cukup besar kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Semoga Allah SWT menerima amal kebajikan ini, melimpahkan keberkatan kepada penyumbang serta keluarganya, meluaskan rezeki dan mempermudahkan segala urusan.


17/09/2026

🔴 LIVE | Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Usul Ad-Dakwah”
Bersama Al Fadhil Ustaz Nurul Khalil

Tarikh : 17 september 2026 Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di :-

1. Facebook Muslim Care Malaysia Society https://www.facebook.com/share/v/18iJC4HBUD/

2. Tiktok Taman Syurga MCM https://vt.tiktok.com/ZS9A1N9S9pmdT-szR8I/

Jom ikuti channel Whatapps Taman Syurga Online MCM untuk maklumat lebih lanjut :-
https://whatsapp.com/channel/0029VbAoIZZ8aKvCBi4JWT3b



Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.Bedah Kitab “Kitab Usul Ad-Dakwah”Bersama Al Fadhil Ustaz N...
17/09/2026

Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Usul Ad-Dakwah”
Bersama Al Fadhil Ustaz Nurul Khalil

Tarikh : 17 september 2026 Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

Jom ikuti channel Whatapps Taman Syurga Online MCM untuk maklumat lebih lanjut :-
https://whatsapp.com/channel/0029VbAoIZZ8aKvCBi4JWT3b



🇲🇾 UCAPAN HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Bunga raya mekar berseri,Tumbuh indah di bumi bertuah;Berbeza bangsa teguh berdiri,Malays...
16/09/2026

🇲🇾 UCAPAN HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Bunga raya mekar berseri,
Tumbuh indah di bumi bertuah;
Berbeza bangsa teguh berdiri,
Malaysia bersatu membawa barakah.

Sempena Hari Malaysia, 16 September 2026, Muslim Care Malaysia Society (MCM) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini terbina daripada perpaduan, saling menghormati dan semangat kebersamaan. Walau berbeza latar belakang, negeri, bangsa dan budaya, kita berkongsi sebuah tanah air dan tanggungjawab untuk menjaga keharmonian serta kesejahteraannya.

Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, MCM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyuburkan nilai kasih sayang, kepedulian dan semangat membantu tanpa mengira perbezaan. Semoga nikmat keamanan yang kita kecapi menjadikan kita lebih bersyukur dan lebih prihatin terhadap mereka yang sedang diuji, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Malaysia milik kita bersama.
Bersatu dalam kepelbagaian, bersama menyebarkan kebaikan. 🇲🇾

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada,
Haji Zulkifi Wahijan
Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM)


15/09/2026

🔴 LIVE | Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Hadis Qudsi”
Bersama Al Fadhil Ustaz Salehuddin Mohd Nasir

Tarikh : 15 september 2026, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di:-

1) Facebook Muslim Care Malaysia Society
https://www.facebook.com/share/v/1CXS7sEw4X/

2) Tiktok Taman Syurga Online MCM
https://vt.tiktok.com/ZS9S76gNyrVhY-nxiFz/

Jom ikuti channel Whatapps Taman Syurga Online MCM untuk maklumat lebih lanjut :-
https://whatsapp.com/channel/0029VbAoIZZ8aKvCBi4JWT3b



Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.Bedah Kitab “Hadis Qudsi”Bersama Al Fadhil Ustaz Salehuddin...
15/09/2026

Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Hadis Qudsi”
Bersama Al Fadhil Ustaz Salehuddin Mohd Nasir

Tarikh : 15 september 2026, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di:-

1) Facebook Muslim Care Malaysia Society
2) Tiktok Taman Syurga Online MCM



Address

No 11, Jalan Binjai 1A, Sungai Tua Tanah Gantian
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601150050035

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslim Care Malaysia Society posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muslim Care Malaysia Society:

Shortcuts

Sponsored

Share