02/09/2026
SHARING is CARING & PETUO untuk MEMILIKI SI DIA "W204" untuk KITA semua…
JKKK of 🚜🚜🚜💨💨💨
Bila tgok emblem belakang ada tulis C180…C200…C230…C250…C300…
Semua C-Class juga tapi mana yg paling bagus?
C180: Utk BUAT RASO2
Ini kira pintu masuk. Power x seganas abang2 dia, tapi utk pergi kerja, jalan bandar, highway biasa… cukup.
Nak Mercedes. Nak W204. Nak santai2. C180 dah boleh.
C200: Pilihan SEIMBANG
Ini sweet spot utk ramai orang. Power cukup. Nak daily sedap. C200 p**a ada beberapa versi ikut tahun — antaranya Kompressor dan CGI. Kalau saya jumpa C200 yang condition cantik, service record ada dan owner lama memang jaga…sapu berdiri!
C230: YG TAU JE TAU
C230 ni menarik sebab ada versi W204 dengan enjin V6 2.5L. Bila enjin V6, karakter kereta terus lain. Smooth. Bunyi sedap. Bawak pun rasa lebih “Mercedes lama”.
Cuma minyak dan road tax tentulah lebih tinggi.Kalau orang tanya saya…C230 ni boleh beli ke?” Boleh. Malah saya s**a. Asalkan condition betul.
C250: UTK YG TAMAK
Ini saya s**a kalau nak balance antara performance dgn kegunaan harian. C250 CGI turbo memang sedap bila tekan. Bila bawak rasa “Eh laju jugak benda ni.”
Tapi bila masuk keluarga CGI, kena ambil perhatian kepada benda seperti timing chain, cam adjuster/sprocket, turbo, injector dan cooling system.
C300: UTK YG TAMAK HALOBA
Versi C300 p**a guna enjin 3.0L V6. Yang ni untuk orang yg memang nak rasa enjin 6-cylinder. Smooth lain. Bunyi lain. Tarikannya pun lain.
Tapi jangan beli C300 RM20k-RM30k kemudian nak maintenance mcm Myvi. 6 cylinder bermaksud lebih b*k spark plug. Minyak enjin lebih. Petrol lebih. Road tax pun lebih. Sedap memang sedap. Bayar pun kena sedap.
KESIMPULAN? Jadi mana satu saya pilih?
✅ Nak bajet & santai: C180
✅ First Mercedes / daily: C200
✅ Nak V6 tapi tak perlu 3.0: C230
✅ Nak balance performance + daily: C250
✅ Nak paling smooth & puas V6: C300
Tapi kalau depan saya ada…
C180 condition 9/10.
C250 condition 5/10.
C300 condition 4/10.
Saya ambik C180.
Sebab Mercedes terpakai ni jangan beli nombor belakang sahaja. C300 tak semestinya lebih “bagus” daripada C200.
Kereta yang paling bagus ialah kereta yang owner sebelum kita paling bagus menjaganya.
Pilih & Beli tengok CONDITION barulah Arghhh Perghhh Pengsan Berdiri!
❤️ Azril Bahaman
Pengasas Klasik Mercedes Malaysia
Pengetus Argh Pergh Pengsan Berdiri!