Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Call Directions Website

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Community Organization, SG 3/16 Pusat Bandar Sri Gombak, Batu Caves, Kuala Lumpur.

PAPISMA adalah sebuah NGO yang dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan. PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.

17/10/2026
PAPISMA berbesar hati menyampaikan cek replika sejumlah RM10,000 kepada Yayasan Permata Ummah sempena Majlis Pelancaran ...
17/10/2026

PAPISMA berbesar hati menyampaikan cek replika sejumlah RM10,000 kepada Yayasan Permata Ummah sempena Majlis Pelancaran Tafsir At Tibyan pada 17 Oktober 2026 di Cyber Event Hall, Cyberjaya

PAPISMA diwakili Dr Muhammad Fairuz Azmi, Timbalan Presiden 1, Dr Muhammad Syakir Aizat Kamarizan, Exco PAPISMA Pusat dan Adam Ali Firdaus

Turut hadir Prof Madya Dr Mazri Yahya, Prof Dr Mohammad Ibrahim, Dr Halwani Habidzal dan Dr Afizah Salleh.

πŸŽ€ PINK OCTOBER | BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA πŸŽ€πŸ’— Kesihatan Payudara, Tanggungjawab BersamaKanser payudara boleh berla...
17/10/2026

πŸŽ€ PINK OCTOBER | BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA πŸŽ€

πŸ’— Kesihatan Payudara, Tanggungjawab Bersama

Kanser payudara boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, kesedaran, pengesanan awal dan rawatan yang tepat dapat membantu meningkatkan peluang untuk sembuh.

Jangan tunggu sehingga muncul gejala untuk mengambil berat tentang kesihatan payudara. Mulakan dengan langkah kecil yang bermakna:

πŸ”Έ Kenali payudara anda – peka terhadap sebarang perubahan yang luar biasa.
πŸ”Έ Lakukan pemeriksaan kendiri – kenali keadaan normal payudara anda.
πŸ”Έ Dapatkan pemeriksaan berkala – berbincang dengan petugas kesihatan tentang pemeriksaan yang sesuai untuk anda.
πŸ”Έ Dapatkan pemeriksaan awal – segera berjumpa doktor sekiranya terdapat perubahan yang membimbangkan.

Ingat, pemeriksaan kendiri bukan pengganti pemeriksaan klinikal atau saringan yang disyorkan. Jika terdapat perubahan pada payudara, jangan berlengah mendapatkan penilaian perubatan.

🌷 Bersama Kita Lebih Kuat!

Marilah kita meningkatkan kesedaran, menyebarkan ilmu dan memberikan sokongan kepada mereka yang sedang menghadapi kanser payudara. Kesedaran kita hari ini mungkin membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang esok.

πŸ’— Ambil peduli. Bertindak awal. Sebarkan kesedaran.

WARAK PAPISMA MALAYSIA



πŸ“± Ikuti kami di media sosial:
Facebook: warakpapisma
Instagram: warakpapisma

🩺 *SELAMAT MENYAMBUT HARI DOKTOR KEBANGSAAN 2026* πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ*10 Oktober 2026*Doktor bukan sekadar merawat penyakit, tetapi tur...
10/10/2026

🩺 *SELAMAT MENYAMBUT HARI DOKTOR KEBANGSAAN 2026* πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

*10 Oktober 2026*

Doktor bukan sekadar merawat penyakit, tetapi turut membawa harapan, memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan membina masa depan kesihatan negara.

Di sebalik setiap pesakit yang dirawat, ada ilmu yang diamalkan, khidmat yang dicurahkan dan amanah yang dipikul. Daripada katil ICU hingga ke meja dasar, setiap sumbangan memainkan peranan penting dalam membentuk sistem kesihatan yang lebih baik untuk semua.

Sempena Hari Doktor Kebangsaan 2026, marilah kita terus memperkukuh nilai *Berilmu, Beramal dan Bertaqwa* dalam setiap langkah perjuangan demi kesihatan dan kesejahteraan ummah.

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga doktor atas dedikasi, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai. Semoga setiap usaha menjadi amal yang diberkati dan terus memberi manfaat kepada masyarakat.

*Berilmu. Beramal. Bertaqwa.*

Ikhlas daripada,
*Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)*

Ilmu membina. Teknologi memperkasa. Inovasi mengubah. ✨Sempena Hari Akademia 2026 (5 Oktober), PAPISMA menzahirkan pengh...
06/10/2026

Ilmu membina. Teknologi memperkasa. Inovasi mengubah. ✨

Sempena Hari Akademia 2026 (5 Oktober), PAPISMA menzahirkan penghargaan kepada para pensyarah, penyelidik dan ilmuwan Malaysia yang terus memacu "Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademia".

Terima kasih kerana mendidik generasi pengamal kesihatan yang berkhidmat untuk masyarakat hari ini. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berkekalan.

Berilmu Β· Beramal Β· Bertaqwa

Tag pensyarah yang pernah mengubah hidup anda! πŸ‘‡

25/09/2026

Doktor Bawang. | Check out GTZ Malaysia-Get To Zero's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from GTZ Malaysia-Get To Zero.

16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026..

Marilah kita bersatu padu dan terus memelihara keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara Malaysia yang tercinta.

Teruskan berusaha untuk masa depan yang penuh gemilang.

Semoga Hari Malaysia ini memberi lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua.

16 September 2026.



Selamat Hari Malaysia 2026!Tanggal 16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terbina daripada perpaduan, s...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026!

Tanggal 16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terbina daripada perpaduan, saling menghormati dan semangat berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Semoga negara kita terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan rakyat yang saling membantu dalam membina masa depan yang lebih baik.

PAPISMA akan terus bersama masyarakat melalui khidmat kesihatan, kebajikan dan kemanusiaan demi Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia milik kita bersama.

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

ZIARAH KASIH PAPISMAAlhamdulillah, wakil PAPISMA berkesempatan menziarahi Dr Hazirah, salah seorang ahli sukarelawan PAP...
15/09/2026

ZIARAH KASIH PAPISMA

Alhamdulillah, wakil PAPISMA berkesempatan menziarahi Dr Hazirah, salah seorang ahli sukarelawan PAPISMA yang aktif menyumbang tenaga dan khidmat kepada masyarakat dalam bidang perubatan.

Timbalan Presiden II PAPISMA, PM Dr Aspalilah Alias, mewakili seluruh ahli PAPISMA telah menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan, sokongan dan keprihatinan kepada Dr Hazirah yang sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mempermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan, serta mengembalikan kesihatan dan kekuatan seperti sediakala.

Syafakillah Dr Hazirah. Semoga terus kuat dan dipermudahkan setiap urusan.





MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM JAULAH DAKWAH, KEBAJIKAN & KESIHATAN CHIANG RAI 2026Alhamdulillah, satu perbincang...
14/09/2026

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM JAULAH DAKWAH, KEBAJIKAN & KESIHATAN CHIANG RAI 2026

Alhamdulillah, satu perbincangan kerjasama telah diadakan melibatkan PERKIM, Muslim Care Malaysia dan PAPISMA bagi menyelaras persiapan Program Jaulah Dakwah, Kebajikan dan Kesihatan ke Chiang Rai, Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 26 Oktober 2026.

Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan gerak kerja, pengurusan sukarelawan, aktiviti dakwah dan kebajikan serta pelaksanaan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti sasaran di Chiang Rai.

Melalui kerjasama tiga organisasi ini, program dirancang untuk memberi manfaat secara lebih tersusun kepada masyarakat setempat melalui khidmat kesihatan, pemeriksaan pergigian, program berkhatan, bantuan kebajikan serta aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.

Insya-Allah, segala perancangan dan usaha ini diharapkan dapat dipermudahkan serta menjadi satu amal kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat yang memerlukan.

Program Jaulah Dakwah, Kebajikan & Kesihatan Chiang Rai, Thailand 2026
20–26 Oktober 2026

Anjuran bersama:
PERKIM | Muslim Care Malaysia | PAPISMA

Bersama berkhidmat, menyantuni masyarakat dan membawa manfaat merentas sempadan.

Address

SG 3/16 Pusat Bandar Sri Gombak, Batu Caves
Kuala Lumpur
68100

Telephone

+60193842951

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share