28/02/2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail cadang insentif pasukan khas dinaikkan RM1,200 hingga RM2,000 selepas 20 tahun kekal kadar sama..
"Berdasarkan persetujuan bersama antara PDRM, ATM dan APMM, kadar baharu yang dicadangkan ialah RM1,200 untuk satu hingga lima tahun perkhidmatan; RM1,500 untuk enam hingga 11 tahun perkhidmatan dan RM2,000 untuk 12 tahun perkhidmatan dan ke atas," katanya berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun ke-50 UTK di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Kajian penyelarasan Insentif Pasukan Khas mencadangkan insentif pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinaikkan sekali ganda berdasarkan tempoh perkhidmatan.