Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur

Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur PKKMKL

26/04/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ

Semoga tahun ini kita dapat berkumpul untuk majlis 2026 dan merapatkan lagi jurang diantara negeri-negeri dan ahli baru mahupun yang lama.

"Tahun lepas ada yang menang MOTOR, tahun nie apa hadiah yang berbaloi ya?"

KENYATAAN RASMIPERSATUAN KEBAJIKAN KUCING MERAH KUALA LUMPUR‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمAssalamualaikum warahma...
04/04/2026

KENYATAAN RASMI
PERSATUAN KEBAJIKAN KUCING MERAH KUALA LUMPUR

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur dengan ini memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kenyataan, tuduhan, fitnah serta cubaan berterusan oleh mana-mana pihak yang bertujuan mencemarkan nama baik dan reputasi persatuan ini.

Penegasan ini dibuat sekali lagi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang sengaja diwujudkan:

Persatuan ini bukan sebuah persatuan haiwan. Nama “Kucing Merah” hanyalah simbolik kepada nilai kasih sayang dan ihsan yang menjadi teras didikan kami, serta sebagai identiti persatuan—bukan sebagaimana tanggapan dangkal yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu.

Hakikat sebenar, persatuan ini ditubuhkan untuk menghimpunkan anak murid Almarhum Haji Ahmad bin Haji Johan dalam usaha mendalami ilmu mengenal diri, memperkukuh kefahaman, serta memelihara ajaran yang telah disampaikan oleh beliau demi agama, bangsa dan tanah air.

Adalah amat mendukacitakan apabila terdapat pihak yang bukan sahaja gagal memahami perkara asas ini, malah bertindak melampaui batas dengan mempermainkan unsur agama serta menyebarkan maklumat yang tidak benar. Tindakan sedemikian bukan sahaja tidak beretika, malah jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut adab, kebenaran dan tanggungjawab dalam setiap perkataan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun) kebenarannya…”
(Surah Al-Hujurat: 6)

Sehubungan itu, pihak persatuan ingin memberi amaran tegas bahawa sebarang bentuk fitnah, tohmahan, penyebaran maklumat palsu atau kenyataan yang mencemarkan nama baik persatuan akan dipantau dan direkodkan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga melanggar batas hukum dan adab. Setiap kata-kata yang dilemparkan bukan sahaja akan dipersoalkan di dunia, malah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

Pihak persatuan akan terus kekal teguh dengan prinsip, amanah dan perjuangan ilmu yang telah diwariskan, tanpa tunduk kepada tekanan mahupun provokasi. Kami tidak akan melayan fitnah dengan emosi, tetapi akan menanganinya dengan fakta, ketegasan dan saluran yang sewajarnya.

Akhir kata, kami menyeru semua pihak agar menghentikan segala spekulasi tidak berasas, kembali kepada kebenaran, serta menjaga keharmonian bersama.

Sekian, terima kasih.

“Bersatu Dalam Ilmu, Teguh Dalam Amanah”

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.PENJELASAN PKKMKLMengenai isu semasa berkaitan penghinaan terhadap agama Islam y...
01/03/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.

PENJELASAN PKKMKL

Mengenai isu semasa berkaitan penghinaan terhadap agama Islam yang mana terdapat individu memuat naik gambar memijak al-Quran yang mencetus kemarahan umat Islam.

PKKMKL pertubuhan ahlinya 100% beragama Islam berasa terkilan dengan isu penghinaan tersebut. Persatuan ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bukan kerana membiarkan penghinaan itu patut berlaku, akan tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan hukum yang perlu kita hormati agar semua ahli terjaga dari tindakan undang-undang.

Sekiranya persatuan melakukan sesuatu tindakan yang mana ia boleh berubah menjadi tindakan luar jangka, dan tidak mustahil boleh menjadi agresif, ini akan menyebabkan permasalahan terkait kepada semua ahli.

Oleh yang demikian, sebarang bentuk bantahan serta tentangan berkaitan isu tersebut adalah secara individu.

Meskipun PKKMKL tidak menunjukkan kekecewaan secara terbuka, pihak PKKMKL tidak pernah memandang ringan isu tersebut. Asal pertubuhan dari bekas anak-anak murid yang belajar ilmu TAUHID!!!

ISLAM AGAMA KAMI...
KAABAH QIBLAT KAMI...
AL-QURAN KITAB KAMI...
DAN KAMI ADALAH HAK ALLAH SWT...

Lihat kita izin Allah SWT.
Dengar kita izin Allah SWT.
Nafas kita izin Allah SWT.
Fikir kita izin Allah SWT.
Gerak kita izin Allah SWT.
Suara kita izin Allah SWT.

PKKMKL tetap menjaga keharmonian ahli, dan gerakan secara individu bukan halangan kami. Bukan kami yang berkuasa, hanya Allah SWT yang berkuasa.

Nasihat PKKMKL buat semua ahli dan umat ISLAM, bertindak mengunakan akal yang telah Allah SWT pinjamkan agar tidak memudaratkan di kemudian hari. Hormati undang-undang negara yang sedia ada, beri ruang hukum negara yang bertindak dahulu.


Address

Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share