Rumah Sinar Salam

Rumah Sinar Salam Rumah Sinar Salam adalah sebuah rumah perlindungan yang memberi fokus kepada wanita berkrisis dan kanak-kanak terbiar. Ia mula beroperasi pada 4 Disember 2007.

Disini akan diberi program ilmu wahyu dan kehidupan demi jihad untuk pembangunan diri ke arah melahirkan insan kamil, baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Selain itu, ia juga dijadikan tempat rujukan ke jabatan-jabatan yang berkaitan. Projek Rumah Sinar Salam atau ringkasannya Sinar Salam adalah hasil usaha kerjasama antara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan

Yayasan Salam Malaysia (SALAM). Projek ini diwujudkan lanjutan dari penganjuran Program Bil Hal anjuran JAWI pada tahun 2007. Pengasasnya adalah Puan Arfidah Ab. Latif, sukarelawan SALAM. Beliau telah aktif melakukan temu seru atau ‘out – reach’ bagi mendekati golongan wanita berkrisis tanpa mengira bangsa dan agama sejak tahun 2001 di sekitar Chow Kit, Kg Periuk, Jalan Tengku Abdul Rahman, Brickfields, Jalan Petaling dan Bukit Bintang. SALAM berharap, dengan wujudnya Sinar Salam maka hak golongan wanita bermasalah sosial terbela. Dengan itu mereka dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bermaruah. Seterusnya mereka mampu kembali aktif menyumbangkan khidmat bakti demi pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Address

No. 6A, Tingkat 1, Lorong Haji Taib 3
Kuala Lumpur
50350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Sinar Salam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Sinar Salam:

Featured

Share