Kelab Sukan & Kebajikan LPKM

Call Directions Website Contact the organization

Kelab Sukan & Kebajikan LPKM KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN Page ini ditubuhkan sebagai saluran dan perkongsian maklumat berkaitan Kelab Sukan & Kebajikan untuk semua warga MTIB.

Sila kongsi sebarang maklumat,cadangan, pandangan dan apa sahaja untuk menambahbaik prestasi Kelab Sukan & Kebajikan LPKM.

Dua orang pegawai MTIB telah dijemput sebagai pemain import bagi menyertai pasukan JUPEM dalam Perlawanan Terbuka Antara...
27/08/2026

Dua orang pegawai MTIB telah dijemput sebagai pemain import bagi menyertai pasukan JUPEM dalam Perlawanan Terbuka Antara Jabatan/Kementerian yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 23 Ogos 2026, di mana pasukan tersebut berjaya mara ke peringkat kedua selepas meraih mata tertinggi dalam kumpulan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua pegawai MTIB atas sumbangan cemerlang selaku pemain import pasukan JUPEM hingga berjaya meraih mata tertinggi dan mara ke peringkat kedua Perlawanan Terbuka Antara Jabatan/Kementerian. Teruskan kecemerlangan.

Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (KSKLPKM) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ...
18/08/2026

Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (KSKLPKM) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Faizrullah bin Abdul Rahman atas kejayaan menamatkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM (FAM Grassroots Coaching Course) pada 14 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di pbnsO2 Arena, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.

Penyertaan dan komitmen beliau sepanjang 3 hari kursus ini bukan sahaja satu pencapaian peribadi yang membanggakan, malah bakal menjadi aset serta suntikan kepakaran baharu dalam pembangunan sukan bola sepak warga MTIB.

Semoga segala ilmu, teori, dan kemahiran praktikal yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkasakan aktiviti serta mutu sukan kelab!

Selamat maju jaya! 🏆🔥

LARIAN MAPPA XXI 2026 🏃‍♀️🏃‍♂️PUTRAJAYA | 8 OGOS 2026Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB...
08/08/2026

LARIAN MAPPA XXI 2026 🏃‍♀️🏃‍♂️

PUTRAJAYA | 8 OGOS 2026

Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) terus menyokong pembudayaan gaya hidup sihat dan aktif. Seramai 12 orang ahli kelab telah menyertai Larian MAPPA XXI 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 8 Ogos 2026.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, semangat setiakawan dan kebersamaan dalam kalangan warga MTIB.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang telah mengambil bahagian! Semoga semangat kesukanan ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada warga MTIB untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan cergas.

Sihat, Cergas, Ceria!







KUNJUNGAN ZIARAH KE ATAS PEGAWAI MTIB YANG MENERIMA RAWATAN DI HOSPITALUntuk makluman, En. Muhamad Azfar Faruqi bin Must...
05/08/2026

KUNJUNGAN ZIARAH KE ATAS PEGAWAI MTIB YANG MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL

Untuk makluman, En. Muhamad Azfar Faruqi bin Mustafa, Penolong Pengarah di WISDEC, Banting, Selangor telah dimasukkan ke wad di Subang Jaya Medical Centre akibat jangkitan pada bahagian kaki.

Sehubungan itu, satu kunjungan ziarah telah diadakan pada 5 Ogos oleh wakil KSKLPKM dan wakil Pentadbiran MTIB sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap beliau. Sebelum ini, Pengarah WISDEC, Ts. Muhamad Faizul bin Razilah bersama Timbalan Pengarah WISDEC, En. Mohd Razman bin Mohamad Azizuddin turut hadir menziarahi beliau.

Beliau kini sedang menjalani rawatan dan dijangka berada di wad selama beberapa hari.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala. Amin. 🤍

Kunjungan Wakil KSKLPKM dan Pentadbiran MTIB ke atas TGr. Wan Mohd Fauzi bin Wan OsmanWakil KSKLPKM bersama Pentadbiran ...
22/07/2026

Kunjungan Wakil KSKLPKM dan Pentadbiran MTIB ke atas TGr. Wan Mohd Fauzi bin Wan Osman

Wakil KSKLPKM bersama Pentadbiran MTIB telah mengadakan kunjungan ziarah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi melawat TGr. Wan Mohd Fauzi yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Kunjungan tersebut bertujuan menghulurkan sumbangan saguhati serta menyampaikan kata-kata sokongan dan keprihatinan kepada beliau. Diharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung serta memberi semangat dalam proses pemulihan beliau.

Semoga TGr. Wan Mohd Fauzi dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan, dan kembali sihat seperti sediakala.

🏓 PERLAWANAN PERSAHABATAN PING PONG 3 PENJURU 🏓17 Julai 2026 - Perlawanan Persahabatan Pingpong 3 Penjuru yang menghimpu...
18/07/2026

🏓 PERLAWANAN PERSAHABATAN PING PONG 3 PENJURU 🏓

17 Julai 2026 - Perlawanan Persahabatan Pingpong 3 Penjuru yang menghimpunkan tiga pasukan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, dan memupuk semangat kesukanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

🤝 Pasukan yang bertanding:

🏓 MTIB
🏓 Perbadanan Stadium Malaysia
🏓 RTM

📋Keputusan :

🏆 MTIB (7) - (0) PSM
🏆 MTIB (4) - (3) RTM

Semoga program ini menjadi platform untuk menyemarakkan semangat persahabatan, di samping memberi pengalaman dan keyakinan kepada para pemain.

Tahniah dan syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.

⚽ FUN GAME FUTSAL WARGA KERJA MTIB 2026! ⚽Semalam telah berlangsungnya program Fun Game Futsal yang mengumpulkan seramai...
10/07/2026

⚽ FUN GAME FUTSAL WARGA KERJA MTIB 2026! ⚽

Semalam telah berlangsungnya program Fun Game Futsal yang mengumpulkan seramai 25 orang warga kerja MTIB dalam satu gelanggang.

Satu program riadah telah diadakan bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja MTIB.

Info Program:

📆 9 Julai 2026 (Khamis)
🕘 9.00 malam – 11.00 malam
📍 Galacticos de Futsal, Jalan Kuari, KL

Keputusan Perlawanan:

🏆 Juara: Putih (11 mata - perbezaan gol)
🥈 Naib Juara: Merah (11 mata)
🥉 Tempat ke-3: Biru (8 mata)
🏅 Tempat ke-4: Hitam (2 mata)

Syabas kepada semua peserta yang menjayakan aktiviti ini. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan. Insya-Allah, kita jumpa lagi di program futsal akan datang!

11-14 Jun 2026 - Kejohanan Ping Pong MAKSWIP 2026 Kejohanan Ping Pong MAKSWIP 2026 bertempat di Kompleks Kejiranan Seksy...
14/06/2026

11-14 Jun 2026 - Kejohanan Ping Pong MAKSWIP 2026

Kejohanan Ping Pong MAKSWIP 2026 bertempat di Kompleks Kejiranan Seksyen 11, Putrajaya menyaksikan sebanyak 90 pasukan yang terlibat. KSKLPKM telah menghantar 2 Pasukan lelaki iaitu KSKLPKM A dan KSKLPKM B. Berikut adalah jadual perlawanan yang ditetapkan dan pasukan KSKLPKM berada di dalam kumpulan Q dan V.

KUMPULAN Q
[ KSKLPKM A, KRLGM B, BNM A, HCTM UKM A]

KUMPULAN V [ KSKLPKM B, SPRM B, KAKEP B, JKWP B]

Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan:
--------------------
Kumpulan Q
a. KSKLPKM A 2 – 3 KRLGM B
b. KSKLPKM A 3 - 2 BNM A
c. KSKLPKM A 1 - 4 HCTM UKM A
--------------------
Pusingan Kedua
KSKLPKM A 3 - 0 AGC B
--------------------
Pusingan Ketiga
KSKLPKM A 0 - 3 LPPKN A

Kumpulan V
a. KSKLPKM B 2 – 3 SPRM B
b. KSKLPKM B 1 - 4 JKWP B
c. KSKLPKM B 1 - 4 KAKEP B

Tahniah diucapkan kepada semua pemain atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan hingga ke akhir perlawanan. Teruskan berjuang dan kita bangkit lebih kuat selepas ini 💪🏓

"Aktiviti Riadah Sukan Badminton KSKLPKM"​Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)​Tempat: Dewan Serbaguna Cheras Baru, Kuala Lumpur​...
09/06/2026

"Aktiviti Riadah Sukan Badminton KSKLPKM"

​Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
​Tempat: Dewan Serbaguna Cheras Baru, Kuala Lumpur
​Masa: 6.00 petang - 8.00 malam

Aktiviti yang bermula dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam bermatlamat untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli.

Selain meningkatkan kecergasan fizikal, aktiviti ini juga menjadi medium efektif dalam memperkukuh semangat setiakawan dan ukhuwah sesama ahli. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti sukan badminton, boleh hubungi:

📌Pengurus: En. Ahmad Fakhrin Sohaimi (BPP)
📌Pen. Pengurus: En. Najib Nordin (BPS)

"Aktiviti Riadah Sukan Badminton KSKLPKM"​Tarikh: 19 Mei 2026​Tempat: Dewan Serbaguna Cheras Baru, Kuala Lumpur​Masa: 6....
20/05/2026

"Aktiviti Riadah Sukan Badminton KSKLPKM"

​Tarikh: 19 Mei 2026
​Tempat: Dewan Serbaguna Cheras Baru, Kuala Lumpur
​Masa: 6.00 petang - 8.00 malam

Pada 19 Mei 2026, Kelab Sukan KSKLPKM telah berjaya menganjurkan sesi riadah badminton bertempat di Dewan Serbaguna Cheras Baru, Kuala Lumpur. Program yang bermula dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam ini bermatlamat untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli.

Selain meningkatkan kecergasan fizikal, aktiviti ini juga menjadi medium efektif dalam memperkukuh semangat setiakawan dan ukhuwah sesama ahli. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti sukan badminton, boleh hubungi:

📌Pengurus: En. Ahmad Fakhrin Sohaimi (BPP)
📌Pen. Pengurus: En. Najib Nordin (BPS)

Address

PGRM
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan LPKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan & Kebajikan LPKM:

Shortcuts

Sponsored

Share