Yayasan Amal ASAS

Directions Website Contact the organization

Yayasan Amal ASAS YAA adalah Syarikat Berhad mengikut Jaminan (CLBG) diperbadan di bawah SSM pada 2010.

11/08/2026
Program Santunan Warga Emas Al Fikrah anjuran YAA dengan penglibatan pelajar & guru SM Sains Alam Shah pada 8/8/26. Alha...
09/08/2026

Program Santunan Warga Emas Al Fikrah anjuran YAA dengan penglibatan pelajar & guru SM Sains Alam Shah pada 8/8/26. Alhamdullillah.
Terima kasih kepada,
- Mohd Naini 8286 (Pengurus Program),
- turut hadir Burhan Shukri 8185, Anuar 9195 & Afif 1923
- 2 alumni ASiS (OASIS)
- Penginfaq

Semoga semua terlibat mendapat keberkatan dari Allah SWT

Next program by YAA & ASIS.
05/08/2026

Next program by YAA & ASIS.

Program YAA pada 18/7/26. Alhamdullillah terima kasih kepada semua penginfaq & PIC YAA Mohd Naini 8286 yang menjayakan m...
19/07/2026

Program YAA pada 18/7/26. Alhamdullillah terima kasih kepada semua penginfaq & PIC YAA Mohd Naini 8286 yang menjayakan majlis. Terima kasih juga kepada sukarelawan YAA yang turut hadir
1. Hj. Salim Saparman 7174
2. Burhan Shukri 8185
3. Khaydir Anuar 9195 & isteri
Seramai 50 keluarga PPR Hiliran Ampang menerima bantuan bakul rezeki, Alhamdullillah

Alhamdullillah pada 11/7/26, YAA menyantuni pelajar & staff (jumlah 26 pax) dari Maahad Tahfiz Kebajikan Amal Ummah yang...
15/07/2026

Alhamdullillah pada 11/7/26, YAA menyantuni pelajar & staff (jumlah 26 pax) dari Maahad Tahfiz Kebajikan Amal Ummah yang diasaskan & dikendalikan oleh Abang Dr. Abdul Rahman Kurais 6568, dalam majlis makan tengah hari.
Terima kasih kepada warga ASAS yang dapat hadir
1. Dr. Abd Razak Habib (PIC)
2. Haji Kamaruddi 6467
3. Dr. Abd Rahman Kurais 6568
4. Salleh Yusof 6568
5. Dr. Md Soot Ahmad 6770
6. Dr. Jariah Masud 6970
7. Kamariah Sidek 6970
8. Capt. Nasaruddin 6972
9. Abu Kasim Ali 7073
10. Chikgu Noor Hakim 7983
11. Burhan Shukri
12. Hadi Amat 9195
13. Khaydir Anuar 9195

27 Jun 2026Alhamdulillah, Team YAA telah melaksanakan amanah yang diberi oleh EKUINAS Rakan Korporat YAA melalui program...
04/07/2026

27 Jun 2026

Alhamdulillah, Team YAA telah melaksanakan amanah yang diberi oleh EKUINAS Rakan Korporat YAA melalui program Santunan Keluarga Istimewa PPR Lembah Subang pada 27/6/26. Seramai 32 keluarga mendapat bantuan barangan keperluan saperti pampers & susu formula yang bernilai purata RM 380/set. Sementara YAA memberi sumbangan barangan makanan asas kepada 50 keluarga asnaf (termasuk 32 keluarga istimewa).

Terima kasih kepada EKUINAS & semua penginfaq melalui YAA.

Setinggi2 penghargaan dari YAA kepada
1. Nor Hishammuddin 7983 (PIC) yang menguruskan program termasuk urusan pembelian barangan,
2. Luqman Hakim 0913 yang memberi khidmat pengangkutan,
3. Burhan Shukri 8185 & Danial Shahrom 9600 yang turut hadir ke majlis.

13 Jun 2026Alhamdullillah - CEO YAA, Tn Hj Ir Ghazali Bujang bagi pihak YAA membuat serahan iPad kepada 2 pelajar T3 SAS...
15/06/2026

13 Jun 2026
Alhamdullillah - CEO YAA, Tn Hj Ir Ghazali Bujang bagi pihak YAA membuat serahan iPad kepada 2 pelajar T3 SAS dari keluarga asnaf. Pembelian iPad menggunakan dana Tabung Pendidikan YAA.

Pemberian iPad berdasar 'Pinjaman Pakai'. Mohon doakan semoga pelajar & penginfaq mendapat keberkatan, Insya Allah

06 Jun 2026Alhamdullillah Team YAA telah melaksanakan amanah penginfaq - Majlis Santunan Asnaf Impian Baiduri Sekyen 51A...
15/06/2026

06 Jun 2026
Alhamdullillah Team YAA telah melaksanakan amanah penginfaq - Majlis Santunan Asnaf Impian Baiduri Sekyen 51A Petaling Jaya. 50 ketua keluarga telah mendapat beg rezeki (ada 19 item dalam setiap beg bernilai RM 50+). Kos keseluruhan barangan ialah RM 2,528.60

Terima kasih Asrul Sani ASAS9600 (PIC) & team sukarelawan yang menguruskan pembelian, pengangkutan, sorting & packing

Kunjung Hormat kepada Naib Canselor Universiti Malaya - Prof Dato Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.Alhamdulillah, Team ...
28/05/2026

Kunjung Hormat kepada Naib Canselor Universiti Malaya - Prof Dato Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Alhamdulillah, Team Yayasan Amal ASAS yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Tajudin selaku Pengerusi Lembaga Amanah YAA telah mengadakan kunjung hormat ke Canselori Universiti Malaya bagi membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara YAA dan UM.

Pada masa ini, kerjasama YAA bersama UM melibatkan peringkat fakulti, khususnya Fakulti Pendidikan, serta kump**an mahasiswa. Dalam sesi tersebut, pihak YAA turut berkongsi taklimat mengenai pelbagai inisiatif dan aktiviti yang dijalankan bersama warga UM, antaranya:

• Program Santunan Mahasiswa (pemberian bakul rezeki)
• Kelas mingguan Bahasa Inggeris PEARL
• Penajaan biasiswa peringkat ijazah kepada 5 orang mahasiswa UM

Antara maklum balas positif daripada YBhg. Profesor Naib Canselor ialah:
• Hasrat untuk memperluaskan peranan YAA dalam aktiviti kebajikan dan pembangunan kepimpinan mahasiswa melalui perbincangan susulan bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
• Cadangan kemungkinan pemberian kuota kemasukan mahasiswa melalui YAA bagi program Asasi UM

Sebelum mengakhiri lawatan, YBhg. Naib Canselor turut membawa delegasi YAA melawat Galeri UM.

Semoga hubungan strategik antara YAA dan UM terus diperkukuhkan demi manfaat mahasiswa serta pembangunan masyarakat yang lebih holistik, berilmu dan berdaya saing.

PROJEK SANTUNAN MAHASISWA UMAlhamdulillah, pada 21 Mei 2026, Yayasan Amal ASAS (YAA) telah berganding bahu bersama Gerak...
23/05/2026

PROJEK SANTUNAN MAHASISWA UM
Alhamdulillah, pada 21 Mei 2026, Yayasan Amal ASAS (YAA) telah berganding bahu bersama Gerakan Mahasiswa SEHATI dalam menjayakan program santunan dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan serta alat tulis kepada 100 mahasiswa asnaf dari Fakulti Sains dan Kolej Kediaman Pertama (KK1), Universiti Malaya.

Usaha ini bukan sekadar menyalurkan bantuan, malah menjadi platform untuk YAA menyemai nilai 'compassion' dan 'empathy' dalam kalangan mahasiswa agar lebih peka serta prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

Gerakan SEHATI p**a merupakan inisiatif kebajikan yang diwujudkan oleh sekump**an mahasiswa KK1 dengan misi memperkasakan budaya sukarelawan dan amal kebajikan dalam kalangan mahasiswa. Gerakan ini diketuai oleh Afiff Haziq 1923, mahasiswa Tahun 1 Fakulti Undang-Undang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Team Budak SAS Outreach YAA yang diketuai oleh Bashir Ab Razak 9599 bersama Luqman Hakim 0913 atas komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini.

Turut hadir memberikan sokongan:
• Fara Liza – Ahli YAA
• Burhan Shukri – 8285
• Mohd Naini – 8286
• Hadi Amat – 9195

Menariknya, seramai enam warga ASAS turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa dalam Team SEHATI, membuktikan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang terus subur dalam komuniti ASAS.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan dan memberi manfaat berpanjangan kepada para mahasiswa yang memerlukan.

Address

44-2 Jalan 27/70A Desa Sri Hartamas
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Amal ASAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Amal ASAS:

Shortcuts

Sponsored

Share