CM Mall

CM Mall CM Mall™ adalah platform eMall yang pertama di Malaysia yang menyewakan ruang kedai dan pejabat secara online.

CM Mall™ adalah merupakan ‘platform e-commerce’ yang berkonsepkan pasaraya online. CM Mall™ memberi peluang kepada usahawan online untuk memiliki kedai atau pejabat maya dengan kadar sewa serendah RM50 sebulan sahaja. Dalam erti kata lain kedai maya ini adalah ‘e-commerce website’ yang dikumpulkan di dalam satu ‘community page’ yang kita panggil CM Mall™. Seperti ‘Shopping Mall’ biasa kita lihat t

erdapat beberapa kedai dan pejabat yang disewakan. Pengunjung di CM Mall™ juga boleh melawat pelbagai jenis kedai dan membuat pembelian terus, sama seperti di ‘Shopping Mall’. Secara tidak langsung CM Mall™ telah memudahkan pengunjung yang hendak membeli belah secara online dan juga membantu memperkenalkan ‘website’ para peniaga di dalam satu ‘page’. Peniaga online TIDAK PERLU lagi membuat promosi untuk memanggil pengunjung melawat ‘website’ mereka. Sama seperti ‘Shopping Mall’, CM Mall™ juga akan sentiasa membuat promosi dan ‘events’ bagi menarik pengunjung datang melawat dan membeli belah di CM Mall™. CM Mall™ membenarkan pengunjung membuat urusan pembelian secara terus kepada akaun peniaga. Tidak seperti platform’ lain di mana urusan pembelian melalui ‘3rd party’ dan dikenakan caj sehingga 15% bagi setiap transaksi.

Address

Kuala Lumpur
50600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CM Mall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CM Mall:

Featured

Share