DAR-Asnaf Al-Fateh

DAR-Asnaf Al-Fateh BILA MENYAYANGI, AKAN DISAYANGI MAKA BERKASIH SAYANGLAH

DAR-Asnaf Al-Fateh adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak golongan asnaf yang bertujuan untuk membela dan memberikan perlindungan serta pembelajaran demi membela nasib golongan anak-anak asnaf tersebut agar mereka layak mempunyai tempat kelak dimasa hadapan dan kedudukan di dalam struktur kerajaan, swasta mahupun bidang korporat sekaligus memberikan mereka sebuah inspirasi kehidupan menda

tang yang baik lagi cemerlang selaras dengan kehendak Islam. Jika dilihat dari sudut namanya, Dar ‘itu bermaksud tempat atau rumah atau tempat tinggal dan asnaf p**a ialah lapan golongan yang seharusnya dibela nasib mereka juga harus dibantu mereka agar mereka dapat keluar dari kemelut masalah yang mereka lalui dan penekanan atau focus operandi organisasi lebih menumpukan golongan anak-anak asnaf itu sendiri. Diatas dasar inilah maka DAR-Asnaf Al-Fateh dirangka dan dibentuk organisasinya agar dapat memberikan satu impak yang maksima positifnya terhadap anak-anak golongan asnaf tersebut. Rumah asnaf ini dibangunkan bagi memberi ruang dan peluang kepada anak-anak golongan asnaf didalam membangun nilai diri dan tatacara kehidupan yang efektif melalui nilai pembangunan diri berdasarkan pembangunan pendidikan duniawi dan juga ukhrawi. Selain daripada pembentukkan modal insan dan jatidiri insani DAR-Asnaf Al-Fateh juga menitik beratkan keperluan ukhrawi anak-anak ini melalui proses pembelajaran dan pengajaran islam iaitu sistem pendidikan alquran dan assunnah sebagai aspek utama pembangunan sahsiah diri didalam jiwa anak-anak dan sekali gus melahirkan generasi yang berilmu ,beriman dan beramal dan didalam masa yang sama satu modul bedasarkan kepada kecenderongan minat juga dirangka bagi memberikan mereka latihan kemahiran diri yang sempurna khusus dimasa hadapan mereka yang mendatang. Di atas dasar inilah maka kertas kerja ini dirangka bagi melaksanakan harapan juga merealisasikan impian murnbi tersebut agar dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Address

No. 336, Jalan Batu 11 Gombak
Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAR-Asnaf Al-Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DAR-Asnaf Al-Fateh:

Featured

Share