Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR

Call Directions Website Contact the organization

Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR 'Humanity Beyond Boundaries'

MAHAR berbesar hati menerima kunjungan rasmi barisan delegasi dari Zanzibar dan Suruhanjaya Tinggi Tanzania ke pejabat k...
16/10/2026

MAHAR berbesar hati menerima kunjungan rasmi barisan delegasi dari Zanzibar dan Suruhanjaya Tinggi Tanzania ke pejabat kami baru-baru ini.

Pertemuan ini diketuai oleh Prof. Mohamed Hafidh Khalfan (Pengerusi Lembaga Pinjaman Pelajar Pengajian Tinggi Zanzibar & Suruhanjaya Persaingan Adil Zanzibar) bersama HE Mr. Makame Haji Mohamed (Menteri Kaunselor Pendidikan, Perdagangan, Pelaburan & Pelancongan). Turut hadir bersama ialah Mr. Farouk Hamad Khamis (Setiausaha Agung Muzdalifah) dan Encik Mohd Firdaus Al Musanna bin Ahmad (Pegawai Perhubungan Suruhanjaya Tinggi Tanzania di Malaysia).

Sesi perbincangan ini membuka ruang luas untuk usahasama masa depan dalam bidang pendidikan, perdagangan, pelaburan, serta pembangunan komuniti. Insya-Allah, langkah ini bakal membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak

MAHAR KINI RASMI BERDAFTAR SEBAGAI CIVIL DEFENCE AUXILIARY (CDA) APM šŸ‡²šŸ‡¾MAHAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepa...
16/10/2026

MAHAR KINI RASMI BERDAFTAR SEBAGAI CIVIL DEFENCE AUXILIARY (CDA) APM šŸ‡²šŸ‡¾

MAHAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur atas sambutan mesra serta perkongsian yang diberikan sempena kunjungan hormat dan penerimaan Sijil Pendaftaran Civil Defence Auxiliary (CDA) bagi HURMSEV MAHAR (Kemanusiaan).

Pendaftaran ini merupakan langkah penting buat MAHAR. Ia memperkukuh jaringan kerjasama bersama APM, membuka ruang kepada pembangunan kapasiti dan penyertaan dalam latihan berkaitan, serta mengukuhkan peranan MAHAR dalam pengurusan bencana dan operasi kemanusiaan.

Delegasi MAHAR diketuai oleh Setiausaha Agung, Encik Amir Arafat Bin Mohamad Razali, bersama barisan staf, dan disambut oleh Mejar (PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan dan memperkukuh hubungan kerjasama. Hala tuju MAHAR dalam memperkasakan peranan organisasi turut dibincangkan, khususnya dalam bidang kemanusiaan, kesiapsiagaan menghadapi bencana dan khidmat bantuan kepada masyarakat.

Semoga kerjasama ini terus diperkukuh demi membina masyarakat yang lebih bersedia, berdaya tahan dan prihatin terhadap keperluan kemanusiaan.

Bersama Membina Kemanusiaan, Memperkasa Kesukarelawanan.

Kemanusiaan PengurusanBencana Kesukarelawanan

MAHAR meneruskan usaha kebajikan melalui lawatan ke rumah peserta Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) bagi...
12/10/2026

MAHAR meneruskan usaha kebajikan melalui lawatan ke rumah peserta Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) bagi meninjau keadaan serta kebajikan mereka sepanjang berada di Malaysia.

Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi juga ruang untuk mendengar, memahami keperluan dan menyampaikan sokongan kepada peserta agar mereka terus merasakan bahawa mereka tidak bersendirian.

09/10/2026

Apabila rumah sudah tiada, khemah menjadi tempat berlindung.

Setiap khemah yang dipulihkan memberi ruang kepada keluarga di Gaza untuk terus berteduh dan menjalani kehidupan dalam keadaan yang serba terbatas.

Sedikit usaha, besar maknanya buat mereka.

Seluruh warga kerja Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden MA...
08/10/2026

Seluruh warga kerja Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden MAHAR, Adjunct Prof. Jismi Azahari bin Johari, atas pelantikan beliau sebagai Adjunct Professor di Lincoln University College!

Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen, dedikasi, dan kepimpinan berterusan beliau dalam memperkasa misi kemanusiaan dan pendidikan.

Semoga kejayaan ini membawa MAHAR ke tahap yang lebih tinggi dalam berkhidmat demi masyarakat.

Lincoln University College Malaysia

Jismi Johari

MAHAR menzahirkan rasa dukacita yang mendalam buat keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan s...
06/10/2026

MAHAR menzahirkan rasa dukacita yang mendalam buat keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga kebenaran dan keadilan ditegakkan melalui proses siasatan yang sedang dijalankan.

Al-Fatihah.

05/10/2026

INTAC 2026

MAHAR berkesempatan menyertai INTAC 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai salah satu pameran/booth yang memperkenalkan usaha dan inisiatif kemanusiaan MAHAR kepada para pengunjung. Alhamdulilah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur INTAC 2026 atas ruang dan peluang yang diberikan kepada MAHAR untuk bersama dalam acara ini.

Terima kasih juga kepada seluruh tetamu, pengunjung, rakan-rakan serta semua yang singgah ke booth MAHAR, bertanya, berinteraksi dan meluangkan masa untuk mengenali lebih dekat usaha kemanusiaan yang kami jalankan.

Sokongan dan kehadiran anda amat bermakna buat kami.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama dan usaha bersama dalam menyantuni mereka yang memerlukan.

Terima kasih kerana bersama MAHAR.

Presiden MAHAR serta barisan pimpinan telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Duta Besar Republik Arab Mesir ke Mal...
29/09/2026

Presiden MAHAR serta barisan pimpinan telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia.

Pertemuan positif ini berfokus perbincangan kerjasama strategik bagi melancarkan misi-misi bantuan kemanusiaan serta memperkemas saluran logistik di rantau berkenaan. Terima kasih TYT Duta Besar atas perbincangan yang amat bermakna ini!

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.Dukacita atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamed Ali.Semoga Allah SWT me...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Dukacita atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamed Ali.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesilapannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Segala jasa, bakti dan sumbangan beliau kepada negara akan sentiasa dikenang.

Al-Fatihah. šŸ¤

Pihak Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) berkesempatan menziarahi kediaman peserta Program Penempatan Sementara...
25/09/2026

Pihak Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) berkesempatan menziarahi kediaman peserta Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS).

Lawatan ini merupakan salah satu usaha MAHAR untuk terus mendekati, bertanya khabar dan melihat keperluan mereka sepanjang berada di Malaysia.

Semoga kehadiran kecil ini dapat memberi sedikit semangat dan menunjukkan bahawa mereka sentiasa dipedulikan.

Address

MAHAR Humanitarian Centre, 18, Jalan 45A/26, Sri Rampai
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60341316580

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR:

Shortcuts

Sponsored

Share