Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia

Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia (PNNM) adalah sebuah pertubuhan berdaftar di bawah ROS.

PNNM KUALA Selangor.==================Hari ini, Ahli Kehormat VVIP PNNM Kuala Selangor, Mr Ng Hui Lun di PASIR PENAMPANG...
12/08/2026

PNNM KUALA Selangor.
==================

Hari ini, Ahli Kehormat VVIP PNNM Kuala Selangor, Mr Ng Hui Lun di PASIR PENAMPANG telah mengendalikan agihan sumbangan kepada orang ramai.

Sumbangan berupa beras, makanan dan lain-lain diterima dari beberapa syarikat dan individu tertentu.

Pihak PNNM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak. Aamiin.

*MARTABAT BUDAYA SERUMPUN"

Biro Keselamatan PNNM.===================Biro Keselamatan PNNM operates in collaboration with an accredited security com...
12/08/2026

Biro Keselamatan PNNM.
===================

Biro Keselamatan PNNM operates in collaboration with an accredited security company, GMP KAISAR SECURITY SDN BHD.

To ensure clarity, relevant parties may contact PNNM to prevent any misunderstanding, misconduct, or maladministration on either side.

It is undeniable that certain parties have abused their power by attempting to manipulate the efforts of PNNM, which established this Bureau long ago. We remain steadfast and will continue to comply with the regulations set by the relevant authorities; however, there are also instances where the authorities themselves misunderstand the law and misuse their power to provoke us.

As an organization registered since 2014, we will always remain attentive to established regulations.

If any mistakes occur involving any party within PNNM, they are strictly under the individual capacity of the person concerned. We at PNNM have briefed all parties wishing to collaborate on the implementation of this Public Security Bureau.

Within Biro Keselamatan PNNM, we have three divisions:

1. Public Security. This is solely to oversee PNNM programs or any parties collaborating with PNNM. All service costs remain the responsibility of the party requesting PNNM's assistance.

2. Safety and Emergency. PNNM members joining the bureau at this stage are REQUIRED to attend special courses, such as those conducted with BOMBA, St John, Bulan Sabit, PDRM, and other relevant bodies.

3. Elite Security. Within this Bureau, PNNM offers the following:

a. Shooting training for anyone interested as a hobby.

b. Security awareness courses, divided into basic, intermediate, and advanced levels.

c. Shooting competitions at both National and International levels. These arrangements naturally involve various parties to ensure full compliance with the law.

For this third category, PNNM collaborates with certified experts in the operation and handling of fi****ms.

For those seeking additional information, please email:

[email protected]

Or:

[email protected]

"Martabat Budaya Serumpun”

PROGRAM MERDEKA:==================PNNM PERAK dengan kerjasama beberapa pihak akan mengadakan program merdeka. Sokongan d...
06/08/2026

PROGRAM MERDEKA:
==================

PNNM PERAK dengan kerjasama beberapa pihak akan mengadakan program merdeka. Sokongan daripada semua pihak adalah sangat-sangat dihargai. Aamiin.

Sesiapa yang ada kesempatan, marilah hadir bersama πŸ’˜πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ

"MARTABAT BUDAYA SERUMPUN"

Biro Keselamatan Elit Kebangsaan (BITE)================================Biro Keselamatan Elit Kebangsaan adalah Biro yang...
04/08/2026

Biro Keselamatan Elit Kebangsaan (BITE)
================================

Biro Keselamatan Elit Kebangsaan adalah Biro yang dinaiktarafkan perkhidmatannya. Pada asalnya biro ini dikenali sebagai BIKA iaitu Biro Keselamatan Awam dan Kecemasan yang diilhamkan oleh Y.Bhg Dato' Jimmy Ho, Timbalan Presiden PNNM semenjak tahun 2019.

Sejak kebelakangan ini permintaan agak tinggi dan lebih mencabar, maka satu biro baru ditubuhkan dan diilhamkan oleh Penasihat Kehormat PNNM iaitu Y.Bhg Dato' Dr Soo. Biro ini dikenali dengan nama BITE iaitu Biro Keselamatan Elit Kebangsaan (National Elite Security Bureau).

Untuk menubuhkan BITE, PNNM telah mengadakan kerjasama dengan Syarikat bertauliah iaitu GMP KAISAR SECURITY SDN BHD. Syarikat ini merupakan ahli kepada PIKM iaitu sebuah Persatuan yang mengawalselia syarikat yang berlesen dari KDN untuk menjalankan kerja-kerja keselamatan.

Atas perbincangan dan persetujuan bersama, maka PNNM mewujudkan biro ini dengan matlamat berikut:

Matlamat:
=======

- Menyediakan Perkhidmatan Pengawal Peribadi yang profesional, berintegriti dan bertaraf antarabangsa.

- Menawarkan Perkhidmatan Pengiring Profesional bagi individu, delegasi, acara rasmi dan urusan korporat.

- Menyediakan Perundingan Keselamatan Korporat yang komprehensif bagi meningkatkan tahap keselamatan organisasi dan aset.

- Menganjurkan Latihan Kemahiran Keselamatan untuk membangunkan anggota keselamatan yang cekap, berdisiplin dan beretika.

- Menyediakan Latihan Menembak yang mematuhi undang-undang serta piawaian profesional bagi meningkatkan kompetensi peserta.

- Memberi nilai tambahan (added value) pada mereka yang menyertai BIKE bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keselamatan seperti PDRM, ATM, TLDM dan sebagainya.

Satu perjanjian persefahaman telah dimenterai bertarikh 15hb Julai 2026 antara PNNM dan GMP KAISAR SECURITY SDN BHD untuk tujuan menubuhkan BITE bagi merealisasikan perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak-pihak tertentu.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah emel PNNM di:

[email protected]

Terima Kasih.

"MARTABAT BUDAYA SERUMPUN"

Keahlian PNNM============Buat masa kini, PNNM Pusat tidak berhasrat lagi menyediakan 'googleform' untuk orang ramai mend...
04/08/2026

Keahlian PNNM
============

Buat masa kini, PNNM Pusat tidak berhasrat lagi menyediakan 'googleform' untuk orang ramai mendaftar sebagai keahlian PNNM.

Pada 7&19hb Julai 2022, PNNM Pusat pernah menyediakan 'googleform' ini semata mata untuk kemaskini keahlian sahaja dan BUKAN untuk mendaftar sebagai ahli PNNM.

Jika ada, MUNGKIN diurus diperingkat negeri atau Cawangan PNNM untuk memudahkan urusan mereka bagi mewujudkan database. Sila rujuk dari mana anda memperolehi 'googleform' tersebut.

Terima Kasih semua atas sokongan. Aamiin.

"MARTABAT BUDAYA SERUMPUN"



Yang benar,

Ayahanda Dato' Md Lutfi Bin Yusof
Pengasas
Pertubuhan Nala Duta Nusantara M'sia.

PNNM MELAKA πŸ’˜πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈPNNM MELAKA akan menerima lawatan delegasi daripada Sekolah Nahdlatul Ulama (SEK NU) dari Indonesia da...
03/08/2026

PNNM MELAKA πŸ’˜πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ

PNNM MELAKA akan menerima lawatan delegasi daripada Sekolah Nahdlatul Ulama (SEK NU) dari Indonesia dan akan menjalankan Pogram Global Immersion & Edutourism Malaysia-Indonesia 2026.

Jangkaan program adalah pada 23hb Ogos 2026 sehingga 26hb Ogos 2026.

Program ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan khidmat kemasyarakatan PNNM yang bertujuan memperkukuh hubungan persaudaraan serumpun Malaysia – Indonesia melalui pendidikan, pertukaran budaya, pembangunan belia, kesukarelawanan serta jaringan komuniti.

Program ini juga selaras dengan aspirasi Komuniti ASEAN, khususnya dalam memperkukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat (people-to-people diplomacy) serta memupuk persefahaman, kerjasama dan persahabatan yang berkekalan dalam kalangan masyarakat serantau.

Sepanjang lawatan, delegasi akan mengikuti pelbagai aktiviti edupelancongan, lawatan pendidikan, pertukaran budaya dan program kemasyarakatan di Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diharapkan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua Negara.

Program akan disempurnakan oleh Pengerusi PNNM Melaka iaitu Y.Bhg Dr Anidah Binti Rabbani bersama delegasi PNNM Melaka.

Semoga program ini berjalan lancar. Aamiin.

*MARTABAT BUDAYA SERUMPUN"



[Gunung berapi di Indonesia]

Address

Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia:

Featured

Share