30/04/2026
📢 KENYATAAN MEDIA JAWI
Bantahan Terhadap Penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membantah penganjuran program tersebut yang dilihat berpotensi membawa kepada kemudaratan akhlak serta keruntuhan nilai masyarakat.
Sehubungan itu, JAWI menyeru semua pihak agar lebih peka terhadap sensitiviti agama dan budaya masyarakat Malaysia serta memastikan sebarang bentuk hiburan mematuhi garis panduan syarak.
🤲 Program Khas:
Bacaan Yasin & Solat Hajat akan diadakan secara serentak:
🗓 30 April 2026
🕋 Selepas Solat Maghrib
📍Masjid Al-Najihin
Marilah kita bersama-sama berdoa memohon kesejahteraan, keharmonian dan perlindungan daripada perkara yang tidak diingini.
Semoga Allah SWT memelihara kita semua. 🤍