PERKIM Kebangsaan

Call Directions Website Contact the organization

PERKIM Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960.
(1)

04/10/2026
02/10/2026

๐‘ด๐’†๐’“๐’–๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’Š ๐‘บ๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’†๐’•๐’‚, ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚ ๐‘น๐’–๐’Ž๐’‚๐’‰ ๐‘ป๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚ - ๐‘ผ๐’”๐’•๐’‚๐’› ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ต๐’๐’๐’“ ๐‘ฐ๐’‰๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’Ž๐’‚๐’“๐’–๐’›๐’‚๐’Ž๐’‚๐’

" Keluarga yang harmoni bermula dengan iman, disulam dengan kasih sayang dan diperkukuh dengan sikap saling menghormati."

02/10/2026
29/09/2026
29/09/2026
๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—จ๐—ก ๐——๐—ฅ. ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—›๐—”๐—ฆ๐— ๐—”๐—›๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Masj...
28/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—จ๐—ก ๐——๐—ฅ. ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—›๐—”๐—ฆ๐— ๐—”๐—›

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini, dibanjiri ribuan jemaah dan orang ramai petang ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Penasihat Khas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jenazah Allahyarhamah dibawa keluar dari kediaman keluarga di The Mines, Seri Kembangan, kira-kira jam 2.45 petang sebelum tiba di Masjid As-Syarif pada jam 2.55 petang, diiringi ahli keluarga.

Pemilihan Masjid As-Syarif sebagai lokasi solat jenazah mempunyai kaitan dengan hubungan rapat Tun Dr. Mahathir dan Allahyarhamah dengan masjid berkenaan.

Menurut pihak Jawatankuasa Masjid As-Syarif, Tun Dr. Mahathir dan Allahyarhamah sering mengimarahkan masjid tersebut dengan menunaikan solat fardu, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Hubungan mesra yang terjalin antara pasangan berkenaan dengan anak-anak kariah serta ahli jawatankuasa masjid turut menjadikan Masjid As-Syarif mempunyai nilai sentimental tersendiri buat mereka, sekali gus menjadikan masjid berkenaan lokasi solat jenazah Allahyarhamah sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara, Putrajaya untuk disemadikan.

Seawal tengah hari, orang ramai mula berkumpul di perkarangan masjid untuk memberikan penghormatan terakhir. Jumlah kehadiran yang luar biasa menyebabkan ruang utama masjid dipenuhi jemaah sehingga sebahagian daripada mereka terpaksa membentuk saf di luar ruang solat.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan luar biasa di sekitar Taman Sungai Besi Indah sehingga beberapa laluan ditutup pihak polis, manakala sebahagian daripada ribuan yang hadir tidak dapat memasuki kawasan berkenaan.

Masjid yang mampu menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa itu pada petang berkenaan menyaksikan jemaah memenuhi ruang solat tanpa ruang yang ketara, dengan bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.

Yang menarik perhatian, penduduk sekitar yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Tionghua turut dilihat berada di kawasan perkarangan masjid, menyaksikan suasana penghormatan terakhir terhadap Allahyarhamah.

Keadaan itu secara tidak langsung memperlihatkan himpunan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang, ketika umat Islam daripada pelbagai kelompok hadir bersama-sama melaksanakan tuntutan agama dan mendoakan Allahyarhamah.

Selepas solat Asar, solat jenazah Allahyarhamah dilaksanakan sebanyak dua kali bagi memberi peluang kepada lebih ramai jemaah untuk turut serta mendoakan Allahyarhamah.

Tun Dr. Mahathir merupakan Yang Dipertua PERKIM ketujuh, yang memimpin pertubuhan berkenaan sejak 2006 sebelum menyerahkan kepimpinan kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari pada Mei 2025.

Selepas itu, Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Khas PERKIM, sekali gus membolehkan pengalaman dan pandangan beliau terus dimanfaatkan dalam usaha dakwah dan kebajikan pertubuhan.

Sepanjang tempoh Tun Dr. Mahathir memimpin PERKIM, Allahyarhamah turut bersama dalam pelbagai program pertubuhan, termasuk kegiatan yang berkaitan dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan.

Antara sumbangan yang pernah direkodkan ialah sumbangan RM50,000 kepada Tasputra PERKIM, sebuah pusat yang menyediakan penjagaan dan perkhidmatan terapi kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Sumbangan tersebut dibuat bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Allahyarhamah turut menghadiri program rasmi PERKIM, termasuk majlis berbuka puasa yang menghimpunkan kepimpinan pertubuhan dan rakan-rakan dakwah. Rekod PERKIM turut menunjukkan kehadiran beliau bersama Tun Dr. Mahathir dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan pertubuhan berkenaan.

Dalam pada itu, ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐——๐—ฟ. ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ. ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ต๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฒ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต, mengenang pesanan Allahyarhamah yang menurut beliau mempunyai makna besar terhadap hala tuju dakwah PERKIM.

Menurut beliau, Allahyarhamah pernah berpesan supaya PERKIM terus melebarkan sayap dakwah sehingga ke bumi Korea.

โ€œTun Hasmah pernah berpesan supaya kita melebarkan sayap dakwah sampai ke bumi Korea,โ€ kata Dr. Ridhuan Tee.

Pesanan tersebut mencerminkan harapan Allahyarhamah agar usaha dakwah PERKIM terus diperluaskan dan tidak terhad kepada lingkungan masyarakat Islam di Malaysia.

Bagi warga PERKIM, pesanan itu menjadi satu kenangan bermakna yang memperlihatkan perhatian Allahyarhamah terhadap kesinambungan usaha dakwah serta peranan pertubuhan tersebut dalam menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat yang lebih luas.

Usaha memperluas dakwah kepada masyarakat bukan Islam sememangnya merupakan antara perkara yang diberikan perhatian dalam PERKIM. Dr. Ridhuan Tee sendiri sebelum ini menegaskan bahawa dakwah kepada bukan Islam merupakan antara misi utama PERKIM.

Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri, malah mempunyai sumbangan tersendiri dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan kebajikan masyarakat.

Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarhamah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini dan pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam.

Beliau dan Tun Dr. Mahathir berkahwin pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata. Sepanjang kehidupan bersama suaminya, Allahyarhamah melalui pelbagai detik penting dalam sejarah negara, selain aktif dalam pelbagai kegiatan berkaitan kesihatan, kebajikan dan masyarakat.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 9.20 pagi 28 September 2026, pada usia 100 tahun.

Kerajaan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarhamah kepada negara.

PERKIM Kebangsaan pada penghormatan terakhir itu diwakili ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ' ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฟ. ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—บ, ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ. ๐——๐—ฟ. ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ. ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ต๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฒ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต, ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ. ๐—œ๐˜€๐—ฎ, serta ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ ๐——๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฒ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Datuk Seri Anwar dan Dr. Wan Azizah tiba di Masjid As-Syarif kira-kira jam 4 petang dan menyantuni Tun Dr. Mahathir serta ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah.

Turut hadir dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang bersama-sama menunaikan solat jenazah Allahyarhamah.

Kehadiran barisan pemimpin negara bersama ribuan jemaah daripada pelbagai lapisan masyarakat memperlihatkan penghormatan yang diberikan kepada Allahyarhamah sebagai tokoh wanita yang mempunyai perjalanan panjang dalam bidang perubatan, kesihatan, kebajikan dan kehidupan kenegaraan.

Selesai solat jenazah, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, bagi istiadat pengebumian.

Allahyarhamah kemudiannya disemadikan bersebelahan pusara Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi PERKIM, pemergian Allahyarhamah meninggalkan kenangan yang tersendiri, khususnya melalui sokongan beliau terhadap kegiatan kebajikan dan dakwah pertubuhan serta perjalanan panjang bersama Tun Dr. Mahathir ketika beliau memikul amanah sebagai Yang Dipertua PERKIM.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan dan jasa beliau serta menempatkan roh Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐†๐ˆ๐€๐ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐˜๐€๐‘๐‡๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐”๐ ๐ƒ๐‘. ๐‡๐€๐’๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐€๐‹๐ˆSeluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Keba...
28/09/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐†๐ˆ๐€๐ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐˜๐€๐‘๐‡๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐”๐ ๐ƒ๐‘. ๐‡๐€๐’๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐€๐‹๐ˆ

Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan ucapan takziah yang setulus-tulusnya kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Penasihat Khas PERKIM, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 100 tahun.

Pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

PERKIM amat berdukacita atas kehilangan seorang tokoh wanita yang telah melalui perjalanan kehidupan yang panjang serta menjadi pendamping setia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Allahyarhamah turut dikenali sebagai seorang insan yang mempunyai ketokohan dan sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan negara.

Sesungguhnya, ajal dan maut merupakan ketetapan Allah SWT. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian sebagaimana firman Allah SWT:

ูƒูู„ูู‘ ู†ูŽูู’ุณู ุฐูŽุงุฆูู‚ูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู

โ€œTiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.โ€
โ€” Surah Ali โ€˜Imran, 3:185

Sehubungan itu, PERKIM mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan beliau, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, menerangi serta melapangkan alam kuburnya, dan menempatkan roh Allahyarhamah bersama para solihin, orang-orang beriman serta hamba-hamba-Nya yang diredai.

PERKIM juga mendoakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga Allahyarhamah dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat dukacita ini.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

โ€œYa Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.โ€

Al-Fatihah.

๐‘ซ๐™š๐’๐™œ๐’‚๐™ฃ ๐™๐’–๐™ก๐’–๐™จ ๐™„๐’Œ๐™๐’๐™–๐’” ๐‘ซ๐™–๐’“๐™ž๐’‘๐™–๐’…๐™–:
๐‘บ๐™š๐’๐™ช๐’“๐™ช๐’‰ ๐‘พ๐™–๐’“๐™œ๐’‚ ๐’…๐™–๐’ ๐‘ฒ๐™š๐’‘๐™ž๐’Ž๐™ฅ๐’Š๐™ฃ๐’‚๐™ฃ ๐™๐’†๐™ง๐’•๐™ž๐’๐™œ๐’ˆ๐™ž
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— )

๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐—›๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐™ค๐’๐™š๐’‰: ๐™ˆ๐‘ถ๐™ƒ๐‘ซ. ๐™Ž๐’€๐˜ผ๐‘ฏ๐™๐‘ฐ๐™‡ ๐™๐‘ถ๐™Ž๐‘ซ๐™„ ๐˜ผ๐‘ฏ๐™ˆ๐‘จ๐˜ฟ ๐™•๐‘จ๐™ƒ๐‘ผ๐˜ฟ๐‘ฐ๐—”...
27/09/2026

๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐—›๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— 

๐™ค๐’๐™š๐’‰: ๐™ˆ๐‘ถ๐™ƒ๐‘ซ. ๐™Ž๐’€๐˜ผ๐‘ฏ๐™๐‘ฐ๐™‡ ๐™๐‘ถ๐™Ž๐‘ซ๐™„ ๐˜ผ๐‘ฏ๐™ˆ๐‘จ๐˜ฟ ๐™•๐‘จ๐™ƒ๐‘ผ๐˜ฟ๐‘ฐ

๐—”๐—ฅ๐—”๐—จ, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€” Perbezaan agama, budaya dan bangsa bukan penghalang untuk masyarakat hidup dalam suasana aman dan saling menghormati, sebaliknya menjadi kekuatan yang memperkayakan keharmonian komuniti majmuk di negara ini.

Mesej itu terserlah menerusi Dialog Harmoni Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Siam Kampung Behor Gelam anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang berlangsung di perkarangan Dewan Serbaguna Kampung Behor Gelam, di sini, pada petang Ahad.

Program dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Perlis itu menjadi kemuncak rangkaian pengisian Program Mahabbah yang menghimpunkan masyarakat Siam dan Melayu menerusi aktiviti gotong-royong, sukaneka, ziarah mahabbah serta dialog sebagai wadah memperkukuh persefahaman dan hubungan kejiranan.

Dialog Harmoni berkenaan dimoderatorkan ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—บ๐˜‚๐—ฏ๐—ฒ๐—ฒ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ, bersama ahli panel, ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ง๐—ถ๐—บ, ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป (๐—๐—ฃ๐—ž๐—ž๐—ฃ), dengan tajuk โ€˜๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’“๐’Ž๐’๐’๐’Š๐’‚๐’, ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’Š๐’…๐’–๐’‘๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ด๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’•โ€™.

Antara perkara yang dibincangkan ialah bentuk aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bersama bagi mendekati golongan muda masyarakat Siam, Melayu serta komuniti lain tanpa mengira latar belakang agama, budaya dan bangsa.

Dalam dialog itu, aktiviti sukan dikenal pasti antara medium paling berkesan untuk menghimpunkan masyarakat, termasuk bola sepak, sepak takraw dan memancing.

Perbincangan turut menyentuh kepentingan mewujudkan lebih banyak aktiviti bersama yang bersifat inklusif supaya golongan muda dapat berinteraksi, mengenali antara satu sama lain dan membina persahabatan dalam suasana santai.

Dara turut berkongsi pengalaman kehidupan bermasyarakat di Perlis yang memperlihatkan semangat saling membantu antara komuniti berbeza, khususnya ketika berdepan musibah seperti banjir dan bencana lain.

Menurutnya, ketika berdepan keadaan sedemikian, perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi batas kerana masyarakat akan tampil bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Beliau turut menekankan bahawa usaha memelihara keharmonian perlu bermula daripada institusi keluarga kerana ibu bapa merupakan pendidik pertama kepada anak-anak.

Katanya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak mengenai cara bergaul dalam masyarakat, menghormati perbezaan serta memahami perkara yang wajar dan tidak wajar ketika hidup bersama dalam komuniti berbilang agama dan budaya.

Kesimp**an dialog itu memperlihatkan bahawa keharmonian Kampung Behor Gelam dibina atas asas saling menghormati, membantu, mengambil berat serta keterbukaan untuk hidup bersama secara aman, sekali gus memastikan hubungan silaturahim antara masyarakat Siam, Melayu dan seluruh penduduk kampung terus diperkukuhkan.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan mewakili Pengerusi JPKKP, Chuntian Eam, Dara menzahirkan penghargaan kepada PERKIM Kebangsaan, MAIWP dan PERKIM Bahagian Negeri Perlis kerana menganjurkan program yang memberi ruang kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi secara lebih dekat.

Beliau berkata pengisian seperti gotong-royong, sukaneka, ziarah ke rumah penduduk dan Dialog Harmoni berjaya mewujudkan suasana mesra serta mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan masyarakat setempat.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—๐—ฎ๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต, ketika berucap mewakili ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—”๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‡๐˜‚๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ข๐—บ๐—ฎ๐—ฟ, berkata program berkenaan dilaksanakan hasil sokongan dana daripada MAIWP kepada PERKIM untuk dibawa ke Kampung Behor Gelam sebagai wadah membina ukhuwah dan menyelami kehidupan masyarakat setempat.

Beliau menyifatkan sambutan penduduk kampung terhadap rombongan PERKIM sebagai amat menggalakkan dan menyentuh hati, khususnya menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti gotong-royong sejak hari pertama program.

Katanya, masyarakat kampung tanpa mengira kaum dan agama turun bersama-sama membersihkan kawasan serta menguruskan sampah yang terkumpul, selain membersihkan dewan secara bergotong-royong.

โ€œWalaupun kami ini daripada bangsa dan agama yang berbeza, apabila sampai di sini, seperti yang disebut oleh Puan Dara, agama dan kaum diketepikan. Kita hidup atas dasar kemanusiaan sebagai seorang insan, saling membantu dan menolong tanpa mengira kaum serta bangsa,โ€ katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap penduduk kampung yang bukan sahaja menyertai aktiviti program, malah membantu rombongan PERKIM dalam urusan ziarah dari rumah ke rumah.

Menurutnya, keramahan penduduk Kampung Behor Gelam membuatkan rombongan berasa seolah-olah diterima sebagai sebahagian daripada keluarga walaupun baru pertama kali berkunjung ke kawasan berkenaan.

Jais berkata pengalaman tersebut membuktikan bahawa hubungan antara masyarakat dapat dibina melalui pertemuan, komunikasi dan kesediaan untuk saling mengenali.

Beliau berharap hubungan yang terjalin menerusi Program Mahabbah itu tidak terhenti setakat program berkenaan, sebaliknya dapat diteruskan melalui pelbagai aktiviti pada masa akan datang.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perkim Perlis , khususnya barisan pengurusan, pegawai, kakitangan dan sukarelawan yang bekerja keras memastikan kelancaran program.

Sementara itu, ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฆ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ketika berucap pada majlis perasmian penutup berkata pihaknya berterima kasih kepada PERKIM Kebangsaan kerana memilih Perlis sebagai lokasi program mahabbah berkenaan.

Beliau yang berucap mewakili ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป berkata pemilihan Kampung Behor Gelam dibuat selepas pihaknya berbincang dengan beberapa komuniti dan wakil tempatan bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk program tersebut.

Menurutnya, pada peringkat awal terdapat kebimbangan sama ada masyarakat setempat dapat menerima kehadiran rombongan PERKIM, namun kebimbangan itu ternyata tidak berasas apabila penduduk memberikan sambutan amat positif.

Katanya, masyarakat Malaysia sememangnya telah lama hidup dalam suasana masyarakat majmuk yang terdiri daripada Melayu, Siam, India, Cina dan pelbagai kelompok lain.

โ€œWalaupun kita tahu seseorang itu beragama Islam, orang Thai, Cina atau daripada bangsa lain, kita tetap saling menghormati. Kita boleh duduk minum di kedai yang sama, bergaul dan menjalani kehidupan sebagai masyarakat yang aman,โ€ katanya.

Beliau menyifatkan kepelbagaian masyarakat Malaysia sebagai suatu keunikan yang perlu dipelihara, ibarat sebuah pokok yang menghasilkan pelbagai jenis buah dengan rasa yang berbeza tetapi tetap tumbuh pada pokok yang sama.

Haji Shukor berkata sambutan penduduk terhadap aktiviti gotong-royong, sukaneka dan ziarah amat memberangsangkan, malah penduduk sendiri menawarkan diri membantu menyediakan peserta serta kemudahan yang diperlukan.

Beliau berharap hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui program susulan yang lebih banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, beliau menyampaikan salam daripada Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Datoโ€™ Seri Dr. Shahidan Kassim yang tidak dapat hadir bagi merasmikan program kerana mempunyai urusan penting di Kuala Lumpur, manakala Datoโ€™ Haji Khairi Hasan turut tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Haji Shukor berkata semangat kerjasama yang ditunjukkan penduduk, termasuk penglibatan ibu bapa dan kanak-kanak dalam sukaneka, menjadi bukti bahawa aktiviti kemasyarakatan mampu merapatkan hubungan tanpa mengira latar belakang.

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika berkhidmat dalam bidang kebajikan masyarakat di Perlis yang menyaksikan bantuan disalurkan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, termasuk ketika berdepan bencana alam, kebakaran, masalah kesihatan, keperluan pendidikan serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jais Mariappan turut menyampaikan plak penghargaan PERKIM sebagai cenderamata kepada Haji Shukor, Dara Tim dan Mohd Dali Jusoh.

Seusai Dialog Harmoni, majlis perasmian penutup yang dikendalikan oleh Fatin Akmal Aksah diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka.

Sukaneka kategori kanak-kanak menyaksikan peserta mengambil bahagian dalam acara membawa bola pingpong menggunakan sudu, kerusi berirama dan ikat kaki secara berpasangan.

Bagi kategori wanita p**a, antara acara yang dipertandingkan ialah memasukkan benang ke dalam jarum, kerusi berirama, koyak kertas paling panjang, boling kelapa dan mengasingkan kekacang.

Kategori lelaki p**a menyaksikan persaingan dalam acara kerusi berirama, boling kelapa dan mengasingkan kekacang.

Keseluruhan acara berlangsung dalam suasana ceria apabila penduduk daripada pelbagai peringkat umur berganding bahu dan memberikan sokongan kepada peserta.

Program kemudiannya diakhiri dengan sesi fotografi bersama penduduk Kampung Behor Gelam sebelum para peserta menikmati sajian mi goreng dan minum petang.

Turut hadir ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐—ฟ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฑ ๐——๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป (๐— ๐—ฃ๐—ž๐—ž๐—ฃ) ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ต.
๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ, ๐—”๐˜‡๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ป, ๐—™๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—”๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ต, ๐—”๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐˜‡๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น dan ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—ฟ๐—ถ ๐—ข๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ป bersama Ahli Jawatankuasa PERKIM Perlis serta sukarelawan.

Program Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Siam Kampung Behor Gelam yang berlangsung selama tiga hari itu akhirnya memperlihatkan bahawa keharmonian bukan sekadar slogan, sebaliknya dapat diterjemahkan melalui tindakan daripada gotong-royong membersihkan kawasan bersama, berkunjung ke rumah jiran, berkongsi kegembiraan dalam sukaneka hinggalah duduk semeja dalam dialog.

Dalam masyarakat yang berbeza agama, budaya dan bangsa, semangat hormat-menghormati, saling membantu dan mengambil berat menjadi jambatan yang menghubungkan setiap insan, sekali gus memperkukuh kehidupan bersama dalam sebuah komuniti yang aman dan bersatu padu.

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก๐—˜๐—ž๐—”, ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—•๐—”๐—› ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— -๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐™ค๐’๐™š๐’‰: ๐™ˆ๐‘ถ๐™ƒ๐‘ซ. ๐™Ž๐’€๐˜ผ๐‘ฏ๐™๐‘ฐ๐™‡ ๐™๐‘ถ๐™Ž...
27/09/2026

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก๐—˜๐—ž๐—”, ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—•๐—”๐—› ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— -๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— 

๐™ค๐’๐™š๐’‰: ๐™ˆ๐‘ถ๐™ƒ๐‘ซ. ๐™Ž๐’€๐˜ผ๐‘ฏ๐™๐‘ฐ๐™‡ ๐™๐‘ถ๐™Ž๐‘ซ๐™„ ๐˜ผ๐‘ฏ๐™ˆ๐‘จ๐˜ฟ ๐™•๐‘จ๐™ƒ๐‘ผ๐˜ฟ๐‘ฐ

๐—”๐—ฅ๐—”๐—จ, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€” Nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat tanpa mengira latar belakang terus diterjemahkan menerusi Program Sukaneka dan Ziarah Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Siam Kampung Behor Gelam yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan di Kampung Behor Gelam, Arau, Perlis, hari ini.

Program anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Perlis itu menghimpunkan penduduk kampung dalam suasana santai, ceria dan penuh nilai kekeluargaan menerusi aktiviti sukaneka pada sebelah pagi, sebelum diteruskan dengan ziarah kebajikan dari rumah ke rumah pada sebelah petang.

Lebih daripada sekadar aktiviti riadah dan penyampaian bantuan, program berkenaan menjadi wadah untuk mendekatkan PERKIM dan MAIWP dengan komuniti masyarakat majmuk Siam di kawasan berkenaan, selain membina hubungan yang lebih erat berasaskan nilai hormat-menghormati, saling memahami dan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—๐—ฎ๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต, berkata pendekatan turun padang yang dilaksanakan menerusi program seperti itu amat penting dalam memastikan usaha dakwah dan kebajikan sentiasa dekat dengan masyarakat.

Menurut beliau, masyarakat perlu disantuni secara berterusan melalui pendekatan yang mesra, terbuka dan tidak terlalu formal supaya hubungan yang dibina dapat berkembang menjadi satu bentuk jaringan kemasyarakatan yang kukuh.

Katanya, aktiviti sukaneka yang dilaksanakan bukan semata-mata bertujuan mengisi masa lapang, sebaliknya menjadi medium untuk menemukan masyarakat dalam suasana santai serta membina interaksi positif antara urus setia dengan penduduk kampung.

โ€œProgram seperti ini memberi peluang kepada kita untuk turun sendiri bertemu masyarakat, melihat keadaan mereka dan mendengar suara serta keperluan mereka secara lebih dekat.

โ€œDalam masa yang sama, pendekatan ziarah membolehkan kita menyampaikan bantuan secara terus kepada penduduk, di samping menunjukkan bahawa kebajikan dan kasih sayang merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipupuk tanpa mengira latar belakang masyarakat,โ€ kata Jais Mariappan.

Jais Mariappan berkata, kesinambungan program berkenaan juga penting kerana hubungan yang baik dengan komuniti tidak seharusnya terhenti selepas sesuatu bantuan disampaikan.

Sebaliknya, katanya, hubungan berterusan perlu diwujudkan melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, dialog, ziarah dan pengisian yang mampu mewujudkan persefahaman serta rasa saling menghargai antara satu sama lain.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu dimulakan dengan acara sukaneka yang membabitkan tiga kategori utama iaitu kanak-kanak, wanita dan lelaki.

Bagi kategori kanak-kanak, peserta mengambil bahagian dalam beberapa acara menarik termasuk membawa bola pingpong menggunakan sudu, kerusi berirama dan ikat kaki secara berpasangan.

Gelagat peserta cilik yang bersungguh-sungguh menyertai pertandingan menceriakan suasana program, manakala sorakan dan sokongan ahli keluarga serta penduduk kampung menjadikan kawasan aktiviti riuh dengan gelak tawa.

Bagi kategori wanita p**a, pelbagai acara santai dan mencabar dianjurkan termasuk memasukkan benang ke dalam jarum, kerusi berirama, koyak kertas paling panjang, boling kelapa serta mengasingkan kekacang.

Acara berkenaan bukan sahaja menguji ketangkasan, tetapi turut mencetuskan interaksi dalam kalangan peserta yang hadir bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu, kategori lelaki turut tidak kurang meriah apabila peserta berentap dalam acara kerusi berirama, boling kelapa dan mengasingkan kekacang.

Walaupun kebanyakan acara dilaksanakan dalam suasana santai dan penuh jenaka, penyertaan aktif penduduk memperlihatkan keterbukaan masyarakat kampung dalam menerima program yang dianjurkan bersama PERKIM dan MAIWP.

Sukaneka berkenaan turut dilawati ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฟ Shahidan Kassim, yang berkesempatan menyantuni penduduk dan peserta serta melihat sendiri perjalanan program bersama komuniti setempat.

Kehadiran beliau turut memberi suntikan semangat kepada urus setia dan peserta, selain memperlihatkan komitmen kepimpinan PERKIM dalam memastikan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dilaksanakan secara dekat dengan masyarakat.

Program turut dibantu ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—บ๐˜‚๐—ฏ๐—ฒ๐—ฒ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ, yang memainkan peranan penting sebagai penterjemah Bahasa Thai bagi memastikan komunikasi antara urus setia dengan masyarakat setempat berjalan dengan lancar.

Keupayaan berkomunikasi dalam bahasa yang difahami masyarakat menjadi antara elemen penting dalam membina hubungan yang lebih mesra, khususnya ketika program melibatkan komuniti yang mempunyai latar bahasa dan budaya yang berbeza.

Turut menjayakan program ialah urus setia ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ, ๐—”๐˜‡๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ป, ๐—™๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—”๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ต, ๐—”๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐˜‡๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐˜‡๐—ฟ๐—ถ ๐—ข๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ป bersama Ahli Jawatankuasa Perkim Perlis serta barisan sukarelawan yang berganding bahu memastikan keseluruhan pengisian berjalan lancar.

Sementara itu, pada jam 3.30 petang, program diteruskan dengan sesi Ziarah Mahabbah dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Behor Gelam.

Rombongan membawa bakul makanan sambil menyantuni dan bertanya khabar kira-kira 50 penduduk kampung dalam usaha menyampaikan bantuan secara terus kepada masyarakat yang memerlukan.

Sebelum rombongan bergerak menziarahi penduduk, Jais Mariappan terlebih dahulu memimpin bacaan doa bagi memohon kelancaran dan keberkatan sepanjang perjalanan serta keseluruhan aktiviti ziarah.

Walaupun hujan renyai mula turun, keadaan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat urus setia, sukarelawan dan penduduk yang bersama-sama menjayakan misi kebajikan berkenaan.

Dengan menggunakan motosikal, rombongan bergerak dari satu rumah ke satu rumah melalui laluan yang bukan semuanya mudah untuk dilalui.

Juru pandu diketuai ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด (๐—๐—ฃ๐—ž๐—ž), ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ต, bersama penduduk kampung yang turut membantu memastikan perjalanan rombongan berlangsung dengan selamat dan teratur.

Laluan di sebelah sawah padi, parit serta jalan tanah merah yang mencabar tetap diredah demi memastikan bakul makanan dapat disampaikan terus kepada penduduk yang diziarahi.

Keadaan itu memperlihatkan kesungguhan urus setia untuk memastikan bantuan bukan sekadar dikumpulkan di satu lokasi dan menunggu untuk diambil, sebaliknya dihantar sehingga ke hadapan rumah penerima.

Bakul makanan tajaan MAIWP yang disampaikan kepada penduduk mengandungi pelbagai keperluan asas harian termasuk beras, tepung, bihun, susu, kopi, teh, gula, minyak masak dan biskut.

Selain barangan makanan, bantuan turut merangkumi peralatan kebersihan badan bagi membantu memenuhi keperluan asas seharian penerima.

Dalam setiap kunjungan, rombongan turut meluangkan masa bertanya khabar, berbual dan mendengar keadaan penduduk, sekali gus menjadikan sesi ziarah itu lebih daripada sekadar penyampaian barangan bantuan.

Pendekatan tersebut memberi ruang kepada urus setia untuk memahami kehidupan masyarakat setempat secara lebih dekat, selain membina hubungan yang lebih manusiawi melalui pertemuan secara bersemuka.

Pada masa sama, urus setia turut menjemput penduduk kampung untuk menghadiri Program Dialog Harmoni Mahabbah Komuniti Masyarakat Majmuk Siam yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, jam 3.30 petang di hadapan dewan serbaguna kampung berkenaan.

Program dialog tersebut diharapkan dapat menjadi kesinambungan kepada usaha mendekati masyarakat menerusi ruang interaksi dan perkongsian yang lebih terbuka.

Bagi penduduk Kampung Behor Gelam, kunjungan rombongan PERKIM dan MAIWP memberikan makna tersendiri apabila mereka bukan sahaja menerima sumbangan keperluan asas, malah turut disantuni secara langsung dalam suasana penuh kekeluargaan.

Address

Jalan Sultan Azlan Shah
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340426224

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKIM Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERKIM Kebangsaan:

Shortcuts

Sponsored

Share