17/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐๐๐๐๐
11 September 2026 | G Hotel Gurney, George Town, Pulau Pinang
Persatuan Francais Malaysia (MFA) berbesar hati untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan Majlis Anugerah Ar-Rahnu XโChange 2025 dan Pelancaran Aplikasi Mudah Alih MyARX yang berlangsung meriah di Pulau Pinang.
Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Pengerusi Bank Rakyat. Selain menghargai kecemerlangan para francaisi Ar-Rahnu XโChange sepanjang tahun 2025, acara ini turut mencipta lembaran baharu menerusi gimik pelancaran aplikasi mudah alih MyARX.
Delegasi MFA ke majlis ini diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi MFA, Puan Zuraida Jomri, Ketua Pegawai Eksekutif MFA dan sekretariat.
Kehadiran kepimpinan MFA merupakan bukti komitmen berterusan persatuan dalam memperkasa industri francais tempatan, di samping memperkukuh hubungan strategik bersama Bank Rakyat dan Rakyat Management Services Sdn. Bhd.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Ar-Rahnu XโChange serta barisan penerima anugerah atas kecemerlangan yang dipamerkan!