Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi

Call Directions Contact the organization

Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi Persatuan Alumni SMKSB ditubuhkan bagi mengumpulkan bekas-bekas pelajar SMKSB OBJEKTIF SBAA:

1.

Meningkatkan hubungan dalam kalangan ahli alumni, pelajar dan pihak pengurusan sekolah melalui kegiatan yang boleh memperkasakan pendidikan, sosial dan budaya.

2. Menggiatkan usaha pembangunan intelektual melalui program wacana, seminar, penulisan dan motivasi.

3. Memanfaatkan kekuatan alumni bagi menyediakan ruang dan peluang meneruskan pengajian dan kebolehpasaran pelajar untuk pasaran kerjaya.

4. Membangunkan agenda ekonomi alumni melalui kegiatan ekonomi setempat dan pembangunan keusahawanan.

5. Menjadi platform untuk menyelia kebajikan dan kepentingan para alumni. VISI:

Menjayakan Visi SMKSB yang berhasrat untuk menyediakan pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera. MISI:

Membantu SMKSB dalam usaha mencapai penlestarian sistem pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 DARI PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 DARI PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI

Isnin , 29 Jun 2026Asslamualaikum wbt,إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاَللهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَع...
29/06/2026

Isnin , 29 Jun 2026

Asslamualaikum wbt,

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

Kepada yang mengenai arwah, dukacita dimaklumkan,
Puan Roshaliza bin Abdul Majid bacht 1983 (SPM 2000)
Block 24-0-4 Desa Tasik, Sungai Besi, telah kembali ke Rahmatullah pukul 5++ petang tadi di Hospital Sungai Buloh.

Jenazah akan dibawa ke Surau Diniatul Islamiah untuk disembahyangkan malam ini...

Seterusnya akan dibawa ke Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Kem Perdana Sungai Besi untuk dikebumikan.

Pihak pengurusan Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga.



Al Fatihah..

SALAM MAAL HIJRAH 1448HAlhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk melangkah ke tahun yang baharu.1 Muharram b...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk melangkah ke tahun yang baharu.

1 Muharram bukan sekadar pertukaran tarikh, tetapi peluang untuk kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Tinggalkan segala rasa putus asa. Tinggalkan segala kelalaian dan kesilapan.

Perbaharui niat, tingkatkan ibadah dan perbaiki hubungan dengan Allah.

Semoga tahun ini Allah membuka pintu rezeki yang luas, mengurniakan kesihatan yang baik, memudahkan segala urusan, melapangkan hati dan mengangkat segala kesusahan yang sedang kita hadapi.

Jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah Maha Mendengar. Jangan pernah berhenti berusaha kerana Allah Maha Melihat.

Semoga hijrah kali ini membawa kita lebih dekat kepada Allah, lebih tenang, lebih bahagia dan lebih berjaya di dunia serta akhirat.

"Barang siapa yang hari ini lebih baik daripada semalam, maka dialah orang yang beruntung."

Salam Maal Hijrah 1448H semoga Allah memberkati setiap langkah perjalanan kita.

Amin Ya Rabbal'Alamin 🤲🤲🤲




Selamat Hari Raya AidilAdha 1447H/2026M dari kami Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi kepada semua warga Alumni SMK...
27/05/2026

Selamat Hari Raya AidilAdha 1447H/2026M dari kami Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi kepada semua warga Alumni SMKSB di luar sana.

🔸Dukacita dimaklumkan Encik Zamri Bin Mohamed Nor @ Jamaluddin (SBAA 0150) Sahabat Alumni SBAA Batch 1975 telahpun mengh...
15/05/2026

🔸Dukacita dimaklumkan Encik Zamri Bin Mohamed Nor @ Jamaluddin (SBAA 0150) Sahabat Alumni SBAA Batch 1975 telahpun menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru pada 20 April 2026 (ISNIN) yang lepas. Maaf di atas kelewatan sebaran maklumat ini.
🔸Allahyarham adalah abang kandung kepada Mantan Pengerusi SBAA iaitu Puan Zuslinawati Mohamed Nor Zmj. Jika arwah ada berhutang sila pm beliau.
Kami seluruh warga Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada. Semoga seluruh keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini. Amin Ya Rabb Al Amin 🌹

SELAMAT BERSARA, TEACHER SUZANA Suzana Ismail! 😘💋Ikhlas,Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi
18/04/2026

SELAMAT BERSARA, TEACHER SUZANA Suzana Ismail! 😘💋
Ikhlas,
Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi

Address

Sek. Men. Keb. Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Telephone

+60104005094

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Alumni Sek Men Keb Sungai Besi:

Shortcuts

Sponsored

Share