TM Bikers Malaysia

TM Bikers Malaysia A Place to Connect, Communicate & Collaborate Among Fellow Bikers

CHINA ADVENTURE RIDEDAY 11 - 13 28 - 30 September 2025Dua hari di bandar Kunming berpeluang untuk mengatur acara sendiri...
02/10/2025

CHINA ADVENTURE RIDE
DAY 11 - 13 28 - 30 September 2025

Dua hari di bandar Kunming berpeluang untuk mengatur acara sendiri. Penginapan kami terletak berdekatan dengan komuniti Islam yang boleh dinisbahkan sebagai minoriti berbanding dengan penganut agama lain.

Sejarah Islam di sini boleh dianggarkan dengan terbinanya sebuah Masjid Shuncheng pada tahun 1,425. Ia dibina oleh pemerintahan Hongxi apabila beliau menaiki takhta di dalam Dinasti Ming. Walaubagaimanapun, Islam dipercayai telah sampai ke Yunnan lebih awal dari itu kerana ia adalah kota penting dalam jaluran perdagangan laluan sutera yang menjadi nadi pergerakan dakwah Islam sejak zaman Rasullullah saw.

Masjid Shuncheng mengalami proses ekspansi pada 1821. Walaubagaimanapun ia dimusnahkan kerana kebakaran di dalam peperangan pada tahun 1856.

Kemudian ia dibangunkan semula pada tahun 1880 dan selepas itu ia terus direnovasi lagi pada 1921 dan 1982.

Sekarang tapak masjid ini meliputi sekitar 10,000 m² dan merupakan kompleks besar yang mengandungi dewan solat, bilik pengajian, kantin halal, pejabat (termasuk Persatuan Islam Yunnan). Islamic China+1

Seni bina & ciri utama gabungan seni bina Islam (fungsi ruang solat) dengan elemen tradisional Cina — beratapkan bentuk bertakuk dan struktur kayu/pilar seperti masjid tradisi Hui di China; terdapat lorong, halaman dalaman dan beberapa blok bangunan fungsi.

Hari ini, selain tempat solat, kompleks berfungsi sebagai pusat komuniti (makanan halal, pengajian, pejabat persatuan) dan tarik pelancong/umat Islam tempatan.

Kami dan ramai lagi pelancong lain berulang alik ke Masjid ini untuk menunaikan solat dan mendapatkan pelbagai juadah tempatan yang banyak dijual di sekitar ruang niaga di Masjid ini.

Makanan auntentik berasaskan mee, daging bakar bercili, kuih bulan dan pelbagai lagi mudah didapati di sini. Ada juga kedai yang ditulis: Hidangan pilihan orang Malaysia.

Di sini, bukti jelas Islam itu agama toharah. Berdasarkan pemerhatian peribadi, kehidupan dalam budaya yang sangat maju dari sudut teknologi tetapi masih terkebelakang dalam urusan kebersihan. Walaubagaimanapun, komuniti minoriti ini benar-benar maju dalam pemikiran kerana dapat menguruskan kebersihan tandas awam jauh lebih baik daripada tandas awam lain.

Sumber rujukan;
• Yunnan Adventure — ringkasan sejarah & perihal seni bina. yunnanadventure.com
• goKunming — butiran pengembangan / tarikh (1821, 1856, 1880, 1921, 1982). GoKunming
• IslamicChina / Islamichinatravel — keterangan tapak, fungsi semasa & persatuan Islam Yunnan. Islamic China

Kami juga berulang-alik melontar, satu istilah merujuk kepada acara membeli-belah terutamanya untuk yang ditinggalkan giat aktif dari terbit fajar hingga tutup kedainya. Antara spot tumpuan adalah di Kunming Old Town dan kawasan sekitar subway wuyi road. Dan ramai juga yang tewas di kedai puaka tidak jumpa jalan p**ang, kedai aksesori motor yang terletak jauh dari penginapan. Istilah beg beranak itu sesungguhnya benar. Subur induk-induk mereka dalam suhu dingin di sini kerana setiap satunya melahirkan anak-anak kembar.

Ada juga yang mengambil peluang melawat hutan batu yang menjadi tapak yang dilindungi di bawah UNESCO. Ia adalah binaan batu semula jadi unik menegak yang tiada dianugerahkan di tempat lain menjadikannya sebuah mahakarya alam dari Ilahi.

Penutup program ini paling manis apabila mendapat jemputan Consulate-General (CG) Malaysia di Kunming ke pejabat mereka. Dalam kesibukan CG, beliau sudi meluangkan masa menyantuni kami dan menyampaikan sijil penghargaan accomplishment of duty dalam siri Adventure Ride Tibet Yunnan, China 🇨🇳.

10:00PM waktu berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chengsui, Kunming. Mr. Jah dan Yuen mula menghidu sebuah bencana akan berlaku kerana himpunan beg serta anak-beranaknya melampaui jangkauan fikiran. Pantas mereka menambah sebuah lagi komuter untuk mengangkut beg selain sebuah bas yang telah sedia ada dipersiapkan.

Sungguh seperti dijangka, van komuter tersebut penuh sendat dengan muatan segala beg dan hasil lontaran berulang-ulang.

Ini dinamakan Cabaran #1; Beg tak muat masuk dalam bas.

Perjalanan daripada penginapan ke lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 45 minit. VP TM Bikers mengambil peluang menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada kesemua peserta kerana berjaya sampai ke penghujung program ride ini dengan pelbagai cabaran, s**a duka dan memori yang di bawa p**ang. Lebih manis adalah nilai persahabatan silaturrahim sahabat lama dan baru yang tertaut tidak bertepi. Chief Marshall Haji Abi Khalid juga tidak lekang idea-idea kelakarnya yang sentiasa menceriakan mood kami menyampaikan ucapan penutupnya. Tidak berlebih kalau kami katakan beliau adalah seorang pemandu pelancong yang sangat mesra, berpengalaman, sabar, berpengetahuan, bertanggungjawab dan ceria.

Tiba di lapangan terbang, kami melambai perpisahan buat Mr. Jah dan Yuen yang juga telah melaksanakan tugasan mereka sebagai pemandu pelancong tempatan dengan baik. Pilihan tempat, penginapan, laluan yang baik, spot stop over yang menarik yang kami anggap sangat menepati citarasa.

Melihatkan longgokan luggage yang disorong menggunakan trolley sudah membayangkan bencana seterusnya.

Maka, cabaran #2: Luggage Weight Allocation tidak mencukupi.

Kelahiran beg-beg akibat acara membeli belah terlampau menyebabkan berat melebihi peruntukan. Pelbagai usaha dan strategi diatur untuk melepasi proses ini. Selain daripada kesusahan bercakap dengan pegawai bertugas, kami juga diselang-seli dengan pemeriksaan terperinci secara rawak.

Waktu untuk berlepas semakin hampir dan keadaan ini semakin menekan kerana urusan daftar masuk luggage masih belum selesai walaupun pihak pengurusan lapangan terbang cuba membantu sehabis baik. Ada di antara kami yang memunggah muatan dan mengeluarkan pakaian untuk dipakai secara berlapis-lapis. Kuat pengaruh movie ada ketika dapat membantu dalam meringankan muatan luggage. Ini benar-benar berlaku saudara.

Dalam masa yang sama, mereka juga menasihatkan kemungkinan topi keledar yang dibawa secara 'hand carry' tidak dibenarkan dibawa masuk. Ini adalah kerana peruntukan hand carry hanya satu beg 7kg sahaja.

Ini menjadikan cabaran #3 Hanya satu hand carry dibenarkan termasuk helmet.

Menggeledah luggage mana yang boleh sumbat helmet untuk di bawa terus ke dalam perut pesawat. Selain itu juga, usaha mencari kotak terpakai di kedai-kedai pada jam 2 pagi berhasil juga. Lekas-lekas re-pack dan campak ke dalam kargo.

Dalam kelam-kabut menguruskan luggage pegawai lapangan terbang menjerit memanggil kami untuk segera daftar masuk kerana masa boarding sudah berlalu dan waktu penerbangan semakin hampir. Beg lebihan cuba diagih-agihkan bagi melepasi check point masuk. Kami segera masuk ke dalam melepasi check point pertama dengan satu hand carry. Dan sebahagian lagi pasrah dan tawakal cuba melalui check point dengan satu hand carry bag dan satu lagi menggendong helmet di tangan. Sekiranya ditahan maka pilihan akan dibuat mana satu ditinggal dan mana satu yang dibawa p**ang.

Syukur Alhamdulillah, dengan kesuntukan waktu pegawai-pegawai bertugas sepertinya begitu akomodatif menyegerakan proses supaya rombongan kami dapat terus masuk ke ruang menunggu 71. Sebaik kami tiba dengan lari-lari anak ke ruang menunggu panggilan akhir telah dibuat dan kami terus masuk ke pesawat.

Kedudukan kerusi duduk pada boarding pass berbeza dengan senarai yang dikeluarkan oleh pihak agen.

Ini menjadikan cabaran #4 Nombor seat tidak sama dengan senarai.

Kami diberikan tempat duduk secara rawak. Berkongsi pesawat dengan rombongan lain daripada Borneo dan pelancong persendirian, pesawat ini penuh. Ada pasangan terpisah tempat duduk. Ada juga yang duduk diapit penumpang lain.

Walaubagaimanapun, kami sudah tiada daya lagi dan pasrah dengan ujian. Badan sudah penat dan mata suduh layu pada jam 3 pagi.

Pukul tiga pagi...

Pesawat kami berlepas meninggalkan Kunming dan tanah besar China untuk kembali ke negeri emas Malaysia tanah air tercinta.

Penerbangan lancar dan ada ketika amaran pasangkan tali pinggang diumumkan kerana cuaca buruk.

3 jam setengah penerbangan akhirnya kami masuk ruang udara tanah air. Selesai solat subuh, kami pun bersiap sedia untuk mendarat di KLIA ketika cahaya pagi menerangi ruang langit Kuala Lumpur.

Alhamdulillah kami selamat tiba 6:30 pagi dan proses mengambil bagasi lancar.

Dengan itu, maka selesai sudah ekspidisi Adventure Riding Tibet Yunnan China dengan kekuatan 39 peserta selamat kembali dengan pengalaman dan pengertian untuk dipelajari.

Sampai ketemu lagi dalam ride Boten akan datang.

Signing off

_kamalbunyamin_
_TM Bikers Crew_
_KLIA, Malaysia_

*CHINA ADVENTURE RIDE 2025*DAY 8 - 25 SEPT (THURSDAY) - Tiger leaping Gorge to LijiangCahaya fajar perlahan-lahan membuk...
25/09/2025

*CHINA ADVENTURE RIDE 2025*

DAY 8 - 25 SEPT (THURSDAY) - Tiger leaping Gorge to Lijiang

Cahaya fajar perlahan-lahan membuka kepekatan malam menjelmakan Sungai Yangtze jauh di bawah lurah yang dalam di antara Gunung Haba dan Gunung Jade Dragon. Pemandangan ini dapat dinikmati terus daripada jendela sebesar dinding penuh di bilik penginapan di Tiger Snow Mountain.

Aktiviti 'star gazing' dari atas bumbung hotel malam tadi dapat melihat beribu-ribu bintang dengan jelas walaupun kesejukan malam mencengkam tulang.

Pagi ini, selepas sarapan mantau, roti, keledek dan buah-buahan, konvoi melawat kawasan ngarai yang paling sempit. Dianggarkan jarak antara dua tebing adalah 25 meter. Sebuah bongkah batu besar yang terbenam ditengah-tengah arus jeram yang deras ini dikatakan tempat harimau itu melompat sebelum dapat menyeberang ke tebing satu lagi.

Kami terpaksa turun jauh ke bawah daripada jalanraya hingga ke Sungai Yangtze. Untuk menjimatkan masa dan tenaga, kami mengambil tiket eskalator dengan bayaran ¥70.

Menuruni tebing ngarai yang curam bukanlah aktiviti pilihan bagi kita yang tidak biasa dengan udara nipis di tanah tinggi. Walaubagaimanapun, peluang ini tidak akan dilepaskan dan bayaran untuk menggunakan eskalator adalah pilihan bijak. Kami turun ke gigi jeram batu dengan bunyi hempasan air yang kuat menyeramkan sesiapa sahaja. Percikan air jeram menjadikan suasana di bawah sejuk walaupun di bawah terik matahari.

Berdasarkan bacaan sejarah tempat ini, seekor harimau melompat menyeberangi sungai adalah sesuatu yang tidak mustahil. Walaubagaimanapun, setelah turun ke tempat tersebut dan melihat lebih dekat arus jeram yang ganas, sesiapa sahaja yang dapat menyeberanginya adalah sesuatu lagenda.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah memanjat gunung Haba 5,396 meter, trekking menyusuri sungai Yangtze (kasual) dan aktiviti arung jeram (white water rafting) pada musim tertentu.

Laluan ngarai sempit ini juga adalah laluan perdagangan teh dan kuda antara Yunnan dengan Tibet dan India. Orang Tibet menjual kuda terhebat manakala orang Yunnan p**a menghasilkan teh terbaik di dunia. Laluan ini dikenali sebagai Tea-Horse Road yang juga adalah sebahagian daripada Laluan Sutera.

12:00PM kami berkumpul semula untuk menyambung itinerari seterusnya. Kami meneruskan perjalanan memasuki kawasan Gorge ini menyusuri Sungai Yangtze. Sebelum sampai ke pekan kecil kami dapat melihat dua buah jambatan gantung yang dibina tinggi di atas kami menghubungkan Gunung Haba dan Gunung Jade Dragon Snow. Ia juga adalah sebahagian daripada lebuhraya G124 Shangri-La ke Lijiang. Ketinggian Jambatan gantung ini dari puncak menara hingga ke tapaknya adalah 330 meter manakala panjang setiap satunya adalah 882.5 meter. Ia menjadi kebanggaan dan meletakkan kejuruteraan China pada kelasnya tersendiri.

Selesai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke Lijiang menggunakan jalan desa dan jalan persekutuan. Cabaran berkongsi jalan yang sempit dengan kenderaan-kenderaan berat memaksa riders untuk lebih berhati-hati. CDM Apek mengingatkan riders untuk sentiasa menekankan aspek keselamatan dan patuhi had laju yang ditetapkan.

Alhamdulillah, konvoi tiba di Jialida Garden Hotel dengan selamat pada jam lebih kurang 3:41PM.

Aktiviti di Lijiang hari ini adalah acara bebas. Kota Purba dengan pasar menjual pelbagai barang jualan terletak di hadapan hotel sahaja.

Kita jumpa esok dengan aktiviti-aktiviti-aktiviti yang telah disusun di Lijiang.

_kamalbunyamin_
_TM Bikers Crew_
_Dari bilik laundry Jialida Hotel_
_5:43AM Lijiang Yunnan_

*CHINA ADVENTURE RIDE 2025*DAY 7 - 24 SEPT ( WED) - Shangri-La to Tiger Leaping GorgeAbang Lani dan Kak Jem menggoncang ...
25/09/2025

*CHINA ADVENTURE RIDE 2025*

DAY 7 - 24 SEPT ( WED) - Shangri-La to Tiger Leaping Gorge

Abang Lani dan Kak Jem menggoncang kuali restoran dalam sebuah perkampungan kecil. Mencari makan tengah hari pada waktu kedai telah menutup perniagaan. Bahan masakan nasi dan mee tarik tidak mencukupi untuk kesemua kami yang datang menyerbu. Pekerja restoran juga sudah p**ang, tinggal seorang sahaja pemilik restoran dengan riak muka hampir menangis hendak melayan 39 pelanggan yang datang serentak. Solusinya, Abang Lani dan Kak Milah tidak kekok ke dapur menyediakan nasi goreng potong-potong campak-campak yang sedap dan dapat dinikmati bersama. Jarang-jarang anak Melayu boleh memasak di perkampungan ini.

Keseronokan, ketawa-ketiwi, susah-senang menjadikan ikatan silaturrahim sesama peserta tertaut mesra dan sentiasa teguh bersama.

Laluan dari Shangri-La ke Tiger Leaping Gorge sejauh 190km memanjat daripada 3,300 meter ke ketinggian 3,800 meter sebelum turun ke paras 2,000 meter di ngarai Tiger Leaping Gorge menyajikan pengalaman merasai anugerah rupa bentuk mukabumi yang magnificent dan binaan pasakbuminya yang kukuh menjadi bukti kepada keagungan Penciptanya. Secantik mana ayat disusun, sebaik mana gambar di rakam, seelok mana video diadun tidak dapat menjelaskan ketakjuban kepada keindahan ciptaan Tuhan.

Ayuh kita kenali apa itu Tiger Leaping Gorge.

Tiger Leaping Gorge (Hutan Harimau Melompat) adalah sebuah ngarai di Sungai Jinsha (anak sungai dari Yangtze River) adalah salah satu ngarai terdalam di dunia yang dikira daripada puncaknya hingga ke sungai (lebih kurang 3000m).

Nama Tiger Leaping Gorge dipetik daripada sebuah legenda orang tempatan tentang seekor harimau yang melompat melintasi sungai yang deras di lembah yang sempit ketika diburu.

Ngarai ini memiliki ketinggian yang sangat bervariasi, mulai dari sekitar 1.800 meter di bagian bawah hingga 5.000 meter di puncak gunung-gunung di sekitarnya. Ia diapit oleh Gunung Haba dan Gunung Jade Dragon Snow, yang juga terkenal dengan pemandangannya yang spektakular.

Terdapat beberapa perkampungan kecil yang dihuni oleh suku-suku etnis minoriti seperti Naxi dan Yi. Sempat juga kami menuruni lembah untuk mengisi petrol yang sudah berkelip-kelip di sebuah perkampungan kecil.

Dua perhentian platform tinjau kami berhenti untuk tidak melepaskan peluang merakamkan momen yang jarang diperolehi. Beberapa rider memacu adrenalin lasak yang tidak terbendung dengan meredam picu All Terrain Vehicles (ATV) di hutan renek sekitar platform tinjau. Selebihnya, kami menikmati latte panas di dalam khemah yang disediakan oleh peniaga-peniaga tempatan.

Kump**an kami juga disertai oleh beberapa Bikers lain yang mungkin dari daerah lain dalam negara China yang sama-sama melancong di sini.

Seterusnya kami singgah di White Water Terrace (atau Bali Terrace Putih). Ia adalah salah satu lokasi wisata yang semakin pop**ar karena pemandangan terasering yang terlihat seperti lapisan-lapisan putih. Terasering ini terbentuk oleh endapan kalsium yang terakumulasi dari air sungai yang mengalir melalui kawasan tersebut.

Dalam bahasa lokal, kawasan ini dikenal dengan sebutan "Bai Shui Tai", berarti "teras air putih." Keindahan White Water Terrace terletak pada warna air yang jernih dan lapisan-lapisan yang membentuk terasering berwarna putih dan biru.

Terasering ini sudah ada selama lebih dari 1.000 tahun dan membentuk pemandangan yang unik. Selain itu, kawasan ini juga dikenal dengan keanekaragaman dan keberadaan suku-suku minoriti, termasuk suku Yi yang masih menjaga tradisi mereka.

Mendaki beratus anak tangga memerlukan opsyen. Sebelum mendaki kami di dekati pengusaha yang menawarkan khidmat menunggang kuda untuk sampai ke lokasi. Ada yang memilih menunggang kuda dan ada yang memilih berjalan menggunakan tenaga yang ada.

Kami singgah di sebuah Mesjid di Perkampungan Haba.

Masjid Xianggelila adalah simbol keberagaman budaya di sini. Dibangun dengan gaya arkitektur tersendiri, masjid ini menggabungkan elemen-elemen tradisional Islam dengan sentuhan budaya lokal dengan ornamen yang menarik.

Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan spiritual komuniti Muslim yang kebanyakannya daripada etnik Hui. Selain menjadi tempat ibadah, ia juga berfungsi sebagai pusat sosial dan budaya bagi umat Muslim di wilayah tersebut.

Kami meninggalkan Masjid menuju ke Tiger Leaping Gorge pada jam 545 petang pada dalam cuaca panas terik. Simbahan cahaya matahari yang kuat dan terang daripada ufuk menghasilkan garis-garis cahaya daripada belakang gunung-ganang menjadikannya satu adunan seni yang dramatik. Pemandangan golden momen bagi peminat seni fotografi hanya dapat dinikmati dalam beberapa ketika sahaja sebelum ia bersembunyi dan digantikan dengan sepi kensunyian malam. Pusingan ini akan bergilir bersilih ganti yang disebutkan beberapa kali di dalam Al-Quran sebagai menunjukkan kebesaran Allah swt.

Di hadapan terowong terakhir sebelum sampai ke tempat penginapan, satu monumen harimau gergasi yang dibina daripada tompokan batu-batu gunung membentuk sebuah skluptur harimau menggambarkan semangat juang keberanian orang di sini.

Tiba di penginapan sebaik sebelum hari gelap. Penginapan ini terletak betul-betul menghadap ke ngarai Harimau Melompat menjadikan pengalaman bermalam di sini adalah sesuatu.

_kamalbunyamin_
_TM Bikers Crew_
_5:20AM dari Ngarai Harimau Melompat_
_Yunnan China_

Motorsikal yang mendapat jolokan sebagai jetski, hari ini betul-betul diuji kerana terpaksa meredah air yang melimpah da...
25/09/2025

Motorsikal yang mendapat jolokan sebagai jetski, hari ini betul-betul diuji kerana terpaksa meredah air yang melimpah daripada tasik Napa membanjiri beberapa laluan ke perkampungan asli etnik Tibet.

Jadual agak senggang pada hari city tour hari ini dan bermula agak lewat pada jam 9:30 pagi. Sarapan pagi yang disediakan oleh Hotel Ramada juga mempunyai banyak pilihan makanan halal seperti potongan buah-buahan, menu berasaskan sayur-sayuran, telur dan susu panas.

Agak menarik aturcara hari ini, walaubagaimanapun lawatan ke perkampungan indegeneus etnik Tibet di pinggir Tasik Napa terpaksa dibatalkan kerana laluan dinaiki air hingga paras yang tidak selamat. Konvoi telah cuba meredah beberapa water crossing, walaubagaimanapun terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan perancangan ini.

Berdasarkan sumber bacaan, air Tasik Napa melimpah atas beberapa faktor. Faktor utama adalah, kawasan ini menerima hujan yang banyak pada bulan Jun hingga Ogos dan adakalanya hingga September. Bentuk mukabumi yang berbentuk lembah menjadi basin takungan air yang mengalir daripada gunung di sekelilingnya. Terdapat sepuluh anak sungai yang dikenalpasti mengalir ke tasik ini (inlet) dan hanya sembilan anak sungai mengalir keluar (outlet) ke kawasan sekitar yang lebih rendah. Selain daripada itu, proses leburan salji di pergunungan sekitar tasik ini juga menjadi sumber kenaikan paras air.

Program kami diteruskan dengan Horse Back Riding, lengkap dengan berpakaian etnik Tibet menjadi satu pengalaman berharga buat semua. Ia memberikan kesempatan untuk merasai sendiri bagaimana masyarakat di sini menjalani kehidupan bertani dengan menjadikan tasik Napa sebagai sumber air utama. Takungan air di dataran pada ketinggian 3,270m menjadikan kawasan ini subur untuk aktiviti agriculture dengan penanaman gandum, padi dan buah-buahan.

Menghirupkan secangkir air panas di tepi tasik dalam suhu nyaman memberikan ketenangan setelah selesai aktiviti berkuda. Kopi yang terlalu mainstream bukan pilihan utama di sini. Yunnan yang terkenal dengan teh bermutu tinggi adalah pilihan yang lebih bangsawan dengan kepelbagaiannya dicampur manis dari buah epal, pear dan kurma merah. Chief Marshall Abi berkongsikan pengetahuan beliau tentang kebiasaan masyarakat di sini dan betapa tasik ini menjadi nadi kepada kehidupan di Tibet.

Kami meninggalkan tasik Napa dengan lagendanya untuk melawat kota purba Dukezong Ancient Town.

Kota ini terbina lebih 1,300 tahun lalu sebagai bandar jalinan perdagangan Jalan Teh-Kuda Purba (Ancient Tea Horse Road).

Nama “Shangri-La” sendiri diambil daripada novel Lost Horizon (1933) oleh James Hilton, yang menggambarkan sebuah tanah syurga tersembunyi di Himalaya. Zhongdian dinamakan semula sebagai Shangri-La pada tahun 2001 untuk mempromosikan pelancongan.

Keistimewaan kota ini adalah seni bina tradisional Tibet dengan lorong sempit, rumah kayu, dan bumbung unik dikatakan menyerupai lotus lapan kelopak, simbol penting dalam Buddhisme Tibet. Ia dikenali sebagai bandar purba Tibet yang paling besar dan terpelihara di China.

Untuk menghabiskan berjalan ke seluruh kota dengan nafas yang menipis memerlukan beberapa kali sesi lawatan kerana kawasan ini sangat luas. Peniaga menjual pelbagai produk tempatan dan authentikasi perhiasan etnik Tibet. Tidak banyak kedai makanan Muslim tetapi masih boleh didapati di sini.

Petang dan malam itu, acara bebas. Ramai mengambil peluang untuk mencuci pakaian menggunakan mesin basuh dan pengering di Hotel secara percuma. Ada juga yang menyambung acara membeli-belah dan tidak kurang juga yang mengeram saja di bilik hotel.

Kesemua kota purba yang disinggahi di dalam ride kali ini adalah kota yang pesat di dalam jaluran perdagangan Laluan Sutera. Ia adalah menjadi laluan dakwah Rasullullah saw mengembangkan ajaran Islam hingga ke penghujung laluannya. Amat mustahil Shangri-La terlepas daripada radar dakwah baginda. Sungguhpun begitu, tanah ini tidak kedengaran azan dilaungkan. Berada di tengah-tengah masyarakat penganut kuat Buddha menjadikan diri ini menghargai nikmat dilahirkan dalam masyarakat yang mengtauhidkan Allah. Mengulang-ulang ikrar syahadah di dalam solat terasa betapa besar nilainya membezakan dengan jelas kebenaran dan kesesatan.

Bersiap-siaga untuk batuan perjalanan seterusnya esok, kesemua riders dan peserta konvoi mendapatkan rehat dan aklimatisasi secukupnya untuk mendaki lebih tinggi.

Jumpa lagi di Tiger Leaping Gorge esok. Chiau!

_kamalbunyamin_
_Crew TM Bikers_
_Shangri-La Tibet, Yunnan_

*DAY 5 – 22 SEPT (MON)*_WEIXI TO SHANGRI-LA_Berdasarkan carian dan bacaan, Weixi ialah sebuah kaunti autonomi etnik Lisu...
25/09/2025

*DAY 5 – 22 SEPT (MON)*
_WEIXI TO SHANGRI-LA_

Berdasarkan carian dan bacaan, Weixi ialah sebuah kaunti autonomi etnik Lisu yang terletak di barat laut Yunnan, China, berhampiran sempadan Tibet. Secara rasmi ia dikenali sebagai Weixi Lisu Autonomous County dan berada di bawah pentadbiran bandar prefecture Diqing Tibetan Autonomous

Dari segi geografinya, ia terletak di kawasan pergunungan, sebahagian daripada Banjaran Hengduan. Sungai Mekong (Lancangjiang) mengalir melalui wilayah ini.

Majoriti penduduk adalah kaum Lisu, selain terdapat Tibet, Naxi, Han dan kump**an etnik lain.

Weixi terkenal dengan gabungan budaya Tibet, Lisu, serta pengaruh Kristian Katolik yang dibawa oleh misionaris pada abad ke-19. Puas mencari mesjid sama ada menggunakan aplikasi ataupun secara ronda-ronda kawasan, namun tidak berhasil.

Weixi menghasilkan produk pertanian walnut, herba perubatan, dan teh. Ekopelancongan menjadi sumber utama. Weixi juga terkenal sebagai tempat rehat bagi pelancong antara Shaxi dan Shangri-La.

Kawasan ini juga kaya dengan keindahan semula jadi—lembah sungai, teres sawah, dan perkampungan etnik.

Walaupun perjalanan hampir sama dengan semalam, namun mendaki dari 2,340m ke 3,300m menghidangkan landskap yang berbeza.

Tumbuh-tumbuhan yang hidup pada aras ini mempunyai karekter yang pelbagai mengikut aras ketinggian. Di kawasan lembah ditanam pokok jagung dan padi yang sangat subur. Sempat kami berhenti di tepi sawah untuk rehat dan menikmati ketenangan pedalaman Yunnan.

Selain itu juga, di kawasan ini juga subur dengan tanaman walnut, epal liar, pear, dan chestnut selain daripada herba-herba bermutu seperti angelica, ginseng Yunnan dan cordyceps.

Mendaki lebih tinggi, hutan campuran daun lebar & konifer seperti oak, birch, maple, serta pain Yunnan menjadikan pemandangan yang luar biasa. Bentuknya tirus, renek, jarang-jarang dan ada bahagian berbatu terbiar gondol dari sebarang tumbuhan.

Daripada Sungai Mekong di Weixi, tanah tinggi ini diapit Sungai Yangtze di Diqin Shangri-La. Sungai Mekong adalah sungai terpanjang di Asia Tenggara yang mengairi Yunnan, menghilir ke Myanmar, Laos, sebahagian besar Thailand dan bermuara di delta subur Mekong di Vietnam.

Manakala Sungai Yangtze p**a sepanjang 6,300km adalah Sungai terpanjang di Asia dan ketiga di dunia selepas sungai Nil dan Amazon. Ia bermula di Dataran Tinggi Tibet merentasi tanah besar China dan berakhir di Shanghai.

Perjalanan hari lancar. Rider-rider sudah semakin serasi dengan tunggangan masing-masing, dapat membiasakan diri dengan corak pemanduan serta keadaan jalan yang berliku-liku. Pergerakan juga semakin cepat dan memberi peluang waktu untuk berehat lebih lama. Walaubagaimanapun satu insiden batu gunung jatuh ke atas jalan di daerah Diqin telah menyebabkan jalan ditutup dari kedua-dua arah. Pihak berwajib dilihat sedang membuat kerja-kerja pemulihan segera bagi menyuraikan trafik.

Ini adalah antara risiko besar apabila menggunakan laluan di tanah tinggi. Sama ada risiko tertimbus tanah runtuh ataupun terlanggar serpihan debris yang boleh menyebabkan kemalangan.

Selain daripada insiden batu gunung jatuh, satu dua rider juga dijengah halimunan Altitude Mountain Sickness atau AMS. Mereka akan merasa separa halusinasi sebelum simptom mual, pening, ceriberi dan beberapa simptom lain.

Kami meneruskan perjalanan menghampiri Shangri-La dengan menuruni lembah memasuki sebuah basin yang luas. Dari jauh kami dapat melihat hamparan sebuah tasik dan padang rumput yang sangat luas yang menjadi salah satu tarikan utama di Shangri-La. Ia menjadi habitat dan perumah kepada ratusan spesis unggas yang akan p**ang ke sini terutama apabila tiba musim sejuk.

Kami berhenti di sebuah perhentian platform tinjau yang di pinggir Shangri-La menikmati pemandangan hampir keseluruhan bandar Shangri-La dan tasik Napa. Selain peniaga buah-buahan segar tempatan seperti buah pic, pear dan epal, ramai juga pelancong yang berhias dengan pakaian etnik Tibet mengambil gambar dan membuat konten channel mereka.

Tidak disangka Shangri-La mempunyai bandar yang besar dan sangat sibok walaupun terletak jauh di dataran tinggi. Kami tiba di Hotel Ramada by Wyndham lebih kurang 4:38 petang dalam cuaca terik matahari dengan suhu 13°C. Kecoh apabila hotel ini tidak menyediakan pendingin hawa kerana suhu disini secara semulajadinya dalam skala 9°C - 20°C.

Shangri-La ialah sebuah kawasan autonomi di barat laut Yunnan, China. Dahulu dikenali sebagai Zhongdian, nama daerah ini ditukar pada tahun 2001 untuk mencerminkan imej “Shangri-La” yang terkenal dari novel Lost Horizon (James Hilton). Penduduk majoriti adalah etnik Tibet, dengan pengaruh agama Buddha Tibet yang sangat kuat.

Tarikan utama di sini adalah Biara Songzanlin – biara Buddha Tibet terbesar di Yunnan. Selain daripada itu, tarikan lain adalah Dataran tinggi dan padang rumput dan pintu masuk ke kawasan “Tiga Sungai Selari” (Yangtze, Mekong, Salween) – Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Walaupun sering disebut “Shangri-La Tibet”, secara pentadbiran ia berada dalam wilayah Yunnan, tetapi budaya, agama, dan suasananya sangat dekat dengan Tibet

Oleh kerana kami tiba awal, ada yang mengambil peluang untuk ronda-ronda di bandar sama ada memandu sendiri menggunakan aplikasi AMap menggantikan Google map yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau aplikasi Didi yang menggantikan aplikasi Grab.

Program seterusnya adalah free and easy di Shangri-La, Tibet, Yunnan.

_kamalbunyamin_
_Crew TM Bikers_
_Shangri-La, Tibet Yunnan_

📅 *Day 4 – 21 Sept (Sun)**Shaxi ➝ Weixi*Cemas bangun subuh pagi hari ini bila ada yang maklumkan "Hujan woi...!!"Ketika ...
25/09/2025

📅 *Day 4 – 21 Sept (Sun)*

*Shaxi ➝ Weixi*

Cemas bangun subuh pagi hari ini bila ada yang maklumkan "Hujan woi...!!"

Ketika matahari menjengah naik, cahayanya agak tenang kerana hujan baru sahaja reda. Segar angin pagi dengan haruman bunga-bungaan yang melata di merata tempat sekitar kota ini menenangkan kerisauan kemungkinan ride dalam basah hari ini.

Bersurai dari penginapan kami dibawa ke Panggung opera kuno. Ia dibina semasa zaman Dinasti Qing, khususnya semasa pemerintahan Jiaqing (1796‑1820). Pada asalnya, selain menjadi tempat persembahan opera dan acara kebudayaan, ia mempunyai kaitan keagamaan: dipanggil juga sebagai Kui Xing Pavilion, di mana penduduk Bai menyembah Kui Xing, dewa ilmu dan peperiksaan dalam budaya tradisional Tiongkok. Kawasan pasar utama Shaxi, termasuk Opera Stage ini, adalah sebahagian projek pemuliharaan — “Shaxi Market Area / Shaxi Rehabilitation Project”. Projek ini telah mendapat sokongan antarabangsa, termasuk pengiktirafan melalui anugerah Asia‑Pasifik untuk Pemeliharaan Warisan Budaya.

Setelah melawat Panggung, kami di bawa ke Tea Horse Museum, Shaxi yang mengumpul dan mempamerkan koleksi budaya, artifak dan dokumen berkaitan dengan Tea‑Horse Road. Kami tiba terlalu awal barangkali, muzium ini masih belum dibuka seawal pagi.

Kami meneruskan explorasi ke sebuah perpustakaan yang telah diinspirasi daripada perpustakaan lama yang menjadi repositori ilmu untuk diwaris dan dikembangkan oleh generasi akan datang. Perpustakaan ini dinamakan Librairie Avant-Garde yang terletak dalam perkampungan tengah sawah di Beilong.

Sesuai dengan namanya, perpustakaan ini di bina daripada sebuah gudang lama yang dimodenkan tanpa berkompromi dengan seni rekabentuk binaan kuno menjadikannya sebuah masterpiece.

Simpanan pustaka ini dalam pelbagai bentuk sama ada bahan bacaan, lukisan, dokumen dan juga pengalaman.

Kesemua tempat-tempat yang dilawati terletak sekitar Shaxi yang memerlukan kita memasuki lorong-lorong kecil di celah-celah rumah lama yang mengekalkan senibina lama etnik Bai. Sepanjang berada dalam kampung ini, seolah-olah kami berada dalam penerokaan masa ke zaman gemilangnya perdagangan kuda dengan teh. Terbayang bagaimana pedagang-pedagang sibok menjual dan membeli serta membawa hasil dagangan p**ang sebagai keuntungan. Terngiang-ngiang hiruk pikuk mempromosi barang dagangan masing-masing.

Jadi, keseluruhan perkampungan kuno Shaxi adalah pustaka ilmu bagi menterjemahkan budaya, ilmu dan nilai orang Yunnan terutamanya etnik Bai. Ini disebut sebagai The Living Museum.

11:45AM Meninggalkan Perkampungan kuno Shaxi dengan satu pengalaman berbekas sebagai tanda pusingan waktu kegemilangan yang sirna. Kegemilangan generasi dahulu hanya dapat di ceritakan dengan bukti tetapi tidak dinikmati lagi kini.

Keluar dari perkampungan ini, jalan rayanya semakin baik. Dapat dirasakan pendakian yang panjang melalui jalan berliku-liku yang sudah pasti pemandangannya membuat diri rasa kerdil kerana kagum keagungan penciptaNya. Cuaca semakin kering dan panas walaupun elevasi semakin tinggi melebihi 2000 meter dari aras laut.

Kami berhenti rehat makan tengah hari di sebuah restoran Muslim yang sangat terhad di dalam komuniti yang majoritinya penganut agama Buddha. Sementara hidangan disediakan, ramai yang mengeluarkan bekalan-bekalan kecemasan untuk mengurangkan kemurungan menunggu. Buah-buahan, roti, sambal ceknor, sambal petai, sambal paru, daging dendeng. Tak banyak kan? Itu belum semua, ada banyak lagi.

Hidangan pihak restoran tidak mengalah hebatnya. Sup daging empok, telur radar bulatnya sepiring, sayur sawi goreng, daging cincang goreng, jagung dan kekacang dan nasi putih. Semua selera dijamah dengan penuh syukur.

Chief Marshall menyampaikan pemakluman untuk solat himpunan akhir pada waktu Asr di Weixi. Kami pun meneruskan perjalanan setelah makan tengah hari tadi ditaja oleh Abang Bob Kuntau.

98 kilometer berbaki, terus menikmati pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan. Selain keluk-keluk laluan ini juga melalui beberapa terowong yang panjang dan sejuk di dalamnya. Turun naik bukit, masuk kampung keluar perkampungan kecil akhirnya kami tiba di stesen minyak lebih kurang 3:30pm untuk memenuhkan tangki untuk perjalanan esoknya.

Kami tiba di Hotel Jinyu yang jaraknya hanya 5 minit perjalanan dari stesen minyak di bandar Weixi.

Weixi ialah sebuah daerah autonomi milik etnik Lisu di bawah Wilayah Autonomi Diqing (Tibetan Autonomous Prefecture), Yunnan. Purata ketinggian daerah Weixi adalah 2,340 meter dari aras laut. Terdapat beberapa kedai makanan Muslim dan pelbagai lagi kedai yang menyediakan keperluan-keperluan lain di sini.

Selesai check-in, kami melakukan aktiviti-aktiviti sendiri dan bersedia untuk perjalanan seterusnya.

Kita jumpa lagi esok.

_kamalbunyamin_
_2340m dari aras laut_
_Weixi, Tibet Yunnan China_

Address

Menara TM
Kuala Lumpur
50672

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TM Bikers Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share