18/05/2026
[RECAP] SLOT PERKONGSIAN BICARA PSIKOLOGI: "KERJA TANPA STRES: MITOS ATAU REALITI".
Slot Perkongsian Bicara Psikologi bertajuk "Kerja Tanpa Stres: Mitos Atau Realiti" telah diadakan bersempena Mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 9 April 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Maklumat. Program ini melibatkan seramai 99 orang peserta dalam kalangan warga BPM.
Slot Perkongsian Bicara Psikologi yang telah disampaikan oleh Puan Siti Hasiah binti Haji Husoh yang merupakan Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pertahanan memberi fokus kepada pemahaman stres di tempat kerja serta strategi pengurusan emosi bagi meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti organisasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak urusetia serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam membentuk persekitaran kerja yang lebih sihat, seimbang dan produktif.