Belia 4B Bandar Tun Razak

Belia 4B Bandar Tun Razak Bersatu || Belajar || Bekerja || Berkhidmat

DAULAT TUANKUπŸ™πŸ»Setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh saf kepimpinan dan ahli Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak sempen...
31/05/2026

DAULAT TUANKUπŸ™πŸ»

Setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh saf kepimpinan dan ahli Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Berpegang teguh pada prinsip Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat, kami mendoakan agar pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dinaungi rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia, dan kekal bertakhta dengan penuh kedaulatan.




π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒKami di Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak ingin mengucapkan Taqabbalallahu minn...
26/05/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Kami di Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak ingin mengucapkan Taqabbalallahu minna wa minkum, Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga BTR dan seluruh umat Islam..

Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi simbolik pengorbanan dan keikhlasan.. Semoga nilai pengorbanan ini terus mendidik jiwa kita untuk menjadi masyarakat yang lebih prihatin, bersatu, dan berkasih sayang..

Pandu cermat kepada yang pulang ke kampung..




Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan..Hari ini, Pengurusan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bandar Tun R...
23/05/2026

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan..

Hari ini, Pengurusan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bandar Tun Razak telah hadir memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil..

Program ini menghimpunkan pelbagai pertubuhan dan anak muda dari seluruh Wilayah Persekutuan dalam semangat perpaduan, kepimpinan dan pembangunan belia yang progresif..

Semoga sambutan seperti ini terus menjadi platform terbaik dalam memperkasa potensi belia serta melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan berjiwa masyarakat..





Assalamualaikum dan salam sejahtera..Sebentar tadi telah berlangsung Program Re-Bridge Alumni Muda 4B Malaysia Wilayah P...
06/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebentar tadi telah berlangsung Program Re-Bridge Alumni Muda 4B Malaysia Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh Alumni Muda 4B Malaysia..

Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan, En. Norazman Bin Datuk Amil bersama barisan EXCO serta Pengurusan Kawasan GB4B Wilayah Persekutuan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh jaringan alumni dan mempererat ukhuwah dalam kalangan warga 4B..

Dengan tema β€œMenyatu Semula, Menguatkan Ukhuwah”, program ini menjadi platform penting dalam menghubungkan semula bekas dan ahli aktif demi kesinambungan perjuangan belia yang lebih mantap dan berdaya saing..

Semoga usaha seperti ini terus memperkasa peranan belia dan mengeratkan hubungan dalam keluarga besar Gerakan Belia 4B Malaysia..





Tahniah Timbalan Pengerusi GB4B Bandar Tun Razak Saudara Fiqri Furqan..
26/04/2026

Tahniah Timbalan Pengerusi GB4B Bandar Tun Razak Saudara Fiqri Furqan..

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENOLONG KETUA PENERANGAN MAJLIS BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN

Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Muhammad Fiqri Furqan bin Saiful atas pelantikan sebagai Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Wilayah Persekutuan bagi penggal 2025–2027 berkuat kuasa hari ini.

Semoga dengan pelantikan ini, beliau terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta menyumbang bakti kepada pembangunan belia di Wilayah Persekutuan.




Pada 25 April 2026, Setiausaha Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak (GB4BBTR), Saudara Akmal bersama AJK, Saudara Fariz tel...
26/04/2026

Pada 25 April 2026, Setiausaha Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak (GB4BBTR), Saudara Akmal bersama AJK, Saudara Fariz telah menyertai Program Libat Urus & Pengupayaan Persatuan 2026..

Program ini melibatkan kerjasama bersama Pejabat Belia & Sukan Kawasan Cheras & Bandar Tun Razak serta YMM Cawangan Taman Midah, sebagai usaha memperkukuh jaringan, meningkatkan keupayaan persatuan serta memperkasakan peranan belia di peringkat komuniti..

Semoga penyertaan ini membuka lebih banyak peluang kolaborasi dan memberi manfaat berterusan kepada pembangunan belia di kawasan kita..





20/03/2026

Dalam takbir yang bergema,
kita lepaskan segala duka dan khilaf yang lalu
dengan hati yang reda dan penuh keikhlasan..

Ramadan telah mendidik jiwa,
dan Syawal hadir membawa cahaya bahagia..

Semoga setiap langkah kita selepas ini
lebih dekat dengan rahmat dan kasih-Nya..

Moga kita kembali suci,
dan terus menjadi insan yang lebih baik dari semalam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..




Selesai Ambang Riuh Raya Warga Kota..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Sabtu lepas telah berlangsungnya Program Am...
18/03/2026

Selesai Ambang Riuh Raya Warga Kota..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Sabtu lepas telah berlangsungnya Program Ambang Riuh Raya Warga Kota yang penuh dengan kemeriahan dan ukhuwah..

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana di Madrasatul Iman, Taman Desa Cheras..

Dari sesi mengacau dodol secara gotong-royong sampai ke bengkel anyam ketupat, memang terasa vibe raya zaman dulu-dulu.. Inilah semangat yang kita mahu kekalkan dalam kalangan belia kita..

Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Baju Raya Gempak.. Memang segak dan bergaya habis semuanya..

Syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa kerja:

βœ… Anjuran: Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan
βœ… Tuan Rumah: Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak

Semoga program sebegini terus mengeratkan silaturahim antara kita semua.. Hingga jumpa lagi di program akan datang..







15/03/2026

Awal takbir raya tak kalut..😁

Madrasatul Iman Taman Desa Cheras & Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak..



JOM SERBU PETANG NI..Program: Ambang Riuh Raya Warga KotaMula Jam: 4:00 PetangTempat: Madrasatul Iman, Taman Desa Cheras...
13/03/2026

JOM SERBU PETANG NI..

Program: Ambang Riuh Raya Warga Kota
Mula Jam: 4:00 Petang
Tempat: Madrasatul Iman, Taman Desa Cheras
Aktiviti: Kacau Dodol, Anyam Ketupat, Iftar & Terawih Berjemaah..

Rugi tak datang, kawah dodol dah ready tu..



Address

Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Telephone

+601115361806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia 4B Bandar Tun Razak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share