Malaysia Book of Records

Call Directions Website Contact the organization

Malaysia Book of Records Empowering Malaysians to achieve extraordinary global records. MALAYSIA BOOK OF RECORDS SDN BHD (0594642T)

Bukan seekor, tetapi 36 ekor empurau dalam satu acara. 🏅🐟Empurau ialah ikan air tawar bernilai tinggi yang berasal dari ...
04/09/2026

Bukan seekor, tetapi 36 ekor empurau dalam satu acara. 🏅🐟

Empurau ialah ikan air tawar bernilai tinggi yang berasal dari sungai Sarawak. Ikan ini membesar dengan perlahan dan diketahui memakan buah-buahan hutan yang gugur ke dalam sungai, termasuk buah engkabang, yang dikaitkan dengan rasa lemak dan teksturnya yang tersendiri. Sempena ulang tahun ke-40 South Sea Seafood, South Sea Seafood menyajikan 36 ekor empurau untuk mencatat rekod kebangsaan MOST EMPURAU SERVED IN AN EVENT.🏆

-
Native to Sarawak’s rivers, empurau grows slowly and is known to feed on forest fruits that fall into the water, including engkabang. This unusual natural diet is associated with its distinctive richness and texture. During South Sea Seafood’s 40th anniversary, South Sea Chinese Restaurant Sdn. Bhd. served 36 empurau to set the national record for MOST EMPURAU SERVED IN AN EVENT. 🏆

Have you ever tasted Sarawak’s prized river fish? 🐠

SERBA WANGI SDN BHD (JATI) creates an extraordinary art piece! Read about it here.
04/09/2026

SERBA WANGI SDN BHD (JATI) creates an extraordinary art piece! Read about it here.

JATI mencipta rekod Malaysia Book of Records bagi Formasi Seni Padi Terbesar menerusi karya Natural Waves of Malaysia di Laman Padi sempena MAHA 2026.

SOUTHSEA SEAFOOD sets a national record! Southsea Seafood Restaurant
04/09/2026

SOUTHSEA SEAFOOD sets a national record!

Southsea Seafood Restaurant

Subang Jaya – Empat dekad bukan sekadar angka. Ia adalah perjalanan panjang membina kepercayaan pelanggan, mempertahankan kualiti dan menjadikan makanan laut sebahagian daripada pengalaman me…

Berbulan bulan bersedia untuk beberapa minit di pentas. Kali ini, 894 atlet melaluinya bersama. 💪🔥🇲🇾Setiap fizikal yang ...
03/09/2026

Berbulan bulan bersedia untuk beberapa minit di pentas. Kali ini, 894 atlet melaluinya bersama. 💪🔥🇲🇾

Setiap fizikal yang dipertandingkan membawa kisah latihan, diet, posing dan conditioning tersendiri. Di Mr. Enrich On The Go 2026, 894 peserta, daripada first timer hingga atlet berpengalaman, anggota badan beruniform dan peserta luar negara, tampil di TLKB Metropolitan Kepong.

Penyertaan ini membawa Kelab Bina Badan Enrich mencatat rekod kebangsaan MOST PARTICIPANTS IN A ‘MEN’S PHYSIQUE’ BODYBUILDING COMPETITION. Hampir 900 perjalanan contest prep bertemu di satu pentas, memperlihatkan betapa besarnya komuniti bina badan kompetitif di Malaysia.

-
Months of preparation for just minutes onstage. This time, 894 athletes experienced it together. 💪🔥🇲🇾

Every physique represented a different journey of training, dieting, posing and conditioning. At Mr. Enrich On The Go 2026, 894 participants, from first timers to experienced athletes, uniformed personnel and international competitors, took the stage at TLKB Metropolitan Kepong.

The turnout earned Kelab Bina Badan Enrich the national record for MOST PARTICIPANTS IN A ‘MEN’S PHYSIQUE’ BODYBUILDING COMPETITION. Nearly 900 contest prep journeys met on one stage, revealing the scale of Malaysia’s competitive bodybuilding community.

Which athlete were you supporting that day? 🔱

Ini bukan lukisan di atas sawah. Ia benar-benar ditanam. 🌾🇲🇾Menggunakan padi hidup varieti MR284 yang ditanam secara ber...
02/09/2026

Ini bukan lukisan di atas sawah. Ia benar-benar ditanam. 🌾🇲🇾

Menggunakan padi hidup varieti MR284 yang ditanam secara berperingkat untuk menghasilkan perbezaan warna, formasi berukuran 119 kaki × 126 kaki ini membentuk elemen Jalur Gemilang, hati, tangan dan nama Jati tanpa menggunakan cat atau pewarna. Dihasilkan di Laman Padi sempena MAHA 2026, SERBA WANGI SDN. BHD. menerusi jenama JATI mencatat rekod kebangsaan LARGEST PADDY ART FORMATION, memperlihatkan bagaimana sawah boleh berkembang daripada kawasan pengeluaran makanan menjadi karya seni dan tarikan agropelancongan. 🏆✨

-
Living MR284 paddy was planted at different stages to create the contrasting colours of the Jalur Gemilang inspired design, complete with a heart, hands and the Jati name. 🌾🇲🇾

Measuring 119 ft × 126 ft, the formation at Laman Padi, MAHA 2026 earned SERBA WANGI SDN. BHD., through its JATI brand, the national record for LARGEST PADDY ART FORMATION, turning a working paddy field into both a large-scale artwork and an agrotourism attraction.🏆✨

01/09/2026

Soh Wai Ching Towerrunner does it again!

Hampir 2,000 peserta bukan sekadar menyaksikan sejarah, mereka menjadi sebahagian daripadanya. 🇲🇾 Di Padang Kawad PALAPE...
01/09/2026

Hampir 2,000 peserta bukan sekadar menyaksikan sejarah, mereka menjadi sebahagian daripadanya. 🇲🇾

Di Padang Kawad PALAPES, Universiti Malaya, suasana pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dihidupkan semula menerusi pakaian era 1950-an, susunan peristiwa berasaskan fakta sejarah dan laungan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali. Selepas lebih enam bulan penyelidikan dan persiapan bersama pakar, UNIVERSITI MALAYA mencatat rekod kebangsaan LARGEST PARTICIPATION IN AN IMMERSIVE INDEPENDENCE DAY REENACTMENT THEATRE, menjadikan sejarah bukan lagi sekadar sesuatu yang ditonton, tetapi pengalaman yang dirasai bersama.

-
Almost 2,000 participants did not simply watch history, they became part of it. 🇲🇾

At the PALAPES Parade Ground, Universiti Malaya recreated the atmosphere of the 31 August 1957 independence proclamation through 1950s attire, a historically researched sequence of events and seven collective calls of “Merdeka!” Following more than six months of research and preparation with subject experts, UNIVERSITI MALAYA set the national record for LARGEST PARTICIPATION IN AN IMMERSIVE INDEPENDENCE DAY REENACTMENT THEATRE, turning history from something remembered on screen into an experience shared in person.

Congratulations Guardian Health & Beauty Malaysia!
01/09/2026

Congratulations Guardian Health & Beauty Malaysia!

GUARDIAN Malaysia was conferred the Malaysia Book of Records (MBOR) title for the "Largest Membership Registrations in a Rewards Programme in a Year", for its MYguardian Rewards app-based loyalty programme.

Selamat Hari Kebangsaan🇲🇾Jam lima pagi,seorang nelayan sudah ke laut,menebar jala ke dalam ombak,mengikut jejak ayahnya ...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan🇲🇾

Jam lima pagi,
seorang nelayan sudah ke laut,
menebar jala ke dalam ombak,
mengikut jejak ayahnya dahulu.

Jam enam pagi,
seorang nenek sudah bangun,
mengukus kuih dalam diam,
sebelum fajar sempat menguap.

Jam tujuh pagi,
seorang budak sekolah beratur,
menanti roti canai panas,
beg di bahu, mata masih separuh lena.

Jam lapan pagi,
seorang pekerja berlari,
mengejar keretapi yang sama,
seperti setiap Selasa yang lalu.

Generasi berbeza,
bangsa berbeza,
pagi yang berbeza,
tapi degupnya satu jua.

Setiap rekod,
adalah kepingan yang berlainan,
dari bendera yang sama,
dijahit oleh masa dan keringat.

Enam puluh sembilan tahun lalu,
sebuah tangan terangkat di Stadium Merdeka,
menyebut satu kata yang mengubah segalanya
kini, berjuta tangan menyambungnya,
dalam diam, dalam rutin,
dalam pagi yang tak pernah diminta dikenang.

Kami bukan sekadar merekod
yang paling tinggi, paling laju, paling ramai
kami merekod yang paling nyata,
Malaysia yang bangun awal,
dan tidak pernah berhenti.

Kesejahteraan, dinikmati bersama.

Jadi, kongsikan pagi anda,
tunjukkan kepingan bendera anda.

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! 🇲🇾

Keris sepanjang 10.12 meter ini dibuat daripada pulut kuning. 💛🗡️Dibentuk pada ukuran 10.12 meter panjang, 1.09 meter le...
29/08/2026

Keris sepanjang 10.12 meter ini dibuat daripada pulut kuning. 💛🗡️

Dibentuk pada ukuran 10.12 meter panjang, 1.09 meter lebar dan 0.20 meter tinggi, hasil unik ini menggabungkan dua simbol yang dekat dengan budaya Melayu dalam satu formasi berskala besar. Dihasilkan sempena Melaka Showcase 2026 di Kuala Lumpur, MARA NEGERI MELAKA mencatat rekod kebangsaan BIGGEST ‘PULUT KUNING’ KERIS FORMATION, sekali gus membawa warisan makanan dan identiti Melaka ke hadapan khalayak baharu.

Pernahkah anda melihat pulut kuning dibentuk sebesar ini? 🏆

Address

20-3A, Level 20, Q Sentral 2A, Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

603 27325705

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Book of Records posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Book of Records:

Shortcuts

Sponsored

Share