01/10/2026
For Kuala Lumpur Seni & STEM Festival 2026, organised by Petrosains - The Discovery Centre and Dewan Filharmonik PETRONAS,
PUSAKA is proud to present
Seni Reog
featuring Kumpulan Sri Wahyuni
Date/ Tarikh: Saturday/ Sabtu, 3 October 2026
Time/ Masa: 8:30pm - 9:20pm
Venue/ Tempat: KLCC Esplanade
Date/ Tarikh: Sunday/ Ahad, 4 October 2026
Time/ Masa: 5:00pm - 6:00pm
Venue/ Tempat: KLCC Esplanade
Free admission/ Masuk percuma
Seni Reog is a tradition that originates from Ponorogo in East Java, Indonesia, and has been practised in Johor for generations by communities of Javanese descent.
Also known as Reog Ponorogo, the tradition traces its narrative origins to the legend of King Kelono Sewandono of Bantarangin, the beautiful Princess of Kediri, and a ferocious Singa Barong that protects the princess’ kingdom.
The centerpiece of the Reog Ponorogo is the majestic Singa Barong mask: a lion’s head elaborately decked with peacock feathers. It requires great skill and strength to wear the Singa Barong mask, which reaches over 7 feet high and weighs around 50kg.
Kumpulan Sri Wahyuni from Batu Pahat, Johor, established in 1970 by the late Wak Mad, are among the most acclaimed masters of the Reog Ponorogo tradition in Malaysia.
___
Sempena Kuala Lumpur Seni & STEM Festival 2026, anjuran Petrosains dan Dewan Filharmonik PETRONAS,
PUSAKA dengan bangganya mempersembahkan
Seni Reog
bersama Kumpulan Sri Wahyuni
Seni Reog ialah seni budaya warisan yang berasal dari Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia, dan diamalkan di Johor sejak turun-temurun oleh masyarakat keturunan Jawa.
Dikenali juga sebagai Reog Ponorogo, tradisi ini membawa kisah asalnya daripada legenda Raja Kelono Sewandono dari Bantarangin, Puteri Songgolangit yang jelita dari Kediri, dan seekor Singa Barong yang garang lagi gagah, penjaga setia kerajaan sang puteri.
Daya tarikan utama Reog Ponorogo ialah topeng Singa Barong yang megah, berwajah singa dihiasi bulu burung merak. Memakainya menuntut kemahiran dan kekuatan luar biasa; topengnya menjulang lebih 7 kaki dan memikul berat sekitar 50kg.
Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh adiguru Wak Mad di Batu Pahat, Johor, Sri Wahyuni antara pengamal Seni Reog yang paling disegani di Malaysia.