Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan

Call Directions Website Contact the organization

Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Briged Bakti Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan adalah sebuah organisasi bukan kerajaan

LAPORAN PROGRAM PROSPER-SRSESI 2 – KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAANTarikh: 19 September 2026 (Sabtu)Masa: 9.00 pagi...
21/09/2026

LAPORAN PROGRAM PROSPER-SR

SESI 2 – KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan CBH, Tingkat 12, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur
Penganjur: Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM
Rakan Kolaborasi: Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BBM WPKL)
Jumlah peserta berdaftar: 37 orang
Jumlah peserta hadir: 27 orang

Program PROSPER-SR merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi membantu usahawan mikro, penjaja kecil dan peniaga dari rumah meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan perniagaan dan akses kepada pendanaan formal.

Bagi Sesi 2 yang berlangsung pada 19 September 2026, peserta telah mengikuti Modul 3: Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan yang disampaikan oleh Dr. Hjh. Rafidah Othman (PhD), Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM.

Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada asas pengurusan kewangan perniagaan yang penting untuk memastikan aliran kewangan perniagaan dapat direkod dan dipantau dengan lebih teratur. Dr. Rafidah turut menerangkan kaedah penyediaan dan pengisian Buku Wang Tunai serta Buku Lejar, termasuk kepentingannya dalam merekod transaksi kewangan perniagaan dengan sistematik.

Bagi menggalakkan penglibatan aktif peserta, mereka telah dibahagikan kepada lima kump**an. Setiap kump**an diberikan tugasan untuk membincangkan dan membentangkan kaedah pengurusan kewangan dalam perniagaan berdasarkan kefahaman yang diperoleh sepanjang kursus. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta memahami cabaran sebenar dalam mengurus kewangan perniagaan kecil.

Selain sesi pembelajaran, program turut disusuli dengan Bengkel Amali: Taklimat Pinjaman dan Sesi Saringan Permohonan Pinjaman Perniagaan, termasuk semakan dokumen pinjaman. Peserta juga menerima Taklimat Pinjaman TEKUN Nasional bagi memberi pendedahan berkaitan kemudahan pendanaan formal yang boleh membantu perkembangan perniagaan mereka.

Secara keseluruhannya, Sesi 2 PROSPER-SR ini memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada para peserta dalam memahami kepentingan rekod kewangan yang teratur, pengurusan aliran tunai dan perancangan kewangan dalam memastikan kelangsungan serta perkembangan sesebuah perniagaan.

BBM WPKL amat berbesar hati dapat bersama-sama AHIBS, UTM sebagai rakan kolaborasi dalam usaha memperkasa golongan usahawan mikro dan peniaga kecil melalui ilmu, kemahiran serta akses kepada peluang pendanaan yang bersesuaian.

Terima kasih kepada Dr. Hjh. Rafidah Othman (PhD), AHIBS-UTM atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada BBM WPKL, serta kepada semua rakan kolaborasi yang bersama-sama menjayakan Program PROSPER-SR ini.


SECEBIS REZEKI, SERIBU MAKNA. Alhamdulillah, hari ini wakil Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BBM ...
15/09/2026

SECEBIS REZEKI, SERIBU MAKNA.

Alhamdulillah, hari ini wakil Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BBM WPKL), Pn Rozana, Pn Norasnida dan anak, Muhammad Zikri berkesempatan mengambil pelbagai jenis roti sumbangan daripada Hogan Bakery untuk diagihkan kepada tiga buah rumah kebajikan di sekitar Taman Keramat.

1. Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh, AU3
Ketika kami tiba, anak-anak sedang bersiap untuk ke Sekolah Agama. Roti yang diterima terus disimpan untuk dibawa sebagai bekalan ke sekolah. Melihat mereka menerimanya dengan gembira, hati terasa sayu.

2. Tahfiz Al-Ansar, Jalan AU2
Anak-anak sedang membaca Al-Quran ketika kami sampai. Ustaz Nizam dan anak-anak tahfiz menyambut kami dengan penuh kegembiraan. Suasana bacaan Al-Quran itu sendiri sudah cukup membuat hati terasa tenang.

3. Pusat Jagaan Kasih Murni, AU2A
Kami tiba ketika anak-anak sedang belajar solat. Pengasas rumah ini, Pn Rohana begitu gembira menerima sumbangan dan berkata, “Bolehlah anak-anak buat minum petang.” Beliau juga meluahkan rasa rindu kerana sudah lama kami tidak berkunjung.

Setiap kali berkunjung, kami cuba membawa sedikit makanan asas untuk membantu meringankan keperluan mereka.

Kadang-kadang kita melihat sebungkus roti itu sebagai sesuatu yang kecil. Tetapi bagi anak-anak ini, ia mungkin menjadi bekalan ke sekolah, hidangan minum petang dan satu tanda bahawa masih ada insan yang mengingati mereka.

Alhamdulillah, selesai urusan pengagihan sekitar jam 12.30 tengah hari.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Hogan Bakery atas sumbangan yang begitu bermakna. Semoga setiap roti yang dinikmati oleh anak-anak ini menjadi pahala yang mengalir kepada semua yang menyumbang dan membantu menyampaikannya.

Kita mungkin tidak mampu membantu semua orang, tetapi jangan sampai kita tidak membantu sesiapa.

Semoga Allah terus membuka jalan untuk kita berkongsi rezeki, walaupun sedikit.

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.


LAPORAN SUMBANGAN & PENYAMPAIAN HADIAHMajlis Maulidur Rasul – Daurah Tahfiz Baitul Jannah📅 13 September 2026📍 Dewan Seko...
15/09/2026

LAPORAN SUMBANGAN & PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis Maulidur Rasul – Daurah Tahfiz Baitul Jannah
📅 13 September 2026
📍 Dewan Sekolah KEMAS, Bandar Country Homes, Rawang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan hasil sumbangan daripada para penyumbang yang budiman, sebanyak 53 beg galas dapat disediakan untuk anak-anak Tahfiz Baitul Jannah sempena Majlis Maulidur Rasul.

Selain itu, turut disediakan 15 botol air, 15 tuala muka dan 15 set pensel warna.

Kesemua sumbangan ini kemudiannya disusun menjadi 15 hamper dan 38 bungkus hadiah untuk diberikan kepada anak-anak tahfiz.

🏆 15 hamper disediakan sebagai hadiah kepada para pemenang pertandingan Azan, Hafazan, Qasidah dan Cerdas Cermat yang berkaitan dengan pengetahuan agama.

🎁 38 bungkus hadiah p**a diberikan kepada anak-anak yang lain, termasuk mereka yang tidak menyertai pertandingan. Dengan cara ini, setiap anak berpeluang menerima hadiah dan membawa p**ang kenangan daripada majlis tersebut.

Alhamdulillah, Pn. Murniati sangat gembira menerima hadiah-hadiah tersebut dan amat menghargai keprihatinan para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki untuk anak-anak tahfiz.

🌹 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang. Sumbangan yang diberikan telah diterjemahkan menjadi hadiah, senyuman dan kegembiraan buat anak-anak pada hari yang penuh keberkatan ini.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah, diterima dan diberkati Allah SWT, serta digandakan ganjarannya buat semua penyumbang dan keluarga.

Terima kasih kerana bersama-sama menceriakan anak-anak Tahfiz Baitul Jannah.
Semoga Allah SWT terus memberi kita kesempatan untuk berkongsi rezeki dan menggembirakan hati mereka yang memerlukan. 🤲🌹

Alhamdulillah. Terima kasih semua. ❤️


6 SEPTEMBER 2026 | SANTUNI & BERKONGSI REZEKI.Alhamdulillah, hari ini wakil BBM WPKL, Pn Norasnida dan Pn Manizah, telah...
07/09/2026

6 SEPTEMBER 2026 | SANTUNI & BERKONGSI REZEKI.

Alhamdulillah, hari ini wakil BBM WPKL, Pn Norasnida dan Pn Manizah, telah mengambil sumbangan roti daripada Hogan Bakery untuk diagihkan kepada beberapa tempat yang memerlukan.

Sumbangan roti telah disampaikan ke:

🏠 Pusat Jagaan Anak Yatim An Najjah
No. 3, Jalan Kent 2, Off Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur.

🏠 Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, 15 Jalan Kent 3, Off Jalan Maktab, KL

🕌 Surau Darussadah, Taman Keramat Permai
Baki roti telah dihantar ke surau untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

Ketika tiba di Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah anak-anak belum p**ang dari mengikuti aktiviti di luar. Jadi tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan mereka.

Di Pertubuhan Rahoma Darul Fakir p**a, anak-anak masih berada di rumah waris masing-masing sempena cuti sekolah dan hanya p**ang pada petang semalam. Mudah-mudahan mereka dapat menikmati sumbangan roti ini bersama-sama. ❤️

Terima kasih tidak terhingga kepada Hogan Bakery atas sumbangan yang berterusan. Terima kasih juga kepada Pn Norasnida dan Pn Manizah yang meluangkan masa mengambil dan menghantar sumbangan.

Semoga setiap roti yang disumbangkan menjadi rezeki yang membawa kegembiraan, mengenyangkan dan memberi manfaat kepada mereka yang menerimanya.

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka. 🤲🏻

Laporan disediakan oleh
Rozana Abdul Rahman
7 September 2026

LAPORAN LAWATAN ZIARAH RUMAH JAGAAN DAURAH, TAHFIZ BAITUL JANNAH05 September 2026Alhamdulillah, pada 05 September 2026, ...
06/09/2026

LAPORAN LAWATAN ZIARAH RUMAH JAGAAN DAURAH, TAHFIZ BAITUL JANNAH

05 September 2026

Alhamdulillah, pada 05 September 2026, wakil Briged Bakti Malaysia Kuala Lumpur (BBMKL) yang terdiri daripada Tn.Hj Zulfekar, Tn. Hj Samsudin, Pn. Rafizah dan Pn. Normawati telah menziarahi Rumah Jagaan Murniati, Daurah, Tahfiz Baitul Jannah di Bandar Countryhome Rawang, Selangor.

Penghuni: 53 kanak2 (24 lelaki & 29 perempuan)
Penjaga: 8 orang.

Kedatangan wakil BBMKL kira2 pada pukul 3.45pm telah disambut oleh Pengelola rumah jagaan Pn. Murniati dan beberapa orang Penjaga berserta beberapa orang anak2 penghuni rumah jagaan dengan penuh keramahan dan kegembiraan.

Sumbangan berbentuk makanan seperti beras dan biskut2 berserta sumbangan wang kutipan persendirian telah diserahkan oleh Wakil BBMKL bagi menampung serba sedikit keperluan rumah jagaan.

Perbincangan secara ringkas juga telah berlangsung diantara Pn. Rafizah merangkap Bendahari BBMKL dan Pn. Murniati bagi permintaan tajaan berkaitan pertandingan bersempena sambutan hari Maulidur Rasul yg akan di ada kan pada tanggal 13 September 2026 nanti.

Sebelum kami mengundurkan diri, kami dengan perasaan berbesar hati, kagum dan penuh kesyukuran telah disajikan dengan persembahan Qasidah dan Hafazan oleh beberapa orang anak2 penghuni rumah jagaan tersebut.

Semoga anak2 penghuni Rumah Jagaan Daurah, Tahfiz Baitul Jannah ini sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.

Laporan disediakan oleh
Pn Normawati Abdul Rahman
5 September 2026.

LAPORAN LAWATAN ZIARAH ASNAF BBM27 Ogos 2026Alhamdulillah, pada 27 Ogos 2026, wakil Briged Bakti Malaysia Wilayah Persek...
27/08/2026

LAPORAN LAWATAN ZIARAH ASNAF BBM

27 Ogos 2026

Alhamdulillah, pada 27 Ogos 2026, wakil Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BBM WPKL) yang terdiri daripada Tn. Hj. Zulfekar, Pn. Rozana, Pn. Faridah dan Pn. Roshuda telah menziarahi tiga buah rumah asnaf seperti yang dirancang.

Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi, dengan tujuan bukan sahaja untuk bertanya khabar, tetapi juga menyampaikan sedikit bantuan serta menunjukkan bahawa mereka tidak dilupakan.

Ziarah pertama ialah ke rumah Pak Mail di Gombak Batu 10. Keadaan keluarga ini amat menyentuh hati. Pak Mail terlantar, manakala isterinya p**a mengalami strok, tidak mampu berjalan dan percakapannya juga tidak lagi jelas.

Ziarah kedua ialah ke rumah Kak Jamilah, di mana anaknya, Nadia, yang mengalami strok, tinggal di Perumahan Desa Ehsan, Batu 7¼, Jalan Gombak.

Ziarah ketiga p**a ialah ke rumah En. Mazhar di Kg. Kapal, Batu 18, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Setiap rumah menerima sumbangan berupa 2 ekor ayam, 2 kampit beras, 2 paket bihun, 2 paket teh (Tyzo) serta wang tunai sebanyak RM100. Pak Mail turut menerima sumbangan tambahan berupa lampin pakai buang.

Tiga buah rumah, tiga kisah kehidupan yang berbeza, namun semuanya mengajar kami erti syukur, sabar dan kepedulian. Bantuan yang diberikan mungkin kecil pada nilainya, tetapi mudah-mudahan kehadiran kami membawa sedikit kegembiraan dan kekuatan kepada mereka yang sedang diuji.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pn. Normawati kerana sudi meminjamkan kereta untuk kegunaan kami sepanjang lawatan.

Semoga Allah SWT menerima segala usaha ini sebagai amal kebajikan, melapangkan rezeki para penyumbang serta memberikan kekuatan dan kesembuhan kepada semua penerima.


*KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MURID-MURID PBB BBM KL*Kuala Lumpur - 19 Ogos 2026: Latihan secara berpusat bagi Kursus Pengu...
20/08/2026

*KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MURID-MURID PBB BBM KL*

Kuala Lumpur - 19 Ogos 2026: Latihan secara berpusat bagi Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Dewan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit. Seramai 72 orang murid daripada enam buah sekolah telah menyertai latihan ini dengan diiringi oleh 12 orang guru pengiring. Latihan bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Latihan ini dibimbing oleh dua orang pembimbing pengurusan jenazah, seorang lelaki dan seorang perempuan dari Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Kursus ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh ahli Briged Bakti Malaysia (BBM) sebagai persediaan mereka untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Selain itu, kursus ini turut bertujuan untuk mengenal pasti wakil yang akan menyertai Karnival Kebangsaan BBM pada 18 hingga 21 September 2026.

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SIRI 1 – MASYARAKAT ORANG ASLI📍 Surau Al-Hidayah, Bukit Kala, Gombak📅 11 Ogos 2026⏰ 4.00 petan...
15/08/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SIRI 1 – MASYARAKAT ORANG ASLI

📍 Surau Al-Hidayah, Bukit Kala, Gombak
📅 11 Ogos 2026
⏰ 4.00 petang – 6.00 petang

Alhamdulillah, BBM Kuala Lumpur (BBM KL) telah menjayakan Program Pembangunan Insan Siri 1 bersama masyarakat Orang Asli di Bukit Kala, Gombak yang dihadiri kira-kira 25 peserta.

Program merangkumi pembelajaran Jawi, bacaan surah lazim dan asas Tauhid, di samping aktiviti soal jawab, membaca, mewarna dan membaca terjemahan al-Quran. Program turut diselitkan dengan solat Asar dan jamuan minum petang yang disediakan oleh ahli BBM KL.

Semoga program ini terus memberi manfaat dan menjadi ruang pembelajaran serta pengukuhan ilmu kepada masyarakat setempat. 🤲🏻

*PROGRAM LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS MURID-MURID PBB BBM WPKL*Kuala Lumpur - 12 Ogos 2026: Latihan secara berpusat bagi ac...
15/08/2026

*PROGRAM LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS MURID-MURID PBB BBM WPKL*

Kuala Lumpur - 12 Ogos 2026: Latihan secara berpusat bagi acara Pertolongan Cemas diadakan di Dewan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow Kit. Sebanyak 45 orang murid dari enam buah sekolah mengikuti latihan ini, diiringi oleh 10 orang guru pengiring. Latihan bermula pukul 12.15 tengah hari dan berakhir pada pukul 4 petang. Sebanyak tiga orang jurulatih dari PBSM Gombak Timur diundang untuk membimbing murid.

Latihan ini merupakan satu daripada kemahiran yang perlu dipelajari oleh ahli BBM sebagai persediaan untuk membantu orang lain. Di samping itu, latihan ini juga bertujuan untuk mencari wakil ke Karnival Kebangsaan BBM pada 18 hingga 21 September 2026.

LAPORAN PROGRAM SANTUNI PESAKIT: MELUKIS, MEWARNA & BERKONGSI CERITA HATI5 Ogos 2026 | Wad Psikiatri Penglibatan bersama...
12/08/2026

LAPORAN PROGRAM SANTUNI PESAKIT: MELUKIS, MEWARNA & BERKONGSI CERITA HATI
5 Ogos 2026 | Wad Psikiatri

Penglibatan bersama Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, pada petang ini telah berlangsung Program Santuni Pesakit: Melukis, Mewarna & Berkongsi Cerita Hati bersama para pesakit di Wad Psikiatri.

Program yang disertai oleh tiga orang sukarelawan iaitu Rozana, Siti Hajijah dan Eintan ini bertujuan memberi ruang kepada pesakit meluahkan perasaan, kenangan dan harapan melalui lukisan.

Setiap helaian kertas yang pada awalnya kosong akhirnya dipenuhi dengan warna dan cerita. Ada yang melukis pantai yang tenang, gunung, sungai, burung, haiwan dan bunga yang menggambarkan kerinduan terhadap kebebasan, kedamaian dan keindahan alam. Ada juga yang menghasilkan lukisan yang lebih suram, namun di sebalik warna-warna itu tersimpan kisah dan perasaan yang tidak mudah diungkapkan dengan kata-kata.

Sesi yang paling menyentuh hati ialah apabila setiap pesakit diberi peluang berkongsi cerita di sebalik lukisan mereka. Ketika itulah kami menyedari bahawa setiap senyuman menyimpan sebuah perjalanan hidup, setiap warna membawa makna, dan setiap lukisan adalah suara hati yang ingin didengari.

Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa berharganya saat apabila mereka berasa dihargai, didengari dan diterima tanpa sebarang penghakiman. Bagi mereka, mungkin aktiviti ini hanyalah melukis dan mewarna. Namun bagi kami, ia adalah peluang untuk menyentuh hati yang sedang mencari sinar harapan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketenangan jiwa dan kekuatan kepada semua pesakit. Mudah-mudahan setiap langkah kecil yang diusahakan hari ini menjadi asbab mereka kembali tersenyum dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Kadangkala, lukisan yang paling sederhana bukan sekadar hasil seni, tetapi adalah luahan hati yang selama ini terpendam."

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menjadi saham akhirat dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Aamiin.


Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60133850363

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Sponsored

Share