18/09/2026
TERIMA KASIH…
Syukur Alhamdulillah selesailah sudah Program Semperna Sambutan Hari Malaysia 16/09/2026 .
Usaha penyatuan daripada Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 6, Parlimen Batu bagi menganjurkan Sukan Penyatuan Komuniti bersama sama P.P PPR Taman Wahyu, P.P Taman Wahyu, KRT Sri Aman, P.P Aman Putra, P.P Taman Beringin dan P.P PPR Beringin telah diadakan dua hari berturut - turut bermula 15/9 hingga 16/9/2026.
Program sukan kali ini PPR Beringin dan Taman Beringin telah dipilih menjadi Tuan Rumah dan sebagai lokasi acara acara dipertandingkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khususnya
kepada Ybrs Tuan Mohd Attamimi Bin Farouk selaku Pengurus Kawasan Cawangan Batu membantu dari segi keperluan barangan persediaan program serta Tajaan Makanan sarapan pagi dan tengahari. Juga diucapkan penghargaan kepada Jabatan Perumahan Zon 3, atas bantuan Dewan Pusat Komuniti dan Dataran PPR Beringin.
Ucapan Penghargaan dan terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Batu, YB Tuan P. Prabakaran atas kesudian menghadiri bagi merasmikan dan penyampaian hadiah kepada pemenang semperna Hari Karnival Sukan MPP Sub Zon 6, Parlimen Batu.
Terima kasih kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa MPP Sub Zon 6, khususnya kepada Ketua Pelarasan Program En Mamat Yusof yang paling banyak berusaha dari persediaan awal hingga ke akhir program.
Tidak dilupakan kepada urusetia, ketua ketua pengurusan yang telah memberi idea dan membantu dalam segala hal bagi memudahkan segala perjalanan program.
Pihak kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan teknikal sepanjang program dan aturcara dijalankan. Bantuan juri dari pasukan YOU4WP juga amat dihargai bagi membantu dari segi keputusan pertandingan.
“SUKAN PENYATUAN KOMUNITI”
MOHAMMED DANIAL BIN MOHAMMED YUSSOF
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Beringin.
merangkap
Pengerusi MPP Sub Zon 6, Parlimen Batu.