Perkasa Malaysia

Perkasa Malaysia Selamat datang ke Facebook rasmi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa). Pertubuhan ini berdaftar sebagai pertubuhan tidak bercawangan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malayasia (PERKASA) telah disahkan penubuhanya oleh ROS pada 12 September 2008. Bagaimanapun pertubuhan mempunyai Jawatakuasa Penyelaras di setiap peringkat negeri-negeri dan kawasan parlimen-parlimen. Semua rakyat Malaysia berstatus Bumiputera dan 18 tahun ke atas boleh memohon menjadi ahli pertubuhan ini. Pertubuhan ini memperjuangkan 7 matlamat yang tercatat dalam pe

rlembagaan pertubuhan ini iaitu :-

1. Memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan
3. Memperkasakan Institusi Raja-Raja Melayu
4. Mempertahankan Hak-Hak Kepentingan Orang Melayu
5. Memperkasakan Hak-Hak Pribumi
6, Memperkasakan Rukun Negara
7. Mempertahankan Kedaulatan Negara

-----------------------------------------------------

Laman Rasmi Facebook PERKASA MALAYSIA dikawal selia oleh individu yang dipertanggungjawabkan oleh Setiausaha Agung PERKASA.

Perwakilan hanya dari Perkasa Negeri yg ada Barisan Pimpinan Negeri sahaja. Ahli biasa yg nak bersama boleh hadir sebaga...
14/12/2024

Perwakilan hanya dari Perkasa Negeri yg ada Barisan Pimpinan Negeri sahaja. Ahli biasa yg nak bersama boleh hadir sebagai Pemerhati.

Pewakilan Perkasa Negeri Ke AGM Pusat

1. YDP
2. TYDP
3. NYDP I
4. NYDP II
5. Ketua Wiranita
6. Ketua Wirawati
7. Ketua Wira
8. SU Kehormat
9. Bendahari(jika ada)
10. Ketua Penerangan
11. Naib Ketua Wiranita
12. Naib Ketua Wirawati
13. Naib Ketua Wira
14. Ahli Majlis Negeri
15. Ahli Majlis Negeri
16. Ahli Majlis Negeri
17. Ahli Majlis Negeri
18. Ahli Majlis Negeri
19. Ahli Majlis Negeri
20. Ahli Majlis Negeri
21. Ahli Majlis Negeri
22. Ahli Majlis Negeri
23. Ahli Majlis Negeri
24. Ahli Majlis Negeri
25. Ahli Majlis Negeri

Semua senarai Perwakilan perlu dihangar ke SUA selewat-lewatanya 22hb Disember 2024 sebelum Jam 5.00ptg. Pihak Urusetia perlukan jumlah yg betul2 sah hadir sahaja. Jika perwakilan Negeri yg boleh hadir 10 org, hantar nama 10 org sahaja. Apa pun diharapkan kuota 25 setiap negeri dpt dipenuhi dan hadir.

Urusetia perlukan jumlah sebenar boleh hadir utk persediaan keperluan bersidangan yang perlu di cerak dan Katering.

Harap dpt kerjasama dari YDP-YDP Negeri dan SUK Negeri.

Sekian.

https://harakahdaily.net/index.php/2024/09/22/perkasa-pernah-bantu-bn-tetapi/
01/10/2024

https://harakahdaily.net/index.php/2024/09/22/perkasa-pernah-bantu-bn-tetapi/

KLUANG: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pernah membantu Umno-BN suatu ketika dahulu dalam beberapa pilihan raya, malangnya parti itu kini mengkhianati orang Melayu dengan bersekongkol dengan DAP. Ketua Penerangan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, kerana itu kini NGO itu beralih meny...

https://vt.tiktok.com/ZS2GeyXQ8/Masa depan sekolah Agama Islam tidak terjamin peruntukan Kerajaan jika negara menjadi ne...
01/10/2024

https://vt.tiktok.com/ZS2GeyXQ8/

Masa depan sekolah Agama Islam tidak terjamin peruntukan Kerajaan jika negara menjadi negara sekular.

Check out minaq jinggo’s video.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kesal dan kecewa dengan sikap Jiao Zong yang secara jelas menghina Perlemb...
30/08/2024

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kesal dan kecewa dengan sikap Jiao Zong yang secara jelas menghina Perlembagaan Persekutuan apabila menafikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Kebangsaan,yang turut termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata Jiao Zong harus menghormati kedudukan Bahasa Melayu.

“PERKASA ingatkan kepada Jiao Zong penggunaan Bahasa Melayu amat penting di sekolah walaupun di sekolah vernakular kerana ada juga pelajar Melayu selain pelajar Cina yang belajar di sekolah vernakular.

“Selagi mana kita berada dalam Negara Malaysia, kita harus menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas perpaduan berbilang kaum di negara ini.”

Katanya, Kementerian Pendidikan perlu menilai semula segala peruntukan yang dikhususkan untuk Sekolah Vernakular jika gabungan itu masih berdegil menolak penggunaan Bahasa Melayu di sekolah berkenaan.

PERKASA turut memohon campur tangan Raja Raja Melayu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda ini apabila Bahasa Melayu cuba dinafikan hak dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Irwan mengulas mengenai laporan media berhubung keputusan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mengenai sembilan Institusinya yang menolak penyelarasan Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Vernakular.

Sumber : Kenyataan media PERKASA

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

09/05/2024

https://vt.tiktok.com/ZSY12PyXM/. Isu kedaulatan dan keselamatan Negara bukan perkara mainan

3988 likes, 660 comments. “Pelan Liberalisasi Visa Malaysia: Pandangan PERKASA tentang Pengecualian Syarat Kemasukan bagi Warganegara China dan India”

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) adalah hak semua penjawa...
29/02/2024

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) adalah hak semua penjawat awam.

Ketua penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata rawatan di IJN harus dilihat sebagai pakej persaraan penjawat awam yang sekian lama berbakti kepada negara.

“Semua penjawat awam dan pesara berhak mendapatkan rawatan di IJN sebagai pakej persaraan mereka sesudah mereka berbakti kepada negara.

“Kerajaan harus memikirkan kaedah penjimatan kepada semua sektor yang ada dan jangan perjudikan nyawa rakyat dengan mencipta alasan untuk penjimatan kos,” katanya.

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/

https://t.me/tvpertiwi

Kenyataan MediaPengerusi Biro Ekonomi Perkasa Malaysia
24/02/2024

Kenyataan Media
Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa Malaysia

BANGI, 14 Syaaban 1445H, Sabtu – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 perlu kepada ekosistem tersendiri dalam usaha memartabatkan usahawan Bumiputera. Situasi itu harus mengambil kira elemen penerapan nilai Islam dan pembudayaan perniagaan yang berteraskan konsep halalan toyibban. Justeru, tidak ...

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASAMeskipun menteri DAP itu sudah menyatakan ‘move on’ namun rata-rata menjangka ia akan di...
20/02/2024

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA

Meskipun menteri DAP itu sudah menyatakan ‘move on’ namun rata-rata menjangka ia akan diteruskan.

Menurut Syed Hassan, kaum Cina memperjuangkan hak mereka, itu perkara biasa tetapi pemimpin Melayu sendiri ‘hilang’ apabila hak-hak kaum mereka diambil sedikit demi sedikit terutama tanah orang Melayu yang semakin hari semakin ‘ghaib’ .

https://youtu.be/Fprdsle1U6Y

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/
https://t.me/tvpertiwi

Menurut Syed Hassan, kaum Cina memperjuangkan hak mereka, itu perkara biasa tetapi pemimpin Melayu sendiri ‘hilang’ apabila hak-hak kaum mereka diambil sedik...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menolak permohonan maaf yang dikemukakan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo...
02/01/2024

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menolak permohonan maaf yang dikemukakan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata polis perlu segera menyiasat Koo Ham di bawah Akta Hasutan kerana jelas mengeluarkan kenyataan rasis yang mencemar asas Perlembagaan.

“PERKASA ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak yang hendak mencampuri urusan agama Islam supaya tidak mengganggu apatah lagi mencampuri urusan agama Islam.

“Ini kerana umat Islam di negara ini tidak pernah mencampuri urusan agama kamu. PERKASA berharap pemimpin yang lain tidak menimbulkan provokasi yang melampau ketika ini,” katanya.

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/

https://t.me/tvpertiwi

Address

No. 40, M-Foor, Kompleks Damai, Jalan Lumut
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340428257

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkasa Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkasa Malaysia:

Featured

Share