Yayasan Kubra

Yayasan Kubra Yayasan Kubra, mewakili rakyat Malaysia, memainkan peranan melaksana program-program kebajikan dan k

Dari Meja Presiden

Assalamualaikum WBT

Sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 1998, melalui pengurusan di bawah Yayasan Kubra kami telah berjaya dan diberi kepercayaan menjayakan program penajaan madrasah, pembinaan Masjid serta ibadah korban diseluruh tanah jajahan kerajaan Kemboja bagi meringan dan penambah baikan taraf kehidupan masyarakat Islam di Kemboja. Melalui program ini fakir miski

n dan rakyat negara Kemboja yang beragama Islam dapat diselamatkan dari misi dakyah pelbagai pihak untuk memesong akidah mereka. Bagi tujuan pelaksanaan ini, Yayasan Kubra yang mewakili rakyat Malaysia telah memainkan peranan yang cukup aktif dalam melaksana program-program melalui dana dan bantuan dari sumbangan umat Islam dalam negara. Kami berasa bersyukur dan amat berterima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang telah dan akan dihulurkan rakyat Malaysia saban hari demi kesejahteraan umat Islam di negara Kemboja. Wallahua'lam,

Sekian, Terima Kasih,

Yang Berusaha,

Ybhg Tn Hj Ismail Mina
Presiden
(Yayasan Kubra Malaysia)

IBADAH KORBAN : RAIH TAQWA & MANFAAT KEPADA YANG MEMERLUKAN Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi ...
30/04/2026

IBADAH KORBAN : RAIH TAQWA & MANFAAT KEPADA YANG MEMERLUKAN

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan amalan yang amat disukai oleh Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim)

Jom jalankan Ibadah Korban melalui Yayasan Kubra dengan kerjasama Sadaqah Centre. Daging korban anda akan diagihkan kepada fakir miskin di Yaman & Kemboja.

🔴 Bagi yang belum ingin menjalankan ibadah qurban, sedekah daging untuk fakir misikin juga dibuka dengan sedekah seikhlas hati.
🔴 Gambar/video qurban & Sijil penyertaan akan diberikan

Bayaran korban/ sumbangan boleh dibuat ke:
YAYASAN KUBRA
14023010012802
Bank Islam
Reference : korban

Ramadhan telah pon melabuhkan tirainya. Semoga segala amal ibadah kita di Ramadhan kali ini di terima dengan sebaik-baik...
20/03/2026

Ramadhan telah pon melabuhkan tirainya. Semoga segala amal ibadah kita di Ramadhan kali ini di terima dengan sebaik-baik nilaian di sisi Allah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari Yayasan Kubra.

Salam Nuzul al-QuranMalam turunnya kalam Ilahi,Petunjuk buat seluruh manusia.Semoga kita menjadi insan yang bukan sekada...
06/03/2026

Salam Nuzul al-Quran
Malam turunnya kalam Ilahi,
Petunjuk buat seluruh manusia.

Semoga kita menjadi insan yang bukan sekadar membaca,
Tetapi menghayati dan mengamalkan setiap ayat-Nya.

Moga Al-Quran menjadi cahaya di dunia,
Dan syafaat di akhirat kelak.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar & dahaga.Ramadan adalah tentang memberi.Ramadan juga bulan terbaik untuk merebut gan...
25/02/2026

Ramadan bukan sekadar menahan lapar & dahaga.
Ramadan adalah tentang memberi.
Ramadan juga bulan terbaik untuk merebut ganjaran berkongsi rezeki.

Di Malaysia, masih ada keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup
Di Palestin, saudara kita diuji dengan segala kekurangan asas untuk hidup.

Sabda Rasulullah SAW :
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

Tahun ini sekali lagi kami melancarkan kempen Bantuan Ihsan Ramadan bagi membantu asnaf di Malaysia & saudara kita di Palestin. Sumbangan akan diberikan dalam bentuk pek makanan, ayam mentah, wang tunai dan lain-lain.

Satu sumbangan kita mahupun kecil, besar maknanya buat mereka.

Bantu kami meringankan beban mereka ramadan ini dengan menyumbang melalui:
YAYASAN KUBRA
14023010012802
Bank Islam
Reference : ramadan

Yayasan Kubra menjemput mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu untuk membantu Yayasan Kubra melaksanakan...
24/02/2026

Yayasan Kubra menjemput mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu untuk membantu Yayasan Kubra melaksanakan gotong-royong di tapak tanah milik penuh Yayasan Kubra pada tarikh 25 Februari 2026 jam 5.00 petang di Lot PT 19501, PT 19502 dan PT 19503 Mukim Rawang, Daerah Gombak.

Semoga segala urusan dipermudahkan.

Kenyataan Media Terkini [24/2/25} : Berkenaan Pencerobohan Tanah Hak Milik Yayasan Kubra di Rawang Perdana, Selangor.
24/02/2026

Kenyataan Media Terkini [24/2/25} : Berkenaan Pencerobohan Tanah Hak Milik Yayasan Kubra di Rawang Perdana, Selangor.

Hari ini Jumaat.Lebih istimewa, Jumaat dalam Ramadan.Saat kita berbuka dengan hidangan di meja,ada yang masih berkira-ki...
20/02/2026

Hari ini Jumaat.
Lebih istimewa, Jumaat dalam Ramadan.

Saat kita berbuka dengan hidangan di meja,
ada yang masih berkira-kira untuk membeli sebungkus nasi.

Satu ringgit yang kita beri, mungkin jadi asbab kenyang untuk mereka.
Satu infaq kecil, mungkin jadi saham akhirat yang besar.

Jangan lepaskan peluang Jumaat penuh barakah ini.
Mari berinfaq, walau sedikit kerana di sisi Allah, nilainya tak pernah sedikit.

Sumbangan anda akan disalurkan untuk Bantuan Asnaf di Malaysia & luar negara yang memerlukan.
Untuk menyumbang boleh disalurkan melalui:
https://toyyibpay.com/jumaatYK
atau

YAYASAN KUBRA
14023010012802
Bank Islam
Reference : “jumaat”

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat"Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai ...
19/02/2026

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat

"Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa."

Kenyataan Media : Berkenaan Pencerobohan Tanah Hak Milik Yayasan Kubra di Rawang Perdana, Selangor.
18/02/2026

Kenyataan Media : Berkenaan Pencerobohan Tanah Hak Milik Yayasan Kubra di Rawang Perdana, Selangor.

Selamat Tahun Baru 2026.Semoga tahun ini Allah SWT melimpahkan rahmatNya dengan segala kebaikan dan menjadikan kita manu...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026.
Semoga tahun ini Allah SWT melimpahkan rahmatNya dengan segala kebaikan dan menjadikan kita manusia dan hamba yang lebih baik disisi-Nya.

Pagi kita mula dengan srapan kopi panas, roti bakar, scroll phone sambil tunggu masuk kerja.Pagi dia, cari botol kosong,...
12/11/2025

Pagi kita mula dengan srapan kopi panas, roti bakar, scroll phone sambil tunggu masuk kerja.
Pagi dia, cari botol kosong, cari apa sahaja supaya dapat sesuap makan hari itu.

Kita beza tempat, tapi kita tetap manusia yang perlukan makanan untuk hidup.
Dengan RM40 kita sediakan 1 pek makanan kering untuk mereka yang hidup di jalanan.

Jom kongsi sedikit kasih dan rezeki untuk beri gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sedikit harapan untuk terus bertahan.

Salurkan sumbangan anada melalui:
YAYASAN KUBRA
14023010012802
Bank Islam
Reference : gelandangan

Address

No. 25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kubra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Kubra:

Featured

Share