Malaysian Humanitarian Movement

Malaysian Humanitarian Movement Malaysian Humanitarian Movement, known as MyHumanitarian, is a non-governmental organization focused on volunteerism and humanitarian efforts.

Our motto: ‘Leave No One Behind.’ Join us in making a lasting impact on our community. Malaysian Humanitarian Movement (MYHumanitarian) is a humanitarian non-profit organisation that provides emergency relief, rehabilitation, development assistance, and program services to vulnerable communities worldwide. MYHumanitarian is solely dedicated to reducing human suffering and is non-political and non-

sectarian in its mission. MYHumanitarian‘s mission is to:

-Serve the needs of the most vulnerable - particularly women and children, victims of natural disasters & civil conflicts, and the poor
with a specific focus on neglected groups and cases.

-Provide holistic, multi-sectoral, sustainable, and pro-poor programs that bridge emergency relief and long-term development at the
grassroots level.

-Empower communities by building capacity and by maximizing local resources in both program design and implementation.

-Promote self-reliance, peaceful coexistence, and reintegration of marginalized communities.

-Protect lives from physical injury or death and/or psychological trauma where present.

-Uphold the highest professional norms in program delivery, including accountability to beneficiaries and donors alike.

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO...
20/03/2026

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami memohon ampun dan maaf zahir serta batin atas segala kekhilafan. Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan keinsafan, di samping terus menyemai nilai kasih sayang serta keprihatinan terhadap sesama insan.

Dalam kegembiraan kita meraikan Syawal, marilah kita bersama-sama mengingati golongan yang memerlukan agar tiada yang tercicir daripada menerima nikmat kebahagiaan.

Indah langit dihiasi pelangi,
Tersenyum riang menyambut Syawal mulia;
Hulurkan tangan eratkan ukhuwah sejati,
Semoga bahagia milik kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

7 Mac 2026 | Kunjungan Hormat Pengurusan Kumpulan MAFAR ke atas Presiden MyHumanitarianPresiden Persatuan Gerakan Kemanu...
20/03/2026

7 Mac 2026 | Kunjungan Hormat Pengurusan Kumpulan MAFAR ke atas Presiden MyHumanitarian

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) , Encik Khairul Annuar Mansor dan barikan kepimpinan MyHumaitarian berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Kumpulan MAFAR dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung secara dalam talian melalui Google Meet.

Pertemuan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk:
🤝 Meneroka jalinan kerjasama strategik antara Kumpulan MAFAR dan MyHumanitarian
💡 Bertukar pandangan mengenai pelaksanaan program yang bersesuaian dengan kekuatan dan kepakaran masing-masing

Gabungan kepakaran dalam bidang kesihatan, media dan konsultasi program oleh MAFAR bersama kekuatan MyHumanitarian dalam program kemanusiaan dan khidmat sukarelawan diyakini mampu memberi impak yang lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Kehadiran MyHumanitarian:
• En. Khairul Annuar Mansor (Presiden)
• En. Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi (Setiausaha Agung)
• Cik Siti Shazleen Shazali (Bendahari)
• En. Muhammad Yazid Matdaud (EXCO)

Kehadiran MAFAR Healthcare:
• Dr. Ghazali Md Nor (CEO)
• Dr. Amir Izzuddin Suib (COO)
• En. Ashraf Mohd Idris (CSO)
• En. Muhammad Adam Hafizi (Business Strategic Officer)
• En. Amalina Sapiren (Business Development Officer)

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam usaha memperkasa inisiatif kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat.

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO...
02/03/2026

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud atas pelantikan sebagai Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa yang berkuat kuasa pada 2 Mac 2026.

Semoga kepimpinan ini terus memperkasa belia dan meningkatkan kecemerlangan Yayasan di peringkat nasional dan antarabangsa.



Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia, Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan ...
19/02/2026

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia, Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kekuatan untuk kita terus berbakti kepada masyarakat serta membantu mereka yang memerlukan. Semoga segala amal ibadah diterima dan dipermudahkan.

Ramadan Kareem.

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia, Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan ...
17/02/2026

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia, Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikannya.

Semoga tahun ini membawa kemakmuran, keharmonian dan semangat baharu untuk terus berganding bahu membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang.

Gong Xi Fa Cai! 🐎🌸

10/01/2026

Mesyuarat dan Taklimat berkaitan perlaksanaan Program Pembinaan sistem air bersih secara gotong royong di Kampung Nahah A dan Long Apu hari ini.

Notis Pemakluman - PENUNDAAN SEMENTARA PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBINA SALURAN BEKALAN AIR BERSIH DI ...
10/01/2026

Notis Pemakluman - PENUNDAAN SEMENTARA PELAKSANAAN
PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBINA SALURAN
BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG LONG APU & KAMPUNG NAHAH’A,
TELANG USAN, SARAWAK

**********************

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Program Komuniti Gotong -Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di Kampung Long Apu dan Kampung Nahah’ A ditangguhkan sementara ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pihak kami sedang menunggu tarikh dan pemakluman baharu daripada pihak agensi berkaitan di Sarawak bagi melaksanakan program ini agar setiap perancangan dapat dilaksana dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Oleh demikian, pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pihak atas permasalahan teknikal dan di luar jangkaan kami.

Walau bagaimanapun, pemilihan sukarelawan baharu masih berlangsung bagi memilih calon yang dapat memberikan komitmen dan menjayakan program ini. Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang dinyatakan dibawah atau imbas kod QR berkenaan. Pendaftaran akan ditutup pada 12 Januari 2026 , 11.59 Malam. Calon yang terpilih akan dimaklumkan menerusi emel bagi sesi temuduga.

Selain itu, sukarelawan yang telah dilantik akan terus berada di kumpulan yang ditetapkan. Namun, perlu dalam keadaan bersedia (stand by mode) jika dipanggil untuk melaksanakan perkhidmatan.

Kami berharap agar program ini dapat dilaksanakan dengan segera dan mendapat perhatian pihak berkaitan agar hasrat dan impian komuniti kedua-dua kampung berkenaan dapat dicapai.

Terima Kasih & Salam Hormat

Sekretariat Program Komuniti Gotong-Royong
Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di N77 Telang Usan

Tarikh 10 Januari 2026

*********

Pendaftaran Sebagai Sukarelawan Program Komuniti Gotong -Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di Kampung Long Apu dan Kampung Nahah’ A

Imbas Kod QR ini atau layari https://forms.gle/ADtzDQKaWpau8czs6 .

Pendaftaran akan ditutup pada 12 Januari 2026 , 11.59 Malam. Calon yang terpilih akan dimaklumkan menerusi emel bagi sesi temuduga.

Innalillahiwailaihirajiun.Dengan hati yang amat sedih dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Puan Wan Salwati Haji Abdullah, t...
05/01/2026

Innalillahiwailaihirajiun.

Dengan hati yang amat sedih dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Puan Wan Salwati Haji Abdullah, telah pulang ke rahmatullah pada jam 3.56 petang tadi, 05 Januari 2026 di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Sukarelawan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Puan Wan Salwati Binti Abdullah.

Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat Keluarga Besar MyHumanitarian dan seluruh penggiat dalam belia Malaysia. Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai insan yang berwibawa, berbakti dan komited dalam memberi perubahan besar terhadap aktiviti kesukarelawanan dan belia di Malaysia. Segala jasa, budi dan perjuangan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi buat semua.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat beliau. Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya dan mengangkat ke darjat yang tinggi bersama para Anbiya’, para syuhada dan para solihin. Semoga keluarganya kuat serta tabah atas pemergian ini.

‘Leave No One Behind’

Salam Hormat,

KHAIRUL ANNUAR MANSOR
Presiden MyHumanitarian

.

4 Januari 2026 | AhadTelah berlangsung sesi taklimat pelaksanaan Program Komuniti Gotong-Royong Membina Saluran Bekalan ...
05/01/2026

4 Januari 2026 | Ahad

Telah berlangsung sesi taklimat pelaksanaan Program Komuniti Gotong-Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih di Kampung Long Apu dan Kampung Nahah’A, Telang Usan, Miri Sarawak yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.77 Telang Usan, Miri, Sarawak.

Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Dennis Ngau, ADUN N.77 Telang Usan dan dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Khairul Annuar Mansor (Presiden MyHumanitarian) , JKKK kedua buah kampung berkenaan dan Sekretariat Program MyHumanitarian.

Dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.77 Telang Usan bersama Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Yayasan Pembangunan Kemanusiaan (HDF) dan agensi kerajaan, ‘gelombang hijau’ akan kembali berbakti kepada komuniti di Kawsan Pedalaman Telang Usan.






MAKLUMAN KEADAAN KESIHATAN KETUA AKTIVIS KOMUNITI MYHUMANITARIAN, PUAN WAN SALWATI BINTI ABDULLAHAssalamualaikum wbt dan...
03/01/2026

MAKLUMAN KEADAAN KESIHATAN KETUA AKTIVIS KOMUNITI MYHUMANITARIAN, PUAN WAN SALWATI BINTI ABDULLAH

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

1. Untuk makluman, Puan Wan Salwati binti Abdullah (Ketua Aktivis MyHumanitarian) telah menerima rawatan kecemasan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan kerana diserang angin ahmar (Strok) dan kini sedang ditidurkan.

2. Saya ingin menyeru semua ‘Keluarga Besar MyHumanitarian untuk bersama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Khairul Annuar Mansor
Presiden MyHumanitarian

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia ,Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan ...
02/01/2026

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia ,Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee atas sumbangan, komitmen dan kepimpinan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Sepanjang kepimpinannya, beliau telah berjaya menyuburkan semangat dikalangan sukarelawan kami, mencetus perubahan dengan idea yang bernas dan juga pembangunan kepada belia di Malaysia sehingga ke pentas antarabangsa.

Terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan yang sentiasa dikenang.

Address

Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Humanitarian Movement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Humanitarian Movement:

Featured

Share