Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Sg Besi KL

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Sg Besi KL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Sg Besi KL, Lot 197 Jalan 9/141, Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

JAMUAN HARI RAYA PSSCM KELAS LATIHAN SG BESI 2026Raya dah habis, kuih pun ada yang tinggal serpihan je… tapi semangat Ai...
24/04/2026

JAMUAN HARI RAYA PSSCM KELAS LATIHAN SG BESI 2026

Raya dah habis, kuih pun ada yang tinggal serpihan je… tapi semangat Aidilfitri dalam Kelas Latihan KLSB masih lagi membara 🔥😆

Pada 21 April lepas, kita sempat berkumpul dalam Jamuan Hari Raya Kelas Latihan KLSB, penuh dengan gelak tawa, usik mengusik, makan tak ingat dunia, dan yang paling penting, ukhuwah yang makin erat 🤝✨

Pergi ke pekan membeli ketupat,
Singgah sebentar membeli lemang,
Raya mungkin sudah tamat,
Tapi kenangan tetap terpandang ❤️

Terima kasih kepada semua yang hadir, sama ada sebagai tetamu mahupun yang bertugas.
Semoga silaturahim ini terus subur dan KLSB terus maju dengan semangat kekeluargaan yang utuh 💪🌙

Kelas Tunas dan Remaja PSSCM Sg Besi Silat Cekak tersangatlah mudahbagi mereka yang mendapat hidayahsungguhpun begitu he...
24/04/2026

Kelas Tunas dan Remaja PSSCM Sg Besi

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Ayuh sertai kami, kelas diadakan pada hari selasa malam.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi

Azrul : 017-553 8057
Hafsah : 017-662 1623

23/04/2026

Antara aksi pelajar kelas tunas PSSCM Kelas Latihan Sg Besi

Ayuh sertai kami!!!

21/04/2026

Kelas Tunas dan Remaja PSSCM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Guru Utama, Presiden dan ahli-ahli PSSCM 🌙✨Memang meriah! Sebahagian ahli-a...
12/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Guru Utama, Presiden dan ahli-ahli PSSCM 🌙✨

Memang meriah! Sebahagian ahli-ahli Kelas Latihan Sungai Besi turut hadir, ada yang datang sebagai tetamu, ada juga yang bertugas. Semua sama-sama memeriahkan suasana 🤝

Gelak tawa, senyuman dan kebersamaan jelas terasa sepanjang majlis berlangsung 😊

Semoga ikatan silaturahim ini terus kekal erat dan semoga PSSCM terus maju ke hadapan 💪

10/04/2026
Sekitar persiapan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Guru Utama dan Presiden serta ahli-ahli PSSCM bagi tahun ...
10/04/2026

Sekitar persiapan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Guru Utama dan Presiden serta ahli-ahli PSSCM bagi tahun 2026 🌙✨

Majlis ini akan diadakan pada: 📅 11 April 2026

Semua ahli dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita 🤝

Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Bukan sekadar latihan… ini pembentukan jati diri 💪Setiap langkah, setiap gerakan, setiap buah silat yang dipelajari semu...
10/04/2026

Bukan sekadar latihan… ini pembentukan jati diri 💪

Setiap langkah, setiap gerakan, setiap buah silat yang dipelajari semuanya menuntut fokus, disiplin dan semangat yang tinggi.

📅 Latihan diadakan setiap: Isnin & Selasa

Anak pendekar turun ke gelanggang,
Langkah disusun penuh beradat,
Silat Cekak warisan gemilang,
Ilmu dipelihara penuh amanat.

Jom join kami sekarang.

02/04/2026

Ayuh semarakkan seni bangsa melayu

Kelas latihan Silat Cekak Malaysia di Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi masih berjalan seperti biasa 💪Sedikit demi sedikit, ...
01/04/2026

Kelas latihan Silat Cekak Malaysia di Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi masih berjalan seperti biasa 💪

Sedikit demi sedikit, kita belajar, kita perbaiki, dan kita kuatkan diri — bukan saja fizikal, tapi juga disiplin dan keyakinan.

Kalau anda berminat nak belajar seni mempertahankan diri dalam suasana yang santai tapi berdisiplin, jom sertai kami 🙌

Tak perlu pengalaman, yang penting ada minat!
📩 PM kami untuk info lanjut
Azrul: +60 17-553 8057
Hafsah: +60 17-662 1623

Jemari tak dapat berjabat,Raga tak dapat bertatap.Seiring beduk yang bergema,Seruan takbir yang berkumandang,Kuatur sala...
22/03/2026

Jemari tak dapat berjabat,
Raga tak dapat bertatap.

Seiring beduk yang bergema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kuatur salam menyambut lebaran.

Mohon Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada ahli-ahli PSSCM Kelas Latihan Sg Besi ✨

Salam Israk Mikraj 2026|1447HTelah diadakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj Peringkat Kebangsaan Persatuan Seni Silat Cek...
16/01/2026

Salam Israk Mikraj 2026|1447H

Telah diadakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj Peringkat Kebangsaan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) secara bersemuka dan di dalam talian.

Majlis ini disertai oleh seluruh ahli PSSCM di seluruh negeri bagi memperingati peristiwa agung perjalanan Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT sebagai anugerah & mukjizat.

Ceramah disampaikan oleh YBhg Baba Rusli bin Jamaudin, Mudir Madrasah Ad-Dirasah Ad-Diniah As-Salamiah.

Semoga hari ini menjadi titik permulaan untuk kita menjadi hambaNya yang lebih baik dan bertakwa.



Address

Lot 197 Jalan 9/141, Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi
Kuala Lumpur
57100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Sg Besi KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share