GPMS Caw. Khas KUPTM Kuala Lumpur

GPMS Caw. Khas KUPTM Kuala Lumpur GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG CAWANGAN KHAS KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR

GPMS KPTMKL telah banyak menyumbangkan khidmat baktinya kepada agama, bangsa dan Negara melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan, kebudayaan dan kepimpinan. Keseluruhan program yang dijalankan dipadankan dengan asas penubuhan GPMS iaitu untuk memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan. Di samping itu, GPMS KPTMKL memperjuangkan serta membantu mereka yang kurang berkema

mpuan serta mendedahkan para pelajar akan pentingnya konsep kerjasama, muafakat dan keprihatinan kepada masyarakat sekeliling. Hal ini bertujuan untuk membentuk generasi pelajar yang bukan sahaja mantap dari segi akademiknya, malahan padat dengan keprihatinannya kepada masyarakat juga tinggi tahap kepimpinannya. Berbekalkan pemahaman dan penghayatan yang mantap mengenai 4 SEDAR dan juga motto BELAJAR TERUS BELAJAR yang tersemat utuh di dalam jiwa setiap insan bergelar mahasiswa Melayu, GPMS KPTMKL diharap akan dapat terus melahirkan bakat-bakat kepimpinan Melayu Islam, cerdik-pandai Melayu dan seterusnya menjulang nama Melayu itu di mata dunia.

Address

Kolej University Poly Tech MARA, Cheras
Kuala Lumpur
56100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPMS Caw. Khas KUPTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GPMS Caw. Khas KUPTM Kuala Lumpur:

Featured

Share