PUSPANITA.MinDef

PUSPANITA.MinDef Visi
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif

Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA

Motto
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan.



PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya. 🪷
31/05/2026

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya. 🪷


🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban, tetapi juga lambang ketaatan, keikhlasan dan pe...
27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban, tetapi juga lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan yang agung dalam sejarah Islam. Peristiwa ini mengimbau kembali kisah penuh hikmah antara Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail, apabila Nabi Ibrahim menerima perintah daripada Allah SWT untuk mengorbankan anak yang amat disayanginya sebagai tanda kepatuhan kepada-Nya.

Dengan penuh reda dan keimanan, Nabi Ismail juga menerima perintah tersebut tanpa ragu-ragu. Namun, atas rahmat dan kasih sayang Allah SWT, pengorbanan itu digantikan dengan seekor kibas. Dari peristiwa inilah lahirnya ibadah korban yang terus diamalkan oleh umat Islam sehingga hari ini sebagai simbol keikhlasan dan pengabdian kepada Allah SWT.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.

✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨
Semoga segala pengorbanan dan amal ibadah kita diterima serta diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan.




26 Mei 2026 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1447 merupakan Hari Arafah. Bagi seluruh umat Islam di Malaysia (di luar Makkah...
26/05/2026

26 Mei 2026 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1447 merupakan Hari Arafah. Bagi seluruh umat Islam di Malaysia (di luar Makkah), waktu berdoa adalah sepanjang hari (bermula terbit fajar 9 Zulhijjah sehingga terbenam matahari).

Berdasarkan pandangan muktabar, umat Islam yang tidak menunaikan haji digalakkan berpuasa dan berdoa mengikut waktu tempatan masing-masing. Sebaik-baiknya, manfaatkan Hari Arafah ini dengan memperbanyakkan doa kerana ia adalah waktu yang paling mustajab.

Semoga segala amalan kita diterima dan diredhai Allah. Ayuh sebarkan kebaikkan ini kepada semua orang. 🤲🏼



20-22 Mei 2026 - Telah berlangsung Jualan PUSPANITA selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Foyer,...
22/05/2026

20-22 Mei 2026 - Telah berlangsung Jualan PUSPANITA selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Foyer, Wisma Pertahanan. Program jualan ini diadakan untuk memberikan peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana bagi menambahkan pendapatan di samping memberi pilihan kepelbagaian jualan kepada warga Kementerian Pertahanan.

Pelbagai jualan disediakan antaranya kuih muih, pakaian dan aksesori, jualan kerepek, air dan makanan serta pelbagai lagi. Jualan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Wisma Pertahanan dan program seperti ini diharapkan dapat dibuat secara berkala.

Terima kasih kepada Biro Ekonomi dan Usahawan di atas penganjuran program ini dan semua yang terlibat dalam menjayakan jualan ini.

Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia. Andalah suri dan permata buat keluarga. 🩷
10/05/2026

Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia. Andalah suri dan permata buat keluarga. 🩷

PUSPANITA MINDEF mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan dan ekon...
01/05/2026

PUSPANITA MINDEF mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan dan ekonomi negara. Terima kasih atas komitmen dan dedikasi serta teruskan usaha yang cemerlang demi masa depan yang gemilang!
“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa”


28 April 2026 - PUSPANITA MINDEF tidak melepaskan peluang untuk menyertai Seminar Kecergasan PUSPANITA Tahun 2026 yang d...
28/04/2026

28 April 2026 - PUSPANITA MINDEF tidak melepaskan peluang untuk menyertai Seminar Kecergasan PUSPANITA Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Puspanita Kebangsaan bertempat di Dewan De’Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.

Program ini menampilkan barisan penceramah yang terkemuka dalam bidang sukan seperti YBhg Datuk Marina Chin, YM Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden dan Puan Wan Norafzan Wan Mahadi. Program ini mengetengahkan perkongsian berkenaan gaya hidup sihat, pemakaian dan nutrisi serta senaman harian. Program seperti ini merupakan satu usaha untuk menyebarluas tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam rutin harian dan pemakanan bagi mengelakkan risiko penyakit pada masa akan datang.

Strong Women, Strong Lives 💜


24 April 2026 - Sambutan Hari Wanita Tentera Darat telah berjaya dianjurkan di Foyer Wisma Pertahanan melalui kolaborasi...
25/04/2026

24 April 2026 - Sambutan Hari Wanita Tentera Darat telah berjaya dianjurkan di Foyer Wisma Pertahanan melalui kolaborasi strategik antara Wanita Tentera Darat dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) MINDEF. Program ini diadakan sebagai platform penghargaan terhadap peranan dan sumbangan wanita dalam perkhidmatan pertahanan negara serta memperkukuhkan kesejahteraan warga kerja Kementerian Pertahanan.

Pelaksanaan program ini menampilkan pelbagai aktiviti bermanfaat yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kementerian, anggota tentera serta kakitangan awam. Antara pengisian utama ialah Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara yang bertujuan membantu menambah bekalan darah negara di samping memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah sebagai amalan kebajikan.

Selain itu, turut diadakan jualan barangan preloved, gerai makanan, jualan aksesori serta pelbagai produk usahawan wanita yang memberi peluang kepada komuniti untuk menyokong aktiviti keusahawanan dan ekonomi komuniti. Program ini turut diserikan dengan jualan PERNAMA yang menawarkan pelbagai keperluan harian kepada warga pertahanan pada harga berpatutan.

Bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan, pengunjung turut berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan asas termasuk pemeriksaan tekanan darah, saringan kesihatan serta pemeriksaan pergigian oleh petugas kesihatan yang terlibat. Di samping itu, pameran pendidikan turut diadakan bagi memberi maklumat berkaitan kesihatan, kesejahteraan keluarga serta pembangunan diri.

24 April 2026 - PUSPANITA MINDEF telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan bacaan tahlil Kementerian Pertahanan bertemp...
25/04/2026

24 April 2026 - PUSPANITA MINDEF telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan bacaan tahlil Kementerian Pertahanan bertempat di Surau Al-Hidayah, Wisma Pertahanan. Majlis ini dihadiri lebih kurang 100 orang warga Kementerian Pertahanan dan majlis bacaan yasin ini dipimpin oleh Ustaz Haslizam bin Omar. Program ini merupakan satu pengisian rohani sebagai usaha untuk memperkukuh nilai-nilai murni, meningkatkan kesejahteraan emosi, serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan diberkati.

Address

Rumah Puspanita MinDef, Jalan Kubu, Kem KEMENTAH
Kuala Lumpur
50634KUALALUMPUR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA.MinDef posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share