08/10/2026
BELANJAWAN 2027: TIADA KANAK-KANAK TERCICIR.
Menjelang pembentangan Belanjawan 2027, Buku Jalanan Chow Kit menggariskan 18 bidang keutamaan bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mendapat akses yang adil kepada pendidikan, kesihatan, pemakanan, perlindungan sosial dan dokumentasi.
Pengalaman kami bersama komuniti terpinggir menunjukkan bahawa masih ramai kanak-kanak berdepan halangan untuk mendapatkan keperluan asas, khususnya akibat kemiskinan dan status dokumentasi.
Kami menyeru agar Belanjawan 2027 lebih inklusif dan mengambil kira keperluan semua kanak-kanak, tanpa mengira kewarganegaraan atau latar belakang.
Pelaburan terhadap kanak-kanak ialah pelaburan untuk masa depan Malaysia.
Tiada kanak-kanak tercicir.