20/08/2026
Penyerahan lengkap uniform Taekwondo kepada semua ahli Kelab Taekwondo MBPK, SMPKV Shah Alam dan SKPK Selangor (Masalah Pendengaran) merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasakan pembangunan sukan taekwondo dalam kalangan pelajar.
Program ini bukan sahaja memberikan kemudahan latihan yang lebih teratur dan profesional, malah dapat meningkatkan semangat, disiplin serta keyakinan diri para atlet pekak muda untuk terus aktif dalam sukan tersebut.
Majlis penyerahan uniform ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Malaysian Deaf Sports Association (MSDeaf), En. Kamarzaman Harun, yang menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada para pelajar.
Komitmen berterusan MSDeaf dalam menyokong pembangunan bakat sukan golongan orang kurang upaya pendengaran serta memastikan mereka memperoleh peluang yang sama untuk maju dan cemerlang dalam arena sukan.
Kejayaan pelaksanaan program ini turut hasil daripada usaha gigih dan dedikasi Master Kannan Kathereson, selaku Ketua Jurulatih Taekwondo. Komitmen beliau dalam membangunkan atlet, menyediakan latihan berkualiti serta memperjuangkan kebajikan para pelajar telah menjadi pemangkin kepada kemajuan Kelab Taekwondo MBPK, SMPKV Shah Alam dan SKPK Selangor.
Inisiatif ini diharapkan dapat terus menyemarakkan minat pelajar terhadap sukan taekwondo serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili negeri dan negara pada masa hadapan.
# MalaysiaMadani # OKU