MAYC Channel

Call Directions Contact the organization

MAYC Channel MAYC Channel adalah saluran media sosial rasmi MAYC Kebangsaan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍Semoga sambutan Maulidur Rasul ...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali perjuangan, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai panduan dalam membentuk generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.

Semoga kita semua terus memperbanyakkan selawat dan meneladani sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada MAYC Kebangsaan.



Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.Semoga Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihat...
10/08/2026

Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam memimpin Malaysia menuju sebuah negara yang lebih MADANI, progresif, makmur dan sejahtera.

MAYC Kebangsaan akan terus mendukung aspirasi pembangunan belia yang inklusif, berdaya saing dan berintegriti, selaras dengan usaha membina generasi muda yang berkualiti serta menjadi peneraju masa depan negara.

Semoga terus diberi kekuatan untuk memimpin Malaysia. 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Presiden, Pengurusan Tertinggi, Exco Kebangsaan, Pengerusi-Pengerusi Negeri & Ahli MAYC Seluruh Negara



TAHNIAH YB MOHAMMAD QAYYUM!Keluarga besar MAYC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Mohammad Qayyum, Timbalan Pr...
01/08/2026

TAHNIAH YB MOHAMMAD QAYYUM!

Keluarga besar MAYC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Mohammad Qayyum, Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan, atas kemenangan di DUN N.17 Senaling. Selamat Berkhidmat!

Terima kasih & syabas juga kepada seluruh pengundi, khususnya anak muda Negeri Sembilan yang telah menunaikan tanggungjawab serta memberikan kepercayaan kepada kepimpinan generasi muda.

Semoga amanah ini dilaksanakan dengan penuh integriti juga komitmen demi kesejahteraan bersama.




Bersama Melangkah, Kita Kuatkan MAYC.Ahli MAYC dari seluruh negara turun padang memberikan sokongan dan membantu gerak k...
01/08/2026

Bersama Melangkah, Kita Kuatkan MAYC.

Ahli MAYC dari seluruh negara turun padang memberikan sokongan dan membantu gerak kerja kempen Calon Barisan Nasional N17 Senaling dan Calon Bersatu N05 Serting.

MAYC bukan sekadar tentang sukarelawan, tetapi tentang membina sebuah MAYC yang lebih kukuh, progresif dan terus menjadi wadah terbaik buat belia Malaysia.

Terima kasih kepada semua jentera yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan komitmen. Semoga segala usaha yang dicurahkan dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik.



Selamat mengundi kepada seluruh anak muda Negeri Sembilan!Tunaikan tanggungjawab anda dengan bijak, matang dan penuh kes...
01/08/2026

Selamat mengundi kepada seluruh anak muda Negeri Sembilan!

Tunaikan tanggungjawab anda dengan bijak, matang dan penuh kesedaran demi masa depan negeri yang lebih baik.

Semoga maju jaya kepada semua calon yang bertanding, khususnya calon daripada kalangan belia yang tampil membawa suara, aspirasi dan harapan generasi muda.

Undi anda, suara anda, masa depan kita.



Presiden MAYC Kebangsaan turun membantu kempen Calon Bersatu N05 Serting Saudara Affendy Salleh dalam PRN Negeri Sembila...
30/07/2026

Presiden MAYC Kebangsaan turun membantu kempen Calon Bersatu N05 Serting Saudara Affendy Salleh dalam PRN Negeri Sembilan.

Calon adalah pemimpin yang lahir dari kilang belia, beliau merupakan Pengerusi MAYC Kawasan Jempol.

Buat pengundi N05 berilah peluang dan kepercayaan untuk memilih pemimpin dari belia.



Presiden MAYC Kebangsaan bersama lebih 2,000 orang belia menghadiri sesi Temu Anwar peringkat Negeri Sembilan.Dalam sesi...
30/07/2026

Presiden MAYC Kebangsaan bersama lebih 2,000 orang belia menghadiri sesi Temu Anwar peringkat Negeri Sembilan.

Dalam sesi tersebut pelbagai inisiatif telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan dalam masa sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum pandangan dan idea dari para belia yg hadir ketika sesi soal jawab.

Turut bersama dalam sesi tersebut Sdr Mohd Izzat Afifi Bin Abd Hamid Presiden Majlis Belia Malaysia.



Presiden MAYC Kebangsaan telah hadir mendengar Pidato Anak Muda Harapan Negara.Panel terdiri daripada Menteri Hal Ehwal ...
30/07/2026

Presiden MAYC Kebangsaan telah hadir mendengar Pidato Anak Muda Harapan Negara.

Panel terdiri daripada Menteri Hal Ehwal Agama, Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Setiausa Politik Menteri Kewangan dan dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia.



Dari kilang belia lahirnya pemimpin masa depan. Presiden Majlis Belia Malaysia Sdr Mohd Izzat Afifi Bin Abd Hamid dan Pr...
29/07/2026

Dari kilang belia lahirnya pemimpin masa depan. Presiden Majlis Belia Malaysia Sdr Mohd Izzat Afifi Bin Abd Hamid dan Presiden MAYC Kebangsaan turun bersama dalam kempen calon Barisan Nasional N17 Senaling.

Belia sentiasa menjadi nadi perubahan. Sdr Muhammad Qayyum teruskan berbakti, berkhidmat dan membina masa depan yang lebih baik untuk Senaling.



Presiden MAYC Kebangsaan menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan AJK Alumni MBM Negeri Sembilan Bersama YB Datu...
29/07/2026

Presiden MAYC Kebangsaan menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan AJK Alumni MBM Negeri Sembilan Bersama YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Nasarah.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Muhammad Qayyum Bin Abd Jalil, Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan kerana dipilih sebagai Calon Barisan Nasional N17 Senaling.

Moga diberi kemenangan.



Address

A-1110, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60322746260

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAYC Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAYC Channel:

Shortcuts

Sponsored

Share