PENGKAJI didaftarkan pada tahun 1996 sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia di Wilayah Persekutuan dengan No Pendaftaran 2533/96. Tujuannya ialah sebagai tapak memperkembangkan ilmu dan sejarah Islam secara professional bagi peringkat Asia Tenggara serta berfungsi sebagai “ Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu “. PENGKAJI telah berkerj
asama dengan penerbit Khazanah Fathaniyah untuk mengadakan siri jualan dan pameran koleksi karya-karya Ulama Dunia Melayu Nusantara. Jualan dan pameran tersebut telah berjalan lebih dari 300 kali dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan seperti Jabatan M***i, Jabatan Agama, Kementerian, NGO Islam, universiti dalam dan luar negara. PENGKAJI juga ada menerima undangan dari pihak masjid dan surau seluruh Malaysia, dalam dan luar negeri termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei Darussalam, Singapura, Kemboja, Fathani Darussalam, Pekan Baru, Tanjung Pinang, Riau, Aceh Darussalam, Banjar Masin, Kalimantan dan banyak lagi untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat betapa pentingnya peranan Ulama silam dalam pembentukan tamadun Islam umat Melayu Nusantara.