IKRAM Kuala Lumpur

IKRAM Kuala Lumpur Pertubuhan IKRAM Malaysia Kuala Lumpur

KARNIVAL KITA ANAK MALAYSIA DIBATALKANPihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua yang telah merancang untuk hadir k...
18/09/2026

KARNIVAL KITA ANAK MALAYSIA DIBATALKAN

Pihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua yang telah merancang untuk hadir ke Karnival Kita Anak Malaysia pada 26 September ini.

Setelah mengambil kira keadaan jerebu yang semakin teruk serta faktor keselamatan dan kesihatan semua pihak, kami terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan karnival yang telah dirancang.

Keputusan ini bukan mudah, apatah lagi setelah pelbagai persiapan dibuat. Namun, keselamatan peserta, pengunjung, sukarelawan dan semua yang terlibat perlu menjadi keutamaan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang timbul. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman semua.

Semoga kita dapat bertemu lagi dalam kesempatan yang lebih baik.

Karnival Kita Anak Malaysia
Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati BersamaHari Malaysia mengin...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati Bersama

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang erti perpaduan, kebersamaan dan semangat membina negara yang sejahtera.

Marilah kita terus menyemai kasih sayang, menghormati kepelbagaian dan memperkukuh ukhuwah demi Malaysia yang aman, harmoni dan diberkati.

Semoga Malaysia terus maju dengan nilai kemanusiaan, keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Daripada:
Haji Md Yusof Md Din
Yang Dipertua
IKRAM Kuala Lumpur

bersama-sama Barisan Jawatankuasa
IKRAM Kuala Lumpur

πŸ‡²πŸ‡Ύ

KUNJUNG HORMAT IKRAM KUALA LUMPUR KE LPPKN WILAYAH PERSEKUTUANPada Isnin, 14 September 2026, IKRAM Kuala Lumpur berkesem...
15/09/2026

KUNJUNG HORMAT IKRAM KUALA LUMPUR KE LPPKN WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada Isnin, 14 September 2026, IKRAM Kuala Lumpur berkesempatan mengadakan Kunjung Hormat ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 8 orang mewakili Jawatankuasa IKRAM Kuala Lumpur, Jawatankuasa Wanita IKRAM Kuala Lumpur dan Jawatankuasa IKRAM Muda, yang diketuai oleh YDPN IKRAM Kuala Lumpur, Tn. Hj. Md. Yusof Md. Din, hadir untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membentangkan cadangan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sesi perkongsian daripada pihak LPPKN amat informatif dan memberikan input yang sangat bermakna kepada IKRAM, khususnya dalam memahami keperluan serta pendekatan pembangunan keluarga dan masyarakat.

Yang menariknya, rombongan IKRAM Kuala Lumpur turut dijemput mengunjungi Cafe Teens, sebuah ruang yang disediakan LPPKN untuk anak-anak remaja menjalankan pelbagai aktiviti, berinteraksi dan mengisi masa dengan kegiatan yang bermanfaat. Inisiatif ini memberikan gambaran yang menarik tentang usaha menyediakan ruang yang positif dan kondusif untuk pembangunan golongan remaja.

LPPKN bukanlah satu nama yang asing buat IKRAM. Telah wujud beberapa bentuk jalinan dan kerjasama antara pihak LPPKN dengan IKRAM, sama ada di peringkat IKRAM Pusat mahupun negeri. Kunjung hormat ini menjadi ruang untuk mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin serta meneroka peluang kerjasama strategik, khususnya dalam agenda pembangunan keluarga dan kesejahteraan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Zuhrah Tan Sri Musa, Pengarah LPPKN Wilayah Persekutuan, Puan Khuzailah binti Affandi, Penolong Pengarah Kanan Unit Penerangan dan Pendidikan, Puan Saidah Alawiyah binti Abdul Rahim, Penolong Pengarah Unit Kaunseling, serta seluruh pegawai LPPKN WPKL atas sambutan, perkongsian dan layanan yang sangat baik.

Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh dan membuka lebih banyak ruang kolaborasi demi kesejahteraan keluarga, pembangunan masyarakat dan pembinaan generasi yang berkualiti.

Malaysia kita, kita yang meriahkan!Bukan sekadar karnival tapi ruang untuk kita berkumpul, kenal-mengenal dan meraikan w...
09/09/2026

Malaysia kita, kita yang meriahkan!

Bukan sekadar karnival tapi ruang untuk kita berkumpul, kenal-mengenal dan meraikan warna-warni Malaysia dalam satu suasana yang meriah.

πŸŽͺ Karnival Kita Anak Malaysia
πŸ“ Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras
πŸ“… 26 September 2026 | Sabtu
⏰ 7.00 pagi - 2.00 petang

Ajak family, kawan-kawan dan jiran tetangga. Kita jumpa di sana!πŸ‡²πŸ‡Ύ

Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka

Untuk maklumat lanjutπŸ‘‡πŸ»
https://www.instagram.com/p/DdBoLUXJi-L/?stkn=YmhlOWxvNTB4YWtn

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang bertemakan "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", IKRAM Kuala Lumpur men...
31/08/2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang bertemakan "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", IKRAM Kuala Lumpur mengajak seluruh rakyat menghayati makna kemerdekaan sejati.

Kesejahteraan negara yang hakiki hanya dapat dicapai apabila kemakmuran dan keadilan dirasai bersama oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Bagi merealisasikan hasrat ini, IKRAM Kuala Lumpur terus komited mendokong aspirasi negara melalui agenda pembinaan Negara Rahmah.

Usaha ini diperkukuh menerusi pembudayaan tadbir urus yang adil, pemantapan keharmonian sosial berasaskan kasih sayang, pembelaan kebajikan golongan memerlukan, serta penyediaan peluang ekonomi yang saksama demi kesejahteraan semua warga.

Selamat Hari Kebangsaan 2026, semoga kebebasan yang kita kecapi hari ini terus memacu negara ke arah masa depan yang lebih makmur dan dirahmati.

Ucapan tulus ikhlas daripada
Haji Md Yusof Md Din,
Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur

bersama Barisan Jawatankuasa IKRAM Kuala Lumpur.

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™12 Rabiulawal 1448Hβ€œDan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi...
25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™
12 Rabiulawal 1448H

β€œDan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
β€” Surah al-Anbiya’: 107

Rasulullah ο·Ί diutus membawa rahmat, kasih sayang dan petunjuk buat seluruh alam. Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita kembali menghayati sirah dan akhlak Baginda, serta berusaha meneladani sunnahnya dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί bukan sekadar pada ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amal dan usaha menyebarkan rahmat kepada semua.

🀍 Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΨΉΩ„Ω‰ Ω†Ψ¨ΩŠΩ†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

Salam Maulidur Rasul daripada
Yang Dipertua & Barisan Jawatankuasa IKRAM Kuala Lumpur

🀝 Memperkukuh Jaringan Strategik Dakwah Bersama JAWI6 Ogos 2026 | Dewan Hadhari, JAWIAlhamdulillah, IKRAM KL telah menye...
22/08/2026

🀝 Memperkukuh Jaringan Strategik Dakwah Bersama JAWI

6 Ogos 2026 | Dewan Hadhari, JAWI

Alhamdulillah, IKRAM KL telah menyertai Mesyuarat Siri 1 Bersama Rakan Strategik Dakwah (NGO Islam) di Wilayah Persekutuan anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Delegasi IKRAM KL diketuai oleh YDP Negeri IKRAM KL, bersama Ketua Wanita, Ketua Agenda Negeri dan Advokasi, Ketua IKRAM Muda serta Pegawai Pejabat YDP Negeri.

Dalam pertemuan ini, IKRAM KL berkongsi mengenai gerak kerja dan program-program yang berpotensi untuk dikolaborasikan bersama JAWI. Turut disampaikan jemputan kepada pihak JAWI dan rakan-rakan NGO untuk hadir ke Karnival KAMI 2026 pada 26 September 2026, yang mana IKRAM KL merupakan salah satu Jawatankuasa Pelaksana.

Semoga pertemuan ini terus membuka ruang sinergi dan kerjasama dalam memperkukuh usaha dakwah serta kemaslahatan masyarakat.

Insya-Allah. 🌱

22/08/2026

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

*_Assalamualaikum w.b.t.*_

🌿_Pergi ke taman memetik selasih,_
_Selasih harum di tepi perigi;_
_Marilah hadir menambah kasih,_
_Kepada Rasul junjungan hati._❀️

🌹 *TADABBUR SIRAHﷺ*🌹

πŸŽ™οΈ Bersama:
*Ustazah Sallawahiu binti Mohd Salleh*

πŸ“… *Ahad, 23 Ogos 2026*
⏰ *9.30 – 11.30 pagi*
πŸ“ *Pejabat IKRAM Kuala Lumpur*

Jom kita luangkan masa seketika untuk menyuburkan cinta kepada Rasulullah ο·Ί, menambah ilmu dan mengeratkan ukhuwah.

✨ Semoga pertemuan kecil ini menjadi asbab bertambahnya cinta kita kepada Baginda ﷺ.

*Jemput hadir bersama-sama ya! 🀍*
Insya-Allah, jumpa Ahad nanti! 🌷

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»*Jom Daftar*πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://forms.gle/yiwNpQFgAC1CwCVM7

Salam Aidiladha 1447H πŸ€β€œAllahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd.”Semoga Aidiladha kali ini menambahkan...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🀍

β€œAllahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd.”

Semoga Aidiladha kali ini menambahkan iman, ketakwaan dan jiwa pengorbanan dalam diri kita semua.

Ikhlas daripada
IKRAM Kuala Lumpur

Membelah arus kota, mendakap resah dan cita anak muda.Memperkenalkan, penggalas usaha IKRAM Muda Kuala Lumpur. Berdiri d...
19/05/2026

Membelah arus kota, mendakap resah dan cita anak muda.

Memperkenalkan, penggalas usaha IKRAM Muda Kuala Lumpur. Berdiri dan terdiri bukan sekadar untuk memimpin, tetapi untuk mendengar, membela dan menggembleng potensi anak kota, bersama utuhnya tautan saf di setiap kawasan seluruh KL.

Dari kota kita bermula, bersama anak muda kita membina πŸ”–

Address

B-1, 3, Jalan Setiawangsa 11
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Kuala Lumpur:

Shortcuts

Featured

Share