PMAPP UM

Directions Website Contact the organization

PMAPP UM Laman Rasmi Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya
(PMAPP UM) Laman Rasmi Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM)

SELAMAT DATANG, PELAJAR BAHARU UNIVERSITI MALAYA!Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Univer...
27/09/2026

SELAMAT DATANG, PELAJAR BAHARU UNIVERSITI MALAYA!

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Universiti Malaya! 🎉✨

Selamat melangkah ke fasa baharu sebagai warga Universiti Malaya. Semoga perjalanan sepanjang berada di UM dipenuhi dengan pengalaman bermakna, kenangan indah, sahabat baharu serta kejayaan dalam akademik dan kehidupan kampus.

Kepada anak-anak Pulau Pinang yang baru melangkah ke UM, jangan lupa bahawa PMAPP UM sentiasa terbuka untuk menjadi ruang untuk kita saling mengenali, berkongsi informasi dan bersama-sama membina komuniti anak Pulau Pinang di UM.

📲 Scan QR code di poster untuk menyertai group WhatsApp PMAPP UM 2026/2027!

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita🔵⚪🟡



ANAK PENANG + BELAJAQ KAT  UM?GROUP NI UNTUK HAMPA Nak tahu info bantuan, peluang & program khas untuk anak-anak Pulau P...
20/09/2026

ANAK PENANG + BELAJAQ KAT UM?

GROUP NI UNTUK HAMPA

Nak tahu info bantuan, peluang & program khas untuk anak-anak Pulau Pinang?

Mai masuk group sekarang !📲

https://forms.gle/ivmZdwDx9g555tnP6

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita🔵⚪🟡



Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63 🇲🇾Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) ingin menguca...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63 🇲🇾

Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, menghargai kepelbagaian serta memupuk semangat saling menghormati demi membina sebuah Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Sebagai mahasiswa, marilah kita terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemajuan dan masa depan negara.

Berbeza latar, satu jiwa, satu Malaysia.

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita🔵⚪🟡



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69✨🇲🇾Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) ingin meng...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69✨🇲🇾

Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat. Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian terus subur dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
🇲🇾 Malaysia Madani, Jiwa Merdeka.

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita🔵⚪🟡





📌 Recap Mesyuarat Pengerusi Siswa Pulau Pinang IPT (Bil. 3)Pada 25 Ogos 2026, Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Univ...
26/08/2026

📌 Recap Mesyuarat Pengerusi Siswa Pulau Pinang IPT (Bil. 3)

Pada 25 Ogos 2026, Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) telah menghantar wakil untuk menghadiri Mesyuarat Pengerusi Siswa Pulau Pinang IPT (Bil. 3).

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menghimpunkan barisan kepimpinan mahasiswa Pulau Pinang daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk bertukar pandangan, membincangkan isu berkaitan mahasiswa serta memperkukuh jaringan kerjasama antara persatuan mahasiswa.

Penyertaan PMAPP UM dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen persatuan untuk terus mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan dan inisiatif yang memberi manfaat kepada mahasiswa Pulau Pinang, di samping memperluas jaringan kolaborasi antara kepimpinan mahasiswa IPT.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh dan membuka lebih banyak ruang kepada usaha bersama demi kebajikan serta pembangunan mahasiswa Pulau Pinang.

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita🔵⚪🟡




🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul  🌙Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) ingin mengucapka...
24/08/2026

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 🌙

Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui penghayatan sunnah serta akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk meneladani sifat amanah, sabar, kasih sayang dan rendah hati yang telah dicontohkan oleh Baginda.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita 🔵⚪🟡



🌴✨ SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER✨🌴Selamat menjalani cuti semester kepada seluruh warga Persatuan Mahasiswa Anak Pulau ...
15/07/2026

🌴✨ SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER✨🌴

Selamat menjalani cuti semester kepada seluruh warga Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang (PMAPP) Universiti Malaya.

Semoga cuti ini menjadi ruang untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang, serta mengembalikan semangat dan tenaga sebelum memulakan semester yang baharu.

Gunakan masa ini dengan sebaiknya untuk terus berkembang, menjaga kesihatan, dan mencipta kenangan yang bermakna. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga kita bertemu kembali dengan azam serta semangat yang lebih utuh.

Selamat bercuti dan jaga diri! 🤍

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita 🔵⚪🟡



SEMPENA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANGMerafak sembah dengan penuh takzim serta set...
11/07/2026

SEMPENA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Merafak sembah dengan penuh takzim serta setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-84 Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan, kesihatan yang berpanjangan dan kekuatan kepada Tuan Yang Terutama dalam meneruskan amanah memayungi negeri Pulau Pinang dengan penuh kebijaksanaan, kewibawaan dan keadilan.

Daulat Tuanku. Allah Lanjutkan Usia Tuan Yang Terutama.

🏛️✨ HARI BANDAR WARISAN DUNIA GEORGE TOWN✨🏛️Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town.Tarikh ini mempering...
07/07/2026

🏛️✨ HARI BANDAR WARISAN DUNIA GEORGE TOWN✨🏛️

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town.

Tarikh ini memperingati pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus mengangkat nilai sejarah, seni bina, budaya, dan keharmonian masyarakat yang menjadi identiti Pulau Pinang.

Marilah kita bersama-sama menghargai serta memelihara warisan yang telah diwariskan agar terus kekal lestari dan menjadi kebanggaan negeri serta negara untuk generasi akan datang.

Warisan Dipelihara, Identiti Terpelihara.

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita 🔵⚪🟡




📚✨ FINAL EXAMINATION SEMESTER 2✨📚Selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 2 kepada seluruh warga Persatuan Mahasiswa...
29/06/2026

📚✨ FINAL EXAMINATION SEMESTER 2✨📚

Selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 2 kepada seluruh warga Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang (PMAPP) Universiti Malaya.

Semoga segala usaha, persediaan, dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang semester ini membuahkan hasil yang terbaik. Hadapilah setiap kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan, tenang, dan percaya pada kemampuan diri sendiri.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kelancaran menjawab soalan, serta memperoleh kejayaan yang cemerlang. Selamat maju jaya dan semoga berjaya! 🤍📖

Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita 🔵⚪🟡



Address

Universiti Malaya
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMAPP UM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PMAPP UM:

Shortcuts

Sponsored

Share