DACS PANDAN

Directions

DACS PANDAN Department of Art Culture & Sports Kejohanan yang terbahagi kepada empat zon iaitu zon tengah, zon utara, zon timur dan zon selatan.

Kewujudan DACS adalah untuk mendekati masyarakat, terutama sekali golongan anak-anak muda melalui pendekatan yang serasi dengan jiwa mereka iaitu kesenian, kebudayaan dan sukan. Antara program awal DACS adalah menganjur Kejohanan Futsal Kebangsaan yang mendapat penyertaan teramai dalam sejarah penganjurannya. Hasil kejayaan ini mendorong banyak organisasi lain turut menganjurnya. Bagi memenuhi selera anak muda DACS telah menubuhkan kelab Motosikal yang diberi nama ARC ( Alternative Riding Club ). ARC telah dilancarkan di Kuala Terengganu pada 31 Ogos 2007. Aktiviti pertamanya ialah konvoi 1,000 motosikal ke Sepang International Circuit (SIC) sempena “Malaysian Motocycle Grand Prix 2007”. Kepada anak-anak muda yang berminat berlumba di track & mahupun yang berminat untuk berkonvoi boleh menyertai kami sebagai AHLI ARC PANDAN hubungi :- 012-224 2088

SELAMAT BERJUANG KONTINJEN SRITI AL-JUNDI PANDAN!⚽️🏆​Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan ingin mengucapkan selamat bertandin...
08/07/2026

SELAMAT BERJUANG KONTINJEN SRITI AL-JUNDI PANDAN!⚽️🏆

​Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan ingin mengucapkan selamat bertanding dan mendoakan kejayaan buat seluruh kontinjen SRITI Al-Jundi Pandan yang akan bertanding di Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI Negeri Selangor hari ini.

​Pesanan ikhlas buat para atlet muda kita:

✨ Pamerkan semangat kesukanan yang tinggi
💪 Beraksi dengan penuh disiplin
💚 Paling utama, hiasi diri dengan akhlak yang mulia di sepanjang kejohanan

​Teruskan berjuang, buktikan kemampuan diri yang sebenar, dan bawa pulang kejayaan buat SRITI Al-Jundi! Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian.

​

Address

Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DACS PANDAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share