Pemuda PAS Batu

Directions Contact the organization

Pemuda PAS Batu Official Page : Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Sumbangan anda amat dihargai. Terima Kasih.

Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB)

Sebarang sumbangan utk membantu pergerakan DPPKB boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 14069010012488 atas nama Tetuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽAL-FATIHAH | SALAM TAKZIAHDukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Tun Dr Sit...
28/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

AL-FATIHAH | SALAM TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah kembali ke rahmatullah pada pagi 28 September 2026 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 100 tahun. Pemergian beliau telah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas kehilangan insan tersayang.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau dan maafkanlah beliau.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 - 16 September 2026Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu mengucapkan Selamat Hari Malays...
17/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 - 16 September 2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air terus diperkukuh dalam usaha membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan diberkati.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian masyarakat, memperkukuh ukhuwwah serta memainkan peranan dalam membina masa depan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

โ€œBersatu dalam kepelbagaian, bersama membina Malaysia sejahtera.โ€

Sekian, terima kasih.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU

๐ŸŒ™ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ŸŒ™๐Ÿ’š ๐๐€๐“๐” ๐๐„๐‘๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐Ÿ’šโœจ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ โœจ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)โฐ ๐Ÿ”:๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐Œ โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ:๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐Œ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐‘๐ˆ๐“...
18/08/2026

๐ŸŒ™ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ŸŒ™
๐Ÿ’š ๐๐€๐“๐” ๐๐„๐‘๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐Ÿ’š
โœจ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ โœจ

๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)
โฐ ๐Ÿ”:๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐Œ โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ:๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐Œ
๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐๐š
https://maps.app.goo.gl/NwhhBMDz12XriyAn8

๐Ÿค ๐“๐ž๐ฆ๐š : ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ก ๐Ÿค

๐ŸŒท ๐“๐š๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฒ๐š๐ก ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š akan disampaikan oleh ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐€๐ณ๐ก๐š๐ซ ๐˜๐š๐ก๐ฒ๐š

๐Ÿฑ ๐๐š๐ซ๐š ๐ฃ๐ž๐ฆ๐š๐š๐ก ๐๐ข๐š๐ฅ๐ฎ-๐š๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ฃ๐ฎ๐š๐๐š๐ก ๐›๐š๐ฐ๐š๐š๐ง (๐‘ท๐’๐’•๐’๐’–๐’„๐’Œ) ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š

โ˜˜๏ธ ๐’๐ข๐ฅ๐š ๐›๐š๐ฐ๐š ๐’๐ž๐ฃ๐š๐๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข

๐Ÿ•Œ Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis dengan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ญ, ๐™๐ข๐ค๐ข๐ซ ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐€๐–, serta menyemai rasa cinta dan meneladani sunnah Baginda. ๐€๐ฃ๐š๐ค ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š, ๐ฌ๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ & ๐ฃ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐š.

๐Ÿ“ข ๐€๐ฒ๐ฎ๐ก ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ก๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ข๐ง๐ข. Semoga menjadi asbab lebih ramai dapat hadir dan bersama-sama menghidupkan ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

InshaaAllah, jumpa anda di sana.

๐Ÿค ๐—”๐—ฌ๐—จ๐—› ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ-๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ!

Selamat maju jaya buat semua anak-anak PASTI. Semoga diberikan kecemerlangan insyaallah.
07/08/2026

Selamat maju jaya buat semua anak-anak PASTI. Semoga diberikan kecemerlangan insyaallah.

Alhamdulillah, Alam Ria PASTI Kawasan Batu kembali lagi pada tahun 2026! ๐ŸŽ‰

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Alam Ria PASTI Kawasan Batu 2026? ๐Ÿ†

Ayuh anak-anak PASTI, teruskan berusaha, berlatih dengan bersungguh-sungguh dan berikan yang terbaik.

Kepada ibu bapa, teruslah menyokong serta mencungkil bakat dan potensi anak-anak agar mereka berani menyerlah di pentas Alam Ria.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan dan pengalaman yang bermakna buat semua peserta. โค๏ธ

MELAYU RASIS? Nilaikanlah semula ketika orang melayu pertahankan bangsa cina.
27/07/2026

MELAYU RASIS?

Nilaikanlah semula ketika orang melayu pertahankan bangsa cina.

MELAYU RASIS?

Rasanya mereka yang bercakap seperti itu telah melakukan kesilapan yang besar.

Kami sendiri pernah turun pertahankan rumah dan tanah orang cina di Jinjang daripada dirampas pemaju bangsa cina sendiri.

Walaupun perkara itu tidak memberi untung kepada politik melayu kerana orang cina sangat kuat menyokong DAP yang rasis.

Tetapi agama Islam mengajar kami, menolong orang yang dizalimi walaupun ianya merugikan kami. Maka, nilailah siapa sebenarnya yang rasis?

Orang cina akan selamat dibawah kuasa orang melayu Islam.

USTAZ AZHAR YAHYA,
PJ PAS WILAYAH PERSEKUTUAN.

ZIARAH KASIH DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DI FLAT SERI KELANTANAda insan yang tidak meminta banyak. Cukup sekadar ada yang be...
23/07/2026

ZIARAH KASIH DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DI FLAT SERI KELANTAN

Ada insan yang tidak meminta banyak. Cukup sekadar ada yang bertanya khabar, mengetuk pintu rumah, mendengar cerita, dan menghulurkan sedikit bantuan sebagai tanda bahawa mereka tidak dilupakan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan seorang Muslim yang lain."

Itulah semangat yang cuba dibawa dalam Ziarah Kasih & Sumbangan Kebajikan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu diketuai oleh Sdr. Izzat Ghazali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Batu semalam.

Setiap rumah yang diziarahi mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ada yang sedang diuji dengan kesihatan, ada yang bergelut dengan beban kehidupan, dan ada yang sekadar memerlukan seseorang untuk mendengar.

Mudah-mudahan setiap langkah menuju rumah mereka, setiap salam yang dihulurkan, setiap senyuman yang dikongsi, dan setiap sumbangan yang disampaikan menjadi amal yang diterima di sisi Allah SWT.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan PAS Cawangan Flat Seri Kelantan yang sama-sama menjayakan usaha kecil ini. Semoga Allah SWT melapangkan rezeki dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang terlibat.

"Menggembirakan hati manusia adalah antara jalan menuju reda-Nya."

16/07/2026
Ustaz Khir calon terbaik untuk DUN Tiram. Ayuh pengundi, laksanakan tanggungjawab anda. Balik mengundi Sabtu ini, pilih ...
09/07/2026

Ustaz Khir calon terbaik untuk DUN Tiram. Ayuh pengundi, laksanakan tanggungjawab anda. Balik mengundi Sabtu ini, pilih calon No. 4 Ustaz Khir kita.

Alhamdulillah, saya amat menghargai setiap doa, kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat semua.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Sokongan ini menjadi pembakar semangat untuk saya terus istiqamah berkhidmat, mendengar suara rakyat dan berusaha membawa yang terbaik buat warga N.40 Tiram.

Doakan agar saya terus diberikan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah dalam memikul amanah ini.

โธป

N.40 Tiram, ๐Œ๐„๐’๐“๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐๐Ž.๐Ÿ’ Ustaz Khir

โ€œJom Jaga Tiramโ€
โ€œDemi Tiram Yang Sejahteraโ€




๐๐€๐’ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐›๐š๐ง๐ญ๐š๐ก ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ค๐จ๐ฆ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐š๐ฅKUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menyuarakan kebimbangan terha...
09/07/2026

๐๐€๐’ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐›๐š๐ง๐ญ๐š๐ก ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ค๐จ๐ฆ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan Projek Pembangunan Tapak Perkuburan Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi kaedah Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya mengingatkan kerajaan supaya tidak membenarkan unsur kapitalisme mencengkam sehingga melibatkan urusan pengebumian umat Islam.

Beliau berkata, pihaknya mengiktiraf keperluan mendesak untuk menyediakan tanah perkuburan Islam baharu berikutan kapasiti sedia ada yang semakin terhad.

Bagaimanapun tegasnya, pelaksanaan projek melalui model PPP itu menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan secara telus kepada rakyat.

Khususnya gesa Ustaz Azhar, berkaitan bentuk kerjasama, hak pengurusan, tempoh konsesi, penetapan kadar caj serta jaminan bahawa tanah perkuburan Islam tidak akan dikomersialkan.

Menurut beliau, isu sebenar bukan tertumpu kepada pembinaan tanah perkuburan semata-mata, sebaliknya siapa yang akan mengawal, mengurus dan menikmati manfaat ekonomi daripada kemudahan berkenaan pada masa hadapan.

โ€œTidak ada penjelasan sama ada syarikat swasta hanya membina infrastruktur atau turut diberikan hak mengurus operasi tanah perkuburan.

โ€œRakyat juga berhak mengetahui siapa yang akan menentukan kadar caj pengebumian dan apakah jaminan tanah perkuburan Islam tidak menjadi sektor berorientasikan keuntungan,โ€ katanya.

Beliau menegaskan, tanah perkuburan Islam merupakan amanah syarak yang berkait secara langsung dengan pelaksanaan fardu kifayah dan tidak seharusnya dilihat sebagai aset komersial.

Katanya, walaupun penglibatan sektor swasta dalam aspek teknikal dan pembinaan boleh dipertimbangkan, hak kawalan, dasar, kadar caj serta kepentingan awam hendaklah kekal di bawah kerajaan dan institusi agama.

PAS Wilayah Persekutuan turut mengingatkan bahawa sekiranya model PPP berkembang kepada penswastaan operasi sepenuhnya, ia berpotensi membawa implikasi seperti peningkatan kos pengebumian.

Juga beliau tidak menolak akan berlaku monopoli pengurusan tanah perkuburan, pengkomersialan urusan kematian serta beban kewangan lebih besar kepada waris, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan mengemukakan lima tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan, antaranya supaya mendedahkan kandungan utama perjanjian PPP secara terbuka.

Beliau juga menggesa kerajaan menjamin hak kawalan dan pemilikan tanah perkuburan Islam kekal di bawah kerajaan serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain tuntutnya agar mengehadkan penglibatan swasta kepada aspek pembinaan dan teknikal, mengawal kadar caj pengebumian serta menggubal dasar nasional yang mengiktiraf tanah perkuburan Islam sebagai kemudahan awam strategik tidak boleh dikomersialkan.

โ€œPAS Wilayah Persekutuan tidak menolak pembangunan atau kerjasama dengan sektor swasta, namun menegaskan sebarang pembangunan tidak boleh membuka ruang kepada pengkomersialan hak-hak awam yang menjadi amanah umat Islam.

โ€œTidak wajar satu demi satu kepentingan rakyat berpindah daripada amanah awam kepada penguasaan kapitalis sehingga akhirnya urusan kematian juga menjadi beban kewangan kepada rakyat.

โ€œTanah perkuburan Islam bukan sekadar sebidang tanah, tetapi lambang maruah umat dan amanah syarak yang wajib dipelihara berasaskan maslahah, keadilan dan kebajikan, bukan keuntungan korporat,โ€ katanya. โ€“ HARAKAHDAILY 7/7/2026

Address

7, Jalan 60/10, Taman Koperasi Polis, Batu Caves, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Batu:

Shortcuts

Sponsored

Share