Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser - KIDS

Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser - KIDS (Maybank 5640 9850 8578)

Sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang mendapat rawatan kanser kanak-kanak di Wad 10B, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur serta keluarga mereka. KIDS, nama singkatan kepada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser, merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

(Nombor pendaftaran: PPM 056–14–19012016) pada 19 Januari 2016. KIDS ditubuhkan oleh sekumpulan ibubapa/penjaga kepada kanak-kanak yang menghidapi kanser kanak-kanak di Wad Onkologi, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, yang juga dikenali sebagai Wad KK3. Penubuhan KIDS ini digerakkan oleh perasaan dan sikap prihatin serta tanggungjawab untuk menyediakan satu wadah rasmi bagi mengurus-selia aktiviti dan program yang bersifat sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang mendapat rawatan kanser kanak-kanak di Wad KK3 dan juga keluarga mereka. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, KIDS bertekad untuk bergerak lebih sistematik dan terancang dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi membantu kanak-kanak ini dan keluarga mereka.

🌿✨ *INFAQ JUMAAT REZEKI PENGHULU HARI* ✨🌿🌿🌱Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Hari Jumaat adalah penghulu segala...
06/08/2026

🌿✨ *INFAQ JUMAAT REZEKI PENGHULU HARI* ✨🌿

🌿🌱Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Rebutlah peluang memperbanyakkan sedekah kerana ia merupakan amalan yang sangat dicintai Allah SWT.

🌱🌿Memberi bukan bermula dengan banyaknya harta.
Memberi bermula apabila hati benar-benar yakin bahawa setiap rezeki datang daripada Allah, dan setiap yang diberikan kerana-Nya tidak akan pernah sia-sia.

🌱🌿Kadangkala, yang paling sukar bukan mengeluarkan wang daripada dompet. Tetapi mengeluarkan rasa cinta yang berlebihan terhadap dunia daripada hati.

🌱🌿Sedekah bukan sekadar membantu mereka yang memerlukan. Ia juga mendidik hati kita untuk lebih mencintai Allah daripada apa yang ada di tangan.

🌱🌿Semoga Allah mengurniakan kepada kita hati yang ringan untuk memberi dan ikhlas dalam setiap amal.

🌱🌿 Jom bersama menyumbang ke Tabung KIDS bagi membantu anak-anak pejuang kanser dan keluarga yang memerlukan.

🌱🌿Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurang harta kerana sedekah."
(Riwayat Muslim)❤️❤️

MESYUARAT KALI KE-2 AHLI JAWATANKUASA KIDS SESI 2026–2028Mesyuarat Kali Ke-2 Ahli Jawatankuasa KIDS bagi sesi 2026–2028 ...
06/08/2026

MESYUARAT KALI KE-2 AHLI JAWATANKUASA KIDS SESI 2026–2028

Mesyuarat Kali Ke-2 Ahli Jawatankuasa KIDS bagi sesi 2026–2028 telah berlangsung pada 01/08/2026 (sabtu) dengan jayanya di Plaza Rah Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 10 orang ahli jawatankuasa.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi KIDS, Puan Yumatini Binti Maon, yang merakamkan penghargaan atas komitmen serta kesungguhan semua ahli jawatankuasa dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Sepanjang mesyuarat, pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk perkembangan tugasan yang dipikul oleh setiap ahli jawatankuasa, perancangan aktiviti, serta usaha memperkukuhkan lagi gerak kerja KIDS demi kebajikan pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka.

Turut dibincangkan ialah pelbagai program menarik yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2026.

Program-program ini merangkumi aktiviti khas untuk pesakit kanak-kanak yang telah tamat rawatan kanser bagi memberi semangat dan meraikan perjalanan mereka sebagai pejuang kanser. Selain itu, KIDS juga akan terus menganjurkan pelbagai program kebajikan, sokongan emosi, lawatan, serta sumbangan keperluan asas kepada pesakit kanser kanak-kanak yang masih menjalani rawatan.

Semoga segala perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada lebih ramai pejuang kanser kanak-kanak serta keluarga mereka. KIDS akan terus komited menjadi wadah sokongan, harapan dan kasih sayang buat anak-anak kanser .

Semoga segala usaha murni ini dipermudahkan dan menjadi asbab kegembiraan serta kekuatan kepada setiap pejuang kanser kanak-kanak dan keluarga mereka.

❤️ EDARAN SUMBANGAN SUSU & PAMPERS UNTUK ANAK-ANAK KANSER ❤️Alhamdulillah, pada 2 Ogos 2026(Ahad), KIDS telah mengadakan...
04/08/2026

❤️ EDARAN SUMBANGAN SUSU & PAMPERS UNTUK ANAK-ANAK KANSER ❤️

Alhamdulillah, pada 2 Ogos 2026(Ahad), KIDS telah mengadakan edaran sumbangan susu dan pampers kepada anak-anak pejuang kanser bertempat di Plaza Rah, Kuala Lumpur .Sumbangan ini telah di sampaikan oleh Pengerusi KIDS Puan Yumatini Binti Maon.

Seramai 30 orang pesakit kanser kanak-kanak telah menerima sumbangan hasil daripada keprihatinan dan kemurahan hati para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha KIDS dalam membantu keluarga yang memerlukan.

Sumbangan susu dan pampers ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban keluarga sepanjang anak-anak menjalani rawatan.

Setiap senyuman yang terukir pada wajah mereka menjadi inspirasi buat kami untuk terus berkhidmat dan menyantuni pesakit kanak-kanak ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah, dilimpahkan rezeki yang berkat, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

"Berkongsi rezeki, menyemai harapan dan menghadirkan senyuman buat pesakit kanser kanak-kanak ini❤️



🌿✨ INFAQ JUMAAT – REBUT PELUANG BERSEDEKAH ✨🌿Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Hari Jumaat ialah hari yang muli...
30/07/2026

🌿✨ INFAQ JUMAAT – REBUT PELUANG BERSEDEKAH ✨🌿

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari Jumaat ialah hari yang mulia dalam Islam. Marilah kita mengambil peluang memperbanyakkan amal soleh, termasuk bersedekah, semoga mendapat keredaan Allah SWT.

Sedekah bukan diukur pada banyaknya harta, tetapi pada keikhlasan hati. Apa sahaja yang kita infakkan di jalan Allah, walaupun sedikit, tetap bernilai di sisi-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan berkurang harta kerana sedekah."
(Riwayat Muslim)

Allah SWT juga berfirman:
"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki."
(Surah Al-Baqarah: 261)

🌿 Marilah bersama-sama menyumbang ke Tabung KIDS bagi membantu anak-anak pejuang kanser serta keluarga yang memerlukan.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah, dipermudahkan segala urusan, diluaskan rezeki yang berkat, dan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Aamiin...

🌸 Inspirasi  Survivor Kanser 🌸Nur Azwanie Azreen  binti  Zaini, 19 tahun, aktif menyertai pelbagai aktiviti di sekolah t...
25/07/2026

🌸 Inspirasi Survivor Kanser 🌸

Nur Azwanie Azreen binti Zaini, 19 tahun, aktif menyertai pelbagai aktiviti di sekolah termasuk pertandingan memasak dan pertandingan menari di peringkat sekolah.

Penglibatan aktif beliau membuktikan semangat yang tinggi untuk terus mengembangkan bakat, membina keyakinan diri dan mencapai kejayaan.
Di sebalik senyuman dan kejayaan yang dikecapi hari ini, Azwanie merupakan seorang pejuang kanser yang disahkan menghidap Leukemia Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) pada tahun 2013.

Beliau telah menjalani rawatan kemoterapi dengan penuh ketabahan dan kekuatan sepanjang proses rawatan.

Alhamdulillah, setelah menamatkan rawatan, Azwanie kini sihat dan menjalani kehidupan yang aktif serta ceria. Beliau turut meraih pelbagai pencapaian yang membanggakan, antaranya:

🏆 Anugerah Sukan PPKI
🏆 Tempat Ketiga Pertandingan Rawi & Marhaban
🏆 Anugerah Permata Berlian
🏆 Naib Johan Pertandingan Chef Cilik Peringkat Daerah Sentul
🏆 Anugerah Kokurikulum 2022 (Penghargaan Wakil Sekolah)

Kisah Azwanie membuktikan bahawa kanser bukanlah penghalang untuk mengejar impian. Dengan semangat yang kental, sokongan keluarga serta usaha yang berterusan, beliau berjaya bangkit dan terus melakar pelbagai kejayaan yang membanggakan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Azwanie binti Zaini atas segala pencapaian yang diraih. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran, kokurikulum dan setiap bidang yang diceburi serta menjadi inspirasi kepada semua pejuang kanser di luar sana.

Ikhlas daripada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS). 💛🎗️

🌸 Kisah Inspirasi Pejuang Kanser 🌸Nur Shafina Shaera binti Lasahar, 15 tahun, disahkan menghidap Leukemia Acute Lymphobl...
23/07/2026

🌸 Kisah Inspirasi Pejuang Kanser 🌸

Nur Shafina Shaera binti Lasahar, 15 tahun, disahkan menghidap Leukemia Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) MR ke HR pada 22 November 2013, ketika usianya masih sangat kecil.

Perjalanan rawatannya bukanlah mudah. Demi peluang untuk sembuh, Shafina telah menjalani pemindahan sumsum tulang (Bone Marrow Transplant - BMT) pada 21 September 2014. Dengan kekuatan, kesabaran, doa keluarga serta usaha pasukan perubatan, Shafina berjaya mengharungi fasa rawatan yang mencabar.

Alhamdulillah, hari ini Shafina membesar sebagai seorang remaja yang ceria, sihat dan penuh keyakinan. Beliau kini aktif menyertai pelbagai aktiviti di sekolah, termasuk SAPELELE dan teater. Penglibatan aktifnya membuktikan bahawa seorang bekas pejuang kanser juga mampu mengejar impian, mengembangkan bakat dan menikmati kehidupan seperti rakan-rakan yang lain.

Semoga kisah Nur Shafina Shaera menjadi sumber inspirasi dan harapan buat semua adik-adik pejuang kanser serta keluarga mereka. Terus kuat, terus melangkah, dan jangan pernah berhenti mengejar impian. ❤️

🌿✨ SEDEKAH SAYYIDUL AYYAM ✨🌿Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Rebutlah...
16/07/2026

🌿✨ SEDEKAH SAYYIDUL AYYAM ✨🌿
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Rebutlah peluang memperbanyakkan sedekah kerana ia merupakan amalan yang sangat dicintai Allah SWT.

❤️ Jom bersama menyumbang ke Tabung KIDS bagi membantu anak-anak pejuang kanser dan keluarga yang memerlukan.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurang harta kerana sedekah."
(Riwayat Muslim)

✨ Walau hanya RM10, jika diinfakkan dengan ikhlas, ia mampu meringankan beban mereka, mengukir senyuman, dan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

🤲 Semoga Allah SWT menerima setiap sedekah kita, melipat gandakan pahala, meluaskan rezeki, mengurniakan kesihatan, ketenangan, serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

🌹 Jom rebut keberkatan Hari Jumaat. Bersedekahlah hari ini, semoga menjadi asbab kebahagiaan buat mereka dan keselamatan buat kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

🌸SUMBANGAN SUSU & PAMPERS KIDS🌸12 Julai 2026 (Ahad)Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) telah mengadak...
13/07/2026

🌸SUMBANGAN SUSU & PAMPERS KIDS🌸

12 Julai 2026 (Ahad)
Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) telah mengadakan program penyerahan sumbangan susu dan pampers kepada pesakit kanser kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Wad 10B, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Program dimulakan seawal pagi dengan persiapan sumbangan oleh Jawatankuasa KIDS. Menjelang tengah hari, sumbangan susu dan pampers yang diperlukan oleh kanak-kanak kanser di wad telah disusun rapi untuk diagihkan.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Hamidah binti Tajudin, Pengasas KIDS merangkap Timbalan Pengerusi KIDS, bersama Team Kebajikan KIDS.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga pejuang kanser cilik serta menjadi suntikan semangat buat mereka untuk terus kuat menjalani rawatan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama KIDS dalam menyantuni pejuang kanser cilik.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

🌸 DOAKAN PEJUANG KANSER CILIK, ADIK NUR SYAMIZA HUMAIRAH BINTI AZMI 🌸Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Seluruh ...
10/07/2026

🌸 DOAKAN PEJUANG KANSER CILIK, ADIK NUR SYAMIZA HUMAIRAH BINTI AZMI 🌸

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seluruh warga Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) memohon doa daripada semua buat adik Nur Syamiza Humairah binti Azmi (5 tahun), pejuang Ewing Sarcoma (Tulang Hidung) yang kini sedang menerima rawatan di ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga paras oksigennya menurun.
Marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar mengangkat segala kesakitan yang ditanggung oleh Humairah, mengurniakan kesembuhan yang sempurna, menguatkan tubuh kecilnya serta mempermudahkan setiap urusan rawatan.

Semoga Allah SWT juga mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan kepada kedua ibu bapanya dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Rasulullah SAW mengajarkan doa untuk orang yang sakit:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲

Ikhlas daripada:
Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS)

Address

KK3, Hospital Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Telephone

+60193242486

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser - KIDS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser - KIDS:

Shortcuts

Featured

Share