22/06/2026
📸 OFFICIALLY A WRAP: Konvensyen Penggiat Muzik 2026 Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya! 🎬✨
Alhamdulillah, Konvensyen Penggiat Muzik 2026 anjuran Persatuan Karyawan Malaysia yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya semalam.
Sejak bermula seawal jam 10.00 pagi semalam, dewan dipenuhi dengan aura positif, semangat kebersamaan serta pelbagai perkongsian bernilai daripada tokoh-tokoh industri, penggiat seni, ahli akademik dan generasi baharu industri muzik tanah air.
Sebanyak lima sesi utama telah berlangsung sepanjang konvensyen:
🎸 Sesi 1: Geran dan Konsert
• En. Para Rajagopal
• En. Shirazdeen Karim
• En. Aqmal Hakim
(Bersama moderator: Dato’ Freddie Fernandez)
🎼 Sesi 2: Pendidikan Muzik
• Prof. Dr. Ramona Tahir
• Prof. Dr. Tazul Izan Tajuddin
• En. Muhamad Syukor Ibrahim
• En. Wan Haris Wan Ismail
🤖 Sesi 3: AI dan Muzik
(Dimulakan dengan persembahan istimewa oleh Joe Burnmark)
• Dr. Moja Salim
• Hj. Rozman Abas
• En. Othman Masri
💿 Sesi 4: Hakcipta dan Royalti
• Dato’ Freddie Fernandez
• En. Ad Samad
• Pn. Kimmy Khir
📱 Sesi 5: Media Sosial dan Saluran Digital
• En. Joe Lee
• En. Prashan Chitty
• En. Melvin Wong
Konvensyen ini membuktikan bahawa industri muzik Malaysia terus berkembang melalui perkongsian ilmu, perbincangan strategik dan kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel, moderator, artis, penggiat seni, rakan media, salomakualalumpur menaja makan minum kami serta seluruh peserta yang hadir dan menjayakan konvensyen ini.
Semoga segala idea, cadangan dan resolusi yang diketengahkan akan menjadi pemangkin kepada masa depan industri muzik negara yang lebih mampan dan progresif.