马大新世代 NewGen UM

马大新世代 NewGen UM 【我反抗、故我们存在】
学生自治 | 校园共治

NewGen hari ini telah menyertai protes jalanan anjuran Sekretariat Tangkap Azam Baki bagi mempersoalkan kerajaan berhubu...
26/04/2026

NewGen hari ini telah menyertai protes jalanan anjuran Sekretariat Tangkap Azam Baki bagi mempersoalkan kerajaan berhubung:

1. Isu pemilikan saham berlebihan yang melibatkan Azam Baki

2. Dakwaan berkaitan “mafia korporat”

Sehingga hari ini, kerajaan masih belum memberikan sebarang respons rasmi terhadap kontroversi ini, malah masih belum menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menjalankan siasatan.

Sehubungan itu, NewGen Universiti Malaya mengemukakan dua tuntutan utama:

1. Penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI): Satu siasatan yang menyeluruh, adil dan telus mesti dijalankan terhadap skandal pemilikan saham Azam Baki serta konflik kepentingan yang berkaitan. Kebenaran mesti didedahkan dan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan perlu dipulihkan semula.

2. Reformasi institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM): Menukar individu tanpa mengubah sistem hanyalah penyelesaian sementara. Kami menuntut agar kuasa pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dipindahkan daripada tangan Perdana Menteri kepada Parlimen, supaya SPRM benar-benar dapat beroperasi secara bebas tanpa campur tangan kuasa eksekutif dalam menjalankan tugas membanteras rasuah.

Keadilan mungkin lambat, tetapi ia tidak boleh dihalang.

[HIMPUNAN TANGKAP AZAM BAKI]Esok akan berlangsung Himpunan Tangkap Azam Baki. Kepada semua yang berkelapangan, ayuh turu...
24/04/2026

[HIMPUNAN TANGKAP AZAM BAKI]

Esok akan berlangsung Himpunan Tangkap Azam Baki. Kepada semua yang berkelapangan, ayuh turun bersama menyatakan pendirian kita menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sekretariat telah menyediakan panduan protes untuk semua peserta, termasuk:

1. Senarai barang yang boleh dan tidak boleh dibawa
2. Maklumat keselamatan
3. Nombor hotline kecemasan sekiranya berlaku penahanan

Pastikan anda bersedia dan peka dengan panduan yang telah disediakan.

Jumpa anda semua di SOGO esok.

LAWAN RASUAH, LAWAN KORUPSI

[HIMPUNAN TANGKAP AZAM BAKI]Pada hari Sabtu ini, 25 April 2026, akan berlangsung Himpunan Tangkap Azam Baki di Dataran M...
20/04/2026

[HIMPUNAN TANGKAP AZAM BAKI]

Pada hari Sabtu ini, 25 April 2026, akan berlangsung Himpunan Tangkap Azam Baki di Dataran Merdeka. Peserta akan berkumpul di Sogo pada jam 3.00 petang sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka sebagai tanda solidariti menentang rasuah dan menuntut akauntabiliti. Sehubungan dengan itu, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menolak rasuah untuk bersama-sama turun ke himpunan ini untuk menyuarakan tuntutan secara aman dan tegas.

HIDUP RAKYAT, LAWAN RASUAH !




[JELAJAH TANGKAP AZAM BAKI | JOHOR]Presiden NewGen, Sdr. Lennards John, telah menghadiri dan menyampaikan ceramah dalam ...
20/04/2026

[JELAJAH TANGKAP AZAM BAKI | JOHOR]

Presiden NewGen, Sdr. Lennards John, telah menghadiri dan menyampaikan ceramah dalam program Jelajah Tangkap Azam Baki pada 18 April 2026 di Persatuan Bekas Penuntut Taiwan, Johor Bahru.

Dalam sesi tersebut, beliau telah menyemarakkan semangat hadirin untuk terus konsisten dalam perjuangan menuntut akauntabiliti serta mengajak orang ramai untuk turun berhimpun dalam Himpunan Tangkap Azam Baki yang bakal diadakan pada 25 April 2026 di Dataran Merdeka.

Jelajah di Johor ini merupakan edisi ketiga dan juga edisi kedua terakhir, selepas kejayaan penganjuran di Pulau Pinang dan Kelantan.

Sehubungan itu, NewGen menyeru semua untuk turut hadir ke ceramah grand finale pada 22 April 2026 di KL-Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), serta bersama-sama menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki pada 25 April ini.

Ayuh bangkit, suarakan kebenaran!



[SIDANG MEDIA: KLUSTER KANSER RADIASI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)]Sekretariat ReformIPT telah selesai menga...
17/04/2026

[SIDANG MEDIA: KLUSTER KANSER RADIASI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)]

Sekretariat ReformIPT telah selesai mengadakan sidang media berhubung isu kluster kanser radiasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sidang media ini turut dihadiri oleh mangsa, Puan Fauzia, wakil peguam Puan Fauzia daripada Messrs Aimee & Zaim Arif, serta wakil-wakil gerakan mahasiswa yang bersama-sama menyuarakan kebimbangan terhadap isu ini.

Dalam sidang media tersebut, Sekretariat ReformIPT menegaskan tuntutan agar pihak PPUM memberikan maklum balas yang jelas, telus dan bertanggungjawab terhadap segala persoalan serta tuntutan yang telah dikemukakan.

Sekiranya tiada sebarang maklum balas yang memuaskan diberikan oleh pihak PPUM, Sekretariat ReformIPT tidak teragak-agak untuk turun berhimpun pada Hari Pekerja di hadapan PPUM sebagai tanda solidariti dan desakan terhadap keadilan.


Step into the New Generation Universiti Malaya Join us for Club & Society Day filled with fun, games, and new friendship...
08/04/2026

Step into the New Generation Universiti Malaya
Join us for Club & Society Day filled with fun, games, and new friendships!

🗓 9 April 2026 (Thursday)
⏰ 9AM – 7PM
📍 KPS

🎲 Monopoly
♟ Chinese Chess
🏓 Ping Pong Cup Game

Don’t miss out—bring your friends and come have fun with us! 💥

Step into the New Generation Universiti Malaya Join us for Club & Society Day filled with fun, games, and new friendship...
08/04/2026

Step into the New Generation Universiti Malaya
Join us for Club & Society Day filled with fun, games, and new friendships!

🗓 9 April 2026 (Thursday)
⏰ 9AM – 7PM
📍 KPS

🎲 Monopoly
♟ Chinese Chess
🏓 Ping Pong Cup Game

Don’t miss out—bring your friends and come have fun with us! 💥

[SOLIDARITI BUAT HAMDIN, PEKO DAN AHSANUL]Hamdin, Peko dan Ahsanul kini ditahan disebabkan selapas mengangkat plakad "Ta...
07/04/2026

[SOLIDARITI BUAT HAMDIN, PEKO DAN AHSANUL]

Hamdin, Peko dan Ahsanul kini ditahan disebabkan selapas mengangkat plakad "Tangkap Azam Baki" dalam satu protes senyap di hadapan Azam Baki di PWTC dan dibawa ke IPD Dang Wangi.

Mohon kawan-kawan semua hadir di hadapan IPD Dang Wangi sekarang ataupun share post bersolidariti.

New Generation Universiti Malaya tuntut mereka dibebaskan dengan segera!

[SELAMAT HARI RAYA]NewGen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraika...
21/03/2026

[SELAMAT HARI RAYA]

NewGen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikannya.

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat kebersamaan, mengeratkan silaturahim, serta membuka lembaran baharu dengan hati yang suci dan penuh keikhlasan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna mengubat rindu, menyemai kasih, dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan kita semua.

Dalam kemeriahan menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa, janganlah kita lupa untuk terus menabur kebaikan, menyantuni sesama insan, dan memperkukuh semangat kebersamaan demi masa depan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada kami di NewGen, semoga Syawal ini disambut dengan penuh kegembiraan, keberkatan, dan kasih sayang bersama insan tersayang.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri! ✨🌙




[AGIHAN MAKANAN NEWGEN X DEMOKRAT BERSAMA GEMOK]Pada 10 Mac yang lalu, NewGen dan Demokrat telah bekerjasama dengan GEMO...
20/03/2026

[AGIHAN MAKANAN NEWGEN X DEMOKRAT BERSAMA GEMOK]

Pada 10 Mac yang lalu, NewGen dan Demokrat telah bekerjasama dengan GEMOK, sebuah NGO yang komited dalam memberikan makanan percuma kepada masyarakat sekitar.

Sebanyak 500 paket makanan telah berjaya diagihkan kepada warga Universiti Malaya. Daripada jumlah tersebut, 200 paket diagihkan kepada staf, pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi di Fakulti Perubatan, manakala 300 paket lagi diagihkan di UM Central.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja utama, Tasty Touch Catering, atas sumbangan 500 paket makanan ini.

Semoga agihan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta berkongsi rezeki bersama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.





Address

Kuala Lumpur
50603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 马大新世代 NewGen UM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 马大新世代 NewGen UM:

Featured

Share