Jabatan Amal Negeri Melaka Official

Jabatan Amal Negeri Melaka Official beramal kerana Allah

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَJabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Melaka merakamkan ucapan tak...
04/08/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah kepada Tuan Omar Taib (Omar Muallim), anggota senior Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tangga Batu yang banyak berjasa, atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Ustazah Mardziah binti Haji Abdul Wahid.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap Allah SWT. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Semoga Tuan Omar serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Al-Fatihah.

SELAMAT HARI BOMBA 2026 | JAM MELAKASetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota bomba ...
04/05/2026

SELAMAT HARI BOMBA 2026 | JAM MELAKA

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota bomba atas keberanian, komitmen serta pengorbanan dalam memastikan keselamatan masyarakat dan negara sentiasa terpelihara.

Jasa dan bakti yang dicurahkan amatlah dihargai dan tidak ternilai.

Ikhlas daripada:
Jabatan Amal Malaysia Negeri Melaka



Hujan lebat melanda Melaka ketika ini.Di kawasan Merlimau, kejadian pokok tumbang telah mengganggu laluan lori dan kende...
27/04/2026

Hujan lebat melanda Melaka ketika ini.

Di kawasan Merlimau, kejadian pokok tumbang telah mengganggu laluan lori dan kenderaan lain.

Alhamdulillah, petugas Jabatan Amal Malaysia Melaka bersama orang awam tampil membantu bagi melancarkan semula perjalanan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semua berada dalam keadaan selamat.

"Beramal kerana Allah"

LENSA AMAL | SAMBUTAN HARI RAYA PAS MALAYSIA 2026Alhamdulillah, semalam menyaksikan komitmen luar biasa anggota Jabatan ...
12/04/2026

LENSA AMAL | SAMBUTAN HARI RAYA PAS MALAYSIA 2026

Alhamdulillah, semalam menyaksikan komitmen luar biasa anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) dari seluruh negara yang turun ke Melaka, memikul amanah dalam tugasan keselamatan, kawalan lalu lintas dan pengurusan parkir.

Seawal pagi hingga petang, semuanya bergerak tersusun, tenang dan profesional.

Jika parkir kelihatan teratur, laluan lancar tanpa sesak, di situlah peranan mereka yang bekerja tanpa banyak bicara, hanya berkhidmat kerana Allah.

Syabas buat para petugas JAM Melaka, dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh petugas JAM Malaysia serta Briged Muslimat yang sama-sama menjayakan program dengan penuh disiplin.

Tahun lepas hadir sebagai peserta Jambori Amal…
Semalam hadir p**a sebagai “peserta jamuan makan” 🤭

Namun hakikatnya, jiwa Amal tetap sama: sentiasa bersedia berkhidmat bila dipanggil.

Bila semboyan dibunyikan, mereka hadir tanpa alasan. Beramal kerana Allah!






Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Negeri Melaka Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share