Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Pemenang Anugerah 5 Bintang KBS (2013, 2014, 2018, 2019, 2022) & NGO Islam Terbaik Wilayah (2018).

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani (CSO) yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah di

daftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.

SELAMAT HARI BAPA21 Jun 2026'Sehebat kasih bapa'Lelaki Qawwam adalah lelaki budiman yang mentaati Allah dan Rasul, berpe...
21/06/2026

SELAMAT HARI BAPA

21 Jun 2026
'Sehebat kasih bapa'

Lelaki Qawwam adalah lelaki budiman yang mentaati Allah dan Rasul, berperanan sebagai pentadbir, pemimpin dan wali yang mampu menafkahi, melindungi, membimbing dan menyayangi keluarga dan insan sekelilingnya, secara berterusan dan aktif, selaras dengan syariat Islam. Keperibadian lelaki yang budiman merupakan tuntutan Islam dan ia merupakan sifat mulia yang dipuji oleh Allah SWT dalam al-Quran dan disebut dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis.

Seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap empat golongan wanita di akhirat kelak, iaitu ibunya, isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Lelaki diamanahkan menjadi ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita, sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT Surah al-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...”

Allah SWT telah menganugerahkan potensi kepimpinan kepada lelaki seperti keberanian, kekuatan agama, akal, rasional, tidak mudah didorong oleh perasaan, fitrah penciptaan lelaki, yang mana ia berbeza daripada wanita. Sehubungan itu, sesuai dengan potensi dan penghormatan begitu tinggi yang diberikan, maka kaum lelaki berkewajipan untuk menguruskan keluarga serta mengatasi persoalan dan krisis yang timbul dalam rumah tangga dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Sumber: Jakim

Ayuh ikut serta!
20/06/2026

Ayuh ikut serta!

⚽ DAKWAH PIALA DUNIA 2026 ⚽

Qiamullail • Bicara M***i • Tayangan Perlawanan Piala Dunia

Jom hidupkan malam hujung minggu dengan pengisian rohani dan semangat ukhuwah sempena Piala Dunia 2026!

📅 21 Jun 2026 (Ahad)
🕝 2.30 Pagi
📍 DEWAN TERBUKA MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU

✨ Antara aktiviti menarik:
🔹 Bicara M***i Wilayah Persekutuan
🔹 Ucapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
🔹 Tayangan Perlawanan Piala Dunia
🇩🇪 Jerman 🆚 🇨🇮 Ivory Coast
🔹 Qiamullail
🔹 Solat Subuh Berjemaah
🔹 Sarapan Pagi

🎙️ Menampilkan:
▪️ YB Senator Dr. Hj. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
▪️ Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz Bin Fadzil, M***i Wilayah Persekutuan
▪️ Khushairi Aizad Jamalludin
▪️ Shahril Arsat
▪️ Imam Muda Asyraf

🍽️ Jamuan disediakan

Ayuh bersama-sama memanfaatkan keberkatan malam dengan menggabungkan kecintaan kepada sukan dan penghayatan nilai-nilai Islam. Semoga menjadi medan mengeratkan silaturahim, memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan jiwa dengan ibadah.

🤲🇲🇾


UNTIL EVERYONE IS SAFE: REFUGEES HUMAN DIGNITY AND THE MORAL TEST OF OUR TIMEBy Ahmad Fahmi Mohd SamsudinPresident, Musl...
20/06/2026

UNTIL EVERYONE IS SAFE: REFUGEES HUMAN DIGNITY AND THE MORAL TEST OF OUR TIME

By Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
President, Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
Chief Executive Officer, Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Every era faces its own civilisational test. In Malaysia today, one of the defining questions challenging our collective maturity as a nation is how we respond to the refugee issue at a time when fear, anger and prejudice increasingly shape public discourse.

Over the past few weeks, debates surrounding Rohingya refugees have revealed both the best and the most troubling sides of our society. Some have courageously defended the principles of humanity and justice. Others, however, have resorted to stereotyping, dehumanization, insults and calls for actions that go beyond the boundaries of law, ethics and basic human decency.

Read full article:

ABIM UNTIL EVERYONE IS SAFE: REFUGEES HUMAN DIGNITY AND THE MORAL TEST OF OUR TIME By Ahmad Fahmi Mohd SamsudinPresident, Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)Chief Executive Officer, Global Peace Mission (GPM) Malaysia Every era

SEHINGGA SEMUA SELAMAT: HIJRAH, KARAMAH INSANIAH DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAIOleh Ahmad Fahmi Mohd SamsudinPresi...
20/06/2026

SEHINGGA SEMUA SELAMAT: HIJRAH, KARAMAH INSANIAH DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

Oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Setiap zaman mempunyai persoalan peradabannya yang tersendiri. Dalam konteks Malaysia hari ini, antara persoalan yang sedang menguji kematangan bangsa dan negara ialah bagaimana kita menyikapi isu pelarian ketika ketakutan, kemarahan dan prasangka semakin mempengaruhi sebahagian wacana awam.

Baca artikel penuh di:

ABIM SEHINGGA SEMUA SELAMAT: HIJRAH, KARAMAH INSANIAH DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI Oleh Ahmad Fahmi Mohd SamsudinPresiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Mission (GPM) Malaysia Setiap zaman

KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)JANGAN BINA KETAKUTAN TERHADAP RUMAH IBADAH20 Jun 2026 | 4 Muharram 1...
20/06/2026

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

JANGAN BINA KETAKUTAN TERHADAP RUMAH IBADAH

20 Jun 2026 | 4 Muharram 1448H

ABIM memandang serius kenyataan yang mempertikaikan pembinaan sebuah masjid warisan di hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) atas alasan kononnya ia bakal menimbulkan ketidakharmonian dan konflik budaya. Kehadiran rumah ibadah tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada identiti kosmopolitan sesebuah bandar, sebaliknya merupakan sebahagian daripada realiti masyarakat majmuk yang matang dan saling menghormati.

Hak umat Islam untuk beribadah dan membina rumah ibadah secara sah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kebimbangan yang timbul boleh dibincangkan secara rasional, namun tidak wajar sesuatu komuniti atau institusi agama dinilai berdasarkan andaian dan ketakutan terhadap perkara yang belum berlaku. Keharmonian tidak dibina melalui syak wasangka, tetapi melalui keadilan dan saling menghormati.

ABIM menyeru semua pihak agar terus memelihara budaya dialog, toleransi dan persefahaman yang menjadi asas kekuatan negara. Malaysia tidak memerlukan politik ketakutan. Malaysia memerlukan keyakinan bahawa kepelbagaian yang diurus dengan adil merupakan sumber kekuatan dan kemajuan bersama.

“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

DISKUSI MADANI: FORMULA ISLAH PROF. SYEIKH DR. AHMAD AL-RAYSUNI 18 Jun 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Diskusi M...
20/06/2026

DISKUSI MADANI: FORMULA ISLAH PROF. SYEIKH DR. AHMAD AL-RAYSUNI

18 Jun 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World bertempat di Zenith Hotel, Putrajaya dan secara atas talian anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia dan Nadwah Ilmuwan.

Pengisian telah diberikan oleh Prof. Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni (Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1448H/2026) dan diterjemahkan secara langsung oleh Ustaz Marwan Bukhari.

Antara intipati perkongsian Syeikh al-Raysuni:

1️⃣ Integriti Maqasid Syariah: Beliau menegaskan Maqasid Syariah tidak boleh dipisahkan daripada al-Quran dan Sunnah, serta tidak boleh digunakan secara longgar atau semberono tanpa disiplin ilmu yang kukuh.
2️⃣ Fokus Teras Gerakan Islam: Mengingatkan para penggerak agar tidak terlalu tenggelam dalam persaingan politik sehingga mengabaikan tugas hakiki iaitu dakwah, tarbiah, dan pembinaan masyarakat.
3️⃣ Keterbukaan yang Kritis: Umat Islam perlu menerima ilmu dan teknologi bermanfaat daripada tamadun luar secara kritis berdasarkan acuan iman, akhlak, dan kekuatan institusi kekeluargaan.
4️⃣ Pemerkasaan Peranan Wanita: Menyokong penuh penglibatan wanita dalam pendidikan, kerjaya, dan kepimpinan di ruang awam, dengan penekanan kepada keseimbangan tanggungjawab keluarga yang dipikul bersama oleh suami dan isteri.

Semoga mutiara ilmu daripada Syeikh al-Raysuni ini menjadi panduan buat kita dalam menggerakkan agenda pencerdasan dan pemerkasaan umat dengan
lebih baik.

Kredit: Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

MaqasidSyariah
55tahunabim

ABIM HADIRI MAJLIS HI-TEA RAKAN NIAGA JAMAAH (RNJ)17 Jun 2026 – Alhamdulillah, ABIM berkesempatan hadir ke Majlis Hi-Tea...
20/06/2026

ABIM HADIRI MAJLIS HI-TEA RAKAN NIAGA JAMAAH (RNJ)

17 Jun 2026 – Alhamdulillah, ABIM berkesempatan hadir ke Majlis Hi-Tea Rakan Niaga Jamaah (RNJ) yang diadakan di Bangi Convention Centre (BCC). Acara ini menjadi platform bagi mengukuhkan jaringan perniagaan dalam kalangan usahawan Jamaah.

Turut diadakan sesi pembentangan strategik daripada Koperasi Belia Islam (KBI) Malaysia berkaitan peluang serta projek kerjasama baru bagi memperkasa koperasi.

Majlis turut dimanfaatkan sepenuhnya sebagai ruang jaringan santai selain peluang bertukar pandangan, serta membincangkan potensi kerjasama.

Semoga jaringan yang terbina hari ini dapat memangkin jalinan perniagaan dan ukhuwah buat semua Rakan Niaga Jamaah yang terlibat.

SOLAT JUMAAT DI OUTREACH OASIS BUKIT BINTANG 19 Jun 2026 – Alhamdulillah, umat Islam di sekitar kawasan tumpuan pelancon...
19/06/2026

SOLAT JUMAAT DI OUTREACH OASIS BUKIT BINTANG

19 Jun 2026 – Alhamdulillah, umat Islam di sekitar kawasan tumpuan pelancong Bukit Bintang kini mempunyai kemudahan baharu untuk menunaikan solat Jumaat berikutan bermulanya pelaksanaan solat Jumaat pertama di Outreach Oasis Bukit Bintang hari ini.

Solat Jumaat hari ini telah dipimpin dan disampaikan oleh Syeed Muhammad Lutfi bin Wan Yusuf, Imam dari Masjid Albukhary, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, menjelaskan bahawa kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat di Outreach Oasis ini diberikan secara sementara.

Inisiatif ini diambil bagi memudahkan masyarakat Islam, baik penduduk tempatan mahupun pelancong, untuk menunaikan tuntutan ibadah di tengah kesibukan pusat bandar.

“Kebenaran ini diberikan sebagai langkah sementara sehingga surau Jumaat yang kekal di lokasi tersebut siap dibina,” ujar beliau.

Menurut Dr. Zulkifli, pihak kerajaan komited dalam menyediakan fasiliti ibadah yang lebih selesa dan tetap. Beliau menjangkakan lokasi kekal untuk solat Jumaat di kawasan tersebut akan mula beroperasi pada awal tahun hadapan.

Lokasi tetap itu difahamkan akan ditempatkan di bangunan Redland USG Properties (dahulunya dikenali sebagai bangunan Yayasan Selangor).

Pembukaan ruang solat Jumaat di pusat tumpuan ramai ini diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada umat Islam, sekali gus mencerminkan keprihatinan pihak berkuasa dalam memastikan syiar Islam terus terpelihara.

Kredit: Zulkifli Hasan


SOLAT JUMAAT OUTREACH OASIS BUKIT BINTANG150 jemaah pertama solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang
19/06/2026

SOLAT JUMAAT OUTREACH OASIS BUKIT BINTANG

150 jemaah pertama solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang

Kuala Lumpur: Buat pertama kalinya, solat Jumaat diadakan di Outreach Oasis Bukit Bintang yang memuatkan kira-kira 150 jemaah.

EBOOK TERJEMAHAN KARYA TOKOH MAAL HIJRAH (ANTARABANGSA) 1448H/2026 KEBEBASAN BERSUARA: PERATURAN DAN KAWALANOleh: Shaykh...
18/06/2026

EBOOK TERJEMAHAN KARYA TOKOH MAAL HIJRAH (ANTARABANGSA) 1448H/2026

KEBEBASAN BERSUARA: PERATURAN DAN KAWALAN

Oleh: Shaykh Dr. Aḥmad al-Raysūnī
Penterjemah: Mohd Khairul Anwar Ismail

Apakah memaki, mencaci dan mencela pihak lawan termasuk kebebasan bersuara? Apakah memfitnah juga adalah kebebasan bersuara? Apakah melemparkan serangan terhadap peribadi dan fizikal pihak lawan boleh juga dianggap kebebasan bersuara?

Apakah menghina musuh politik juga adalah kebebasan bersuara?

Kebebasan bersuara ada banyak kebaikan di dalam sebuah negara demokrasi, iaitu dalam fungsi check and balance. Tetapi Apakah batasan kebebasan bersuara? Benarkah kebebasan bersuara tiada had dan batasan?

E-buku ini sangat baik untuk dijadikan rujukan, dan merungkai persoalan tentang had dan batasan kebebasan bersuaran. Ia karangan asal Shaykh Dr. Aḥmad al-Raysūnī, yang bertajuk Ḍawābit Ḥurriyyah al-Ta‘bīr, iaitu Parameter Kebebasan Bersuara, yang kami judulkan sebagai Kebebasan Bersuara: Peraturan dan Kawalan.

E-buku ini boleh dimuatturun secara percuma melalui link berikut:
https://emaktabah.com/semua-judul-2/ -df_1125/1/

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

Address

No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60341084500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share