14/09/2026
YBR NEXTGEN BOOTCAMP 2026
13 September 2026 | UMPSA Kampus Paya Besar, Kuantan, Pahang
YBR NextGen Bootcamp 2026 yang berlangsung selama 3 hari bermula 11 hingga 13 September 2026 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Paya Besar, telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada teknik menjawab peperiksaan, strategi pembelajaran, ketahanan mental, perancangan hala tuju selepas SPM serta literasi kewangan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Menanggung Kerja Ketua Bahagian Operasi YBR, Encik Mohammad Ferdaus Muhammad Sharoni. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim; Penolong Pengurus Cawangan Bank Rakyat Pekan Pahang, Encik Wan Amrul Sani Wan Khalid; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan Pahang (Pembelajaran), Encik Noor Azizi Fain dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Pahang, Puan Rohana Moin.
Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik serta masa hadapan yang lebih gemilang.
Generasi hari ini, pemimpin masa hadapan.