02/07/2025
๐ KLMCC Sertai Food & Drinks Malaysia (FDM) by SIAL 2025 โ Platform Perkasa Usahawan Makanan & Minuman
๐
1 โ 3 Julai 2025 | ๐ MITEC, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) berbangga menyertai Food & Drinks Malaysia (FDM) by SIAL 2025 sebagai organisasi penyokong rasmi (supporting organisation) dalam acara perdagangan makanan dan minuman antarabangsa yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 Julai 2025.
Acara berprestij ini menghimpunkan lebih 450 syarikat pempamer dari seluruh dunia dan dijangka menarik kehadiran lebih 15,000 pelawat perdagangan, menjadi platform penting bagi menjalin kerjasama, mempamerkan inovasi dan merangsang pertumbuhan industri F&B serantau.
Sebagai pemegang taruh penting bagi perniagaan Bumiputera, KLMCC menyokong penuh inisiatif seperti FDM dalam membuka ruang kepada usahawan tempatan, khususnya PKS bumiputera untuk meneroka pasaran antarabangsa dan memperkukuh jaringan industri.
Antara tumpuan utama acara:
๐น Forum Halal dan teknologi makanan
๐น Pameran produk inovatif makanan & minuman
๐น Sesi padanan perniagaan dengan pembeli global
๐น Peluang perluasan pasaran eksport
KLMCC komited untuk terus memperkasakan usahawan PKS melalui sokongan terhadap acara strategik seperti ini, sejajar dengan misi membangunkan ekosistem perniagaan yang mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
Tahniah kepada pihak penganjur serta semua peserta atas kejayaan penganjuran FDM 2025.
&BMalaysia