Mppsz2 Setiawangsa

Directions

Mppsz2 Setiawangsa MPP Kuala Lumpur Sub Zon 2 Setiwangsa

AduKL Cekap Dan PantasAlhamdulillah, dalam masa 24 jam aduan melalui AduKL berjaya diselesaikan. Keadaan penutup lubang ...
01/09/2026

AduKL Cekap Dan Pantas

Alhamdulillah, dalam masa 24 jam aduan melalui AduKL berjaya diselesaikan.
Keadaan penutup lubang di Jalan Sri Rampai yang membahayakan keselamatan pengguna jalanraya telah berjaya dibaiki dan selamat digunakan.

Syabas AduKL




ALHAMDULILLAH SELESAI MASAALAH LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA19 Ogos 2026; Setapak Jaya-  ADU@KL memberi tindak balas ya...
19/08/2026

ALHAMDULILLAH SELESAI MASAALAH LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA

19 Ogos 2026; Setapak Jaya- ADU@KL memberi tindak balas yang cekap dan pantas. Hanya mengambil masa 24 masalah lampu jalan yang tidak menyala berjaya di selesaikan dengan hanya melalui satu aduan secara on9 yang mudah kepada Adu@KL

Adu@KL mampu menyelesaikan masaalah kecil yang dihadapi oleh masyarakat sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang membuat aduan sendiri tanpa bantuan Wakil Rakyat.




PJRM BERGERAK KPDN WPKL 2026 PARLIMEN SETIAWANGSA Program Jualan Rahmah MADANI,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri da...
05/08/2026

PJRM BERGERAK KPDN WPKL 2026 PARLIMEN SETIAWANGSA

Program Jualan Rahmah MADANI, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kembali lagi diperkarangan dewan Dtasik Sri Rampai. PJRM menawarkan harga diskaun antara 10% hingga 30% untuk barang basah, makanan, dan keperluan harian di seluruh negara untuk membantu penduduk terutamanya kepada golongan B40..

Istimewa Jualan Rahmah di perkarangan Dewan Dtasik kali ini adalah, diatas kesudian Datuk Afdlin Shauki Aksan selaku Pengerusi MPP Zon Setiawangsa menyumbangkan 50 keping " beg shooping" kepada pengunjung yang hadir membeli belah barangan keperluan harian hari ini.

Terima kasih juga di ucapkan kepadan En Herman dan team beliau dari Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan yang sudi hadir dan mengadakan aktiviti Komuniti Madani ketika Jualan Rahmah berlangsung.

Sambutan dari penduduk dalam kawasan Sub Zon Dua dan sekitar Setiawangsa teramsuk Wangsa Maju sangat menggalakan.




Penutup Longkang Pecah Berhampiran Dewan D'Tasik Sri Rampai27 Julai 2026, Sri Rampai- Alhamdulillah. Selepas 5 hari Majl...
28/07/2026

Penutup Longkang Pecah Berhampiran Dewan D'Tasik Sri Rampai

27 Julai 2026, Sri Rampai- Alhamdulillah. Selepas 5 hari Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 membuat aduan kepada pihak DBKL, berkaitan penutup longkang yang pecah berhampiran dewan Dtasik Sri Rampai telah berjaya di selesaikan.

Terima kasih kepada Dewan Bandaraya yang telah mengambil tindakan segera keatas aduan yang dilakukan oleh MPPSZ Parlimen Setiawangsa.




24/07/2026

Pertandingan Bowling MPPSZ2 Bersama Komuniti Parlimen Setiawangsa

16 Julai 2026, Setiawangsa- Alhamdulillah selesai penganjuran Pertandingan bowling MPPSZ2 bersama Komuniti Parlimen Setiawangsa. Terima kasih kepada Datuk Haji Afdlin Shauki bin Aksan Pengerusi MPP Zon Parlimen Setiawangsa yang sudi hadir merasmikan pertandingan sekaligus bermain bersama penduduk yang hadir mewakili persatuan penduduk sekitar Parlimen Setiawangsa.




Longgokan Dahan Dan Ranting Pokok Berhampiran Dewan D'Tasik 22 Julai 2026, Sri Rampai- Alhamdulillah Selepas beberapa ja...
22/07/2026

Longgokan Dahan Dan Ranting Pokok Berhampiran Dewan D'Tasik

22 Julai 2026, Sri Rampai- Alhamdulillah Selepas beberapa jam membuat aduan kepada pegawai Alam Flora, kawasan ini telah di bersihkan. Dahan dan ranting pokok yang patah akibat hujan dan angin kuat yang di longgokan ditepi pagar dewan Dtasik Sri Rampai sejak hampir dua minggu lepas kini sudah dialihkan oleh Alam Flora.

Terima kasih kepada Alam Flora kerana telah mengambil tindakan pantas selepas menerima aduan dari Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Parlimen Setiawangsa.




Pertandingan Bowling MPPSZ2 Bersama Komuniti Parlimen Setiawangsa 16 Julai 2026, Setiawangsa- Alhamdulillah selesai peng...
16/07/2026

Pertandingan Bowling MPPSZ2 Bersama Komuniti Parlimen Setiawangsa

16 Julai 2026, Setiawangsa- Alhamdulillah selesai penganjuran Pertandingan bowling MPPSZ2 bersama Komuniti Parlimen Setiawangsa. Terima kasih kepada Datuk Haji Afdlin Shauki bin Aksan Pengerusi MPP Zon Parlimen Setiawangsa yang sudi hadir merasmikan pertandingan sekaligus bermain bersama penduduk yang hadir mewakili persatuan penduduk sekitar Parlimen Setiawangsa. Dalam ucapan perasmiannya Datuk Afdlin Shauki mengucapkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa MPPSZ2 yang telah berusaha dan bekerja keras menjayakan program pertandingan bowling yang julung kali diadakan.

Ribuan terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Tuan Ashraf Bin Mazlan, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ajk-Ajk MPP Zon Parlimen Setiawangsa, Pengerusi-Pengerusi Sub Zon, Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk bersama wakil masing masing dan orang ramai yang hadir sebagai penyokong.

Penganjuran pertandingan bowling ini bukan bertujuan untuk mencari pemain atau kumpulan yang terhebat dan berjaya menjadi juara, pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengenali diantara satu sama, memupuk semangat muhibah dan saling bantu membantu dikalangan penduduk setempat.. Sepanjang pertandingan berlansung dapat dilihat dengan jelas suasana riang ria, pergaulan mesra bersama rakan rakan baharu di kenali dan sorak menyorak memberi semangat kepada peserta yang mengambil bahagian.

Pertandingan yang bersifat kekeluargaan ini dihadiri lebih 100 orang peserta termasuk penyokong kumpulan masing masing

Saya mewakili semua Ahli Jawatan Kuasa MPPSZ2, ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam program kali ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.

Hj.Mohd Asri Hj.Mohd Nor
Pengerusi MPPSZ2
Parlimen Setiawangsa




🛒✨ JUALAN RAHMAH MADANI BERGERAK MPPSZ DUA PARLIMEN SETIAWANGSA✨🛒22 Jun 2026- Alhamdulillah Jualan Rahmah MPPSZ Dua tela...
23/06/2026

🛒✨ JUALAN RAHMAH MADANI BERGERAK MPPSZ DUA PARLIMEN SETIAWANGSA✨🛒

22 Jun 2026- Alhamdulillah Jualan Rahmah MPPSZ Dua telah diadakan di,

*Lokasi* : Jalan 58/26 Sri Rampai
*Tarikh* : 22 Jun 2026 (Isnin)
*Masa* : 4.00 ptg – 8.00 ml

Pelbagai jenis barangan keperluan harian pada harga lebih rendah daripada harga pasaran ditawarkan kepada rakyat setempat.

Sambutan dan kehadiran sangat membanggakan dan ramai yang memuji dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mengadankan jualan Rahmah untuk barangan keperluan harian utama kepada rakyat pada harga istimewa yang 30% lebih murah.

✅ Jimat perbelanjaan keluarga
✅ Harga Rahmah yang berpatutan
✅ Mudah dan dekat dengan komuniti

*RAHMAH ITU BERKAT*






KULIAH SUBUH PERDANA AWAL MUHARRAM 1448H MPP SUB ZON DUA BERSAMA MASJID ABU UBAIDAH AL JARRAH SRI RAMPAI17 Jun 2026, Sri...
17/06/2026

KULIAH SUBUH PERDANA AWAL MUHARRAM 1448H MPP SUB ZON DUA BERSAMA MASJID ABU UBAIDAH AL JARRAH SRI RAMPAI

17 Jun 2026, Sri Rampai- Alhamdulillah usai majlis ilmu kuliah subuh MPP Sub Zon Dua Setiawangsa bersa- ma Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah (MAU) Sri Rampai sempena sambutan Maal Hijrah 1448.

Kuliah subuh yang bermula selepas solat subuh berjemaah di dewan solat utama telah disampaikan oleh Pendakwah Bebas PU Faiz. Dalam kuliahnya PU Faiz mengimbau kembali peristiwa Maal Hijrah yang merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana pada hari tersebut berlakunya peristiwa penting dalam sejarah umat Islam dimana peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Disamping menimbau sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W, Ustaz PU Faiz juga mengajak umat Islam supaya terus bersatu padu dan saling menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum , usia dan agama.

Turut hadir bersama dalam program Kuliah Subuh anjuran bersama MPP Sub Zon Dua dan Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah hari ini ialah Pengerusi MPP Setiawangsa, YBhg Datuk Hj Afdlin Shauki, Pengerusi Masjid Abu Ubaidah yang baharu dilantik YBhg Datuk Noor Azman bin Idris Pengerusi MPP Sub Zon Dua, En Mohd Asri Hj Mohd Nor serta Ajk MPP Sub Zon Dua Setiawangsa dan sekitar 150 jemaah dari sekitar Setapak Jaya dan Sri Rampai.

Selepas selesai majlis kuliah subuh, beberapa Ajk dari MPP Sub Zon Dua telah membantu mengagihkan makanan kepada jemaah yang hadir mendengar dan meraikan sambutan Maal Hijrah 1448 di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Sri Rampai(MAU)





Pertandingan Pickleball Anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen  Setiawangsa Kuala Lumpur (MPPSWPKL) 2026.6 Jun, Set...
07/06/2026

Pertandingan Pickleball Anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Setiawangsa Kuala Lumpur (MPPSWPKL) 2026.

6 Jun, Setiawangsa, MPPWPKL Parlimen Setiawangsa telah menganjur pertandingan Pickleball yang diadakan di pusat Pickleball Premier di Setiawangsa, pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MPP Setiawangsa dan penduduk penduduk sekitar Setiawangsa. Kesemua enam sub zon yang berada dibawah Mpp Zon Setiawangsa telah menyertai pertandingan ini di samping penyertaan dari kalangan penduduk sekitar Setiawangsa.

Semoga penganjuran aktiviti bersama penduduk seperti ini diterus di masa hadapan bagi menerus dan menyemarakkan budaya sukan dan mengeratkan ukhwah di kalangan penduduk khususnya di dalam Parlimen Setiawangsa.


Address

Setiawangsa
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mppsz2 Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share