Yayasan TM

Directions Website Contact the organization

Yayasan TM A Purpose Driven Social Impact Foundation

TM (128740-P)

Yayasan TM (YTM) was formed in November 1994 and later incorporated in January 2007 under the Malaysian Trustees (Incorporation) Act 1952. It was established with the objectives of promoting education advancement by awarding scholarships, grants, bursaries, maintenance allowance and financial assistance to students irrespective of their family backgrounds. As of 2021, YTM is embarking on a transformation journey to elevate YTM into a more social impact-based foundation; focusing on three (3) strengthened pillars namely Education, Community & Nation Building, and Tourism, Culture & Heritage. YTM will spearhead TM Group’s Corporate Responsibility (CR) initiatives across TM Group in support of its Environment, Social and Governance (ESG) and Digital Malaysia aspirations.

Di Sarawak, MRSM Betong dijadikan pusat Program Tuisyen Pintar, iaitu inisiatif yang bertujuan membantu meningkatkan pre...
13/10/2026

Di Sarawak, MRSM Betong dijadikan pusat Program Tuisyen Pintar, iaitu inisiatif yang bertujuan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program ini memberi manfaat kepada 100 pelajar B40 dari empat sekolah harian berhampiran, termasuk SMK Spaoh yang merupakan salah sebuah sekolah angkat kami. Kelas tuisyen diadakan setiap hari Sabtu sebagai sokongan pembelajaran tambahan bagi mata pelajaran terpilih untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian gred.

Kerjasama strategik bersama Yayasan Pelajaran MARA - YPM ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk mengalami sendiri suasana dan teknik pembelajaran di sekolah berasrama penuh.

___

In Sarawak, MRSM Betong has been selected as the center for Program Tuisyen Pintar, an initiative aimed at strengthening students’ academic performance in their preparation for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

The program benefits 100 students from B40 families across four neighbouring daily schools, including SMK Spaoh, one of our adopted schools. Through weekly tuition classes held every Saturday, students receive additional academic support in selected subjects to help them achieve better grades.

This strategic collaboration with Yayasan Pelajaran MARA further broadens opportunities by enabling participants to experience the environment and learning techniques of a boarding school.




13/10/2026
13/10/2026
Yayasan TM (YTM), dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan rakan pelaksana Red A H...
11/10/2026

Yayasan TM (YTM), dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan rakan pelaksana Red A Humanitarian Development Global, telah menjayakan East Coast Coordination Exercise (EASTCOORD) 2026 bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan koordinasi Rakan NADMA NGO (badan bukan Kerajaan) dalam pengurusan bencana.

Melalui latihan berasaskan senario, perbincangan kumpulan berfokus dan sesi penilaian, program ini memberi tumpuan kepada tiga hasil utama :

- Memperkukuh kefahaman peranan dan koordinasi NGO dalam pengurusan maklumat, penyelarasan bantuan serta kerjasama dengan agensi kerajaan.

- Menilai potensi Rakan NADMA Joint Coordination Centre (RJOCC) sebagai mekanisme penyelarasan NGO bagi menyokong operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

- Mengenal pasti jurang operasi dan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan kesiapsiagaan serta keberkesanan tindak balas bencana pada masa hadapan.

EASTCOORD merupakan kesinambungan komitmen YTM sejak 2023 dalam memperkukuh kapasiti Rakan NADMA NGO melalui RANDEX, SACOORD (Sabah) dan SISCOORD (Sarawak).

Bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026, YTM terus komited menyokong usaha membina rangkaian NGO yang lebih bersedia, berkeupayaan dan mampu bekerjasama secara berkesan ketika bencana.

___

Yayasan TM (YTM), in collaboration with the National Disaster Management Agency (NADMA) and implementation partner RED A, successfully organised the East Coast Coordination Exercise (EASTCOORD) 2026 to strengthen disaster preparedness and coordination capabilities among Rakan NADMA NGO (non-governmental organisations).

Through scenario-based exercises, focus group discussions and evaluation sessions, the programme focused on three key outcomes :

- Strengthening understanding of roles and NGO coordination in information management, relief distribution and collaboration with government agencies.

- Assessing the potential of the Rakan NADMA Joint Coordination Centre (RJOCC) as an NGO coordination mechanism to support Disaster Operations Control Centres (PKOB).

- Identifying operational gaps and areas for improvement to enhance preparedness and the effectiveness of future disaster response efforts.

EASTCOORD builds on YTM's continued commitment since 2023 to strengthening Rakan NADMA NGO capabilities through RANDEX, SACOORD (Sabah) and SISCOORD (Sarawak).

In conjunction with National Disaster Preparedness Month 2026, YTM remains committed to building a more prepared, capable and coordinated NGO network to support disaster response efforts.




Inisiatif Rural Empowerment and Community Help (REaCH) 3.0 terus memperkukuh usaha memperkasa komuniti melalui kerjasama...
06/10/2026

Inisiatif Rural Empowerment and Community Help (REaCH) 3.0 terus memperkukuh usaha memperkasa komuniti melalui kerjasama Yayasan TM (YTM) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Majlis perasmian REaCH 3.0 yang berlangsung di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar, Selangor ini menjadi wadah untuk menyantuni komuniti setempat serta membuka lebih banyak peluang pembangunan melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan kepakaran.

Turut diadakan penyampaian bantuan dana perniagaan berjumlah keseluruhan RM60,000 kepada 20 usahawan komuniti yang telah mengikuti latihan keusahawanan. Bantuan ini bertujuan menyokong mereka mengembangkan perniagaan dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan. Produk yang dibangunkan oleh para usahawan dijangka akan diketengahkan semasa karnival komuniti pada akhir program, awal tahun hadapan.

Selain itu, komuniti turut berpeluang menyertai bengkel decoupage yang memberikan pendedahan kepada kemahiran kreatif dan berpotensi dikembangkan sebagai sumber pendapatan.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan TM, Puan Ainol Shaharina Sahar, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperluas impak sosial dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.

___

The Rural Empowerment and Community Help (REaCH) 3.0 initiative continues to strengthen efforts to empower communities through a collaboration between Yayasan TM (YTM) and Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

The REaCH 3.0 launch ceremony, held in Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar, Selangor, served as a platform to engage with the local community while creating greater opportunities for development through the sharing of knowledge, skills and expertise.

The event also saw the presentation of RM60,000 in business grants to 20 community entrepreneurs who had completed entrepreneurship training. The grants are aimed at supporting them in expanding their businesses and enhancing their income-generating potential. Products developed by the entrepreneurs are expected to be showcased during the community carnival at the end of the programme early next year.

In addition, community members had the opportunity to participate in a decoupage workshop, gaining exposure to creative skills that could potentially be developed into additional sources of income.

The ceremony was also attended by Yayasan TM Director, Puan Ainol Shaharina Sahar, reflecting YTM’s continued support in expanding social impact and enhancing community well-being.




05/10/2026

🎥 Sekitar Majlis Perasmian Rural Empowerment and Community Help (REaCH) 3.0 di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar, Selangor, hasil kerjasama Yayasan TM bersama UiTM Shah Alam.

___

A glimpse of the REaCH 3.0 launch at Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar, Selangor, in collaboration with UiTM Shah Alam.




Tahniah kepada Nurul Umairah Nur Hamdy, pemegang biasiswa kami selaku Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Universiti Keb...
02/10/2026

Tahniah kepada Nurul Umairah Nur Hamdy, pemegang biasiswa kami selaku Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM), atas pencapaian pasukannya menerima Anugerah Sinergi Kepimpinan Siswa pada Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026.

Anugerah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini merupakan pengiktirafan di peringkat nasional terhadap kepimpinan, kecemerlangan dan sumbangan mahasiswa. Majlis penganugerahan tersebut disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai penerima anugerah, KMUKM turut menerima wang tunai sebanyak RM8,000 serta geran mobiliti bagi menyokong usaha dan penglibatan mahasiswa yang lebih meluas. Selaku Setiausaha Agung, Umairah bersama barisan kepimpinan KMUKM memainkan peranan dalam memperkukuh sinergi mahasiswa serta menggerakkan pelbagai usaha yang memberi impak kepada komuniti universiti.

Yayasan TM berbangga menyaksikan pemegang biasiswa kami terus berkembang bukan sahaja dalam akademik, tetapi turut memimpin, menyumbang dan mencipta impak. Tahniah Umairah dan seluruh warga KMUKM! Teruskan melangkah dan memberi inspirasi.

___

Congratulations to Nurul Umairah Nur Hamdy, our scholar and Secretary-General of the Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM), on her team’s achievement in receiving the Anugerah Sinergi Kepimpinan Siswa at the Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026.

The award under the Ministry of Higher Education (MOHE), is a national-level recognition of student leadership, excellence and contributions. The award ceremony was officiated by the Prime Minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

As the recipient of the award, KMUKM also received a cash prize of RM8,000 and a mobility grant to support broader student initiatives and engagement. As Secretary-General, Umairah, together with the KMUKM leadership team, plays an important role in strengthening student synergy and driving various initiatives that create an impact within the university community.

Yayasan TM is proud to witness our scholars continue to shine not only academically, but also as leaders who contribute and create meaningful impact. Congratulations to Umairah and the entire KMUKM members! Keep moving forward and inspiring others.




Yayasan TM (YTM) meneruskan usaha mendekati dan menyokong komuniti melalui sumbangan keperluan makanan asas kepada pendu...
01/10/2026

Yayasan TM (YTM) meneruskan usaha mendekati dan menyokong komuniti melalui sumbangan keperluan makanan asas kepada penduduk di Apartment Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.

Seramai 100 keluarga dalam kalangan komuniti setempat menerima manfaat menerusi inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Kampung Haji Abdullah Hukum.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen YTM untuk membantu meringankan keperluan harian keluarga, di samping memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui pendekatan yang lebih dekat dan bermakna.

Bagi YTM, setiap usaha bersama komuniti membawa nilai tersendiri dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, berdaya tahan dan saling menyokong.

Terima kasih kepada Kawasan Rukun Tetangga Kampung Haji Abdullah Hukum atas kerjasama dalam menjayakan inisiatif ini.

___

Yayasan TM (YTM) continues its efforts to engage and support communities through the contribution of basic food essentials to residents of Apartment Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.

A total of 100 families from the local community benefited from the initiative, which was carried out in collaboration with Kawasan Rukun Tetangga Kampung Haji Abdullah Hukum.

This effort reflects YTM’s commitment to helping ease the daily needs of families while strengthening our connection with communities through meaningful and closer engagement.

For YTM, every community initiative carries its own value in helping to build a more caring, resilient and supportive society.

Our appreciation goes to Kawasan Rukun Tetangga Kampung Haji Abdullah Hukum for their collaboration in making this initiative possible.





IMMERSIO 2026 telah berjaya dilaksanakan dari 11 hingga 27 September 2026 di Muzium Telekom, dengan menampilkan karya se...
30/09/2026

IMMERSIO 2026 telah berjaya dilaksanakan dari 11 hingga 27 September 2026 di Muzium Telekom, dengan menampilkan karya seni interaktif, digital dan media baharu oleh 39 orang artis muda dari Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan The One Academy | masters train masters.

Bertemakan “PASAR”, IMMERSIO tahun ini mengangkat konsep pasar sebagai ruang dinamik yang menghimpunkan masyarakat, budaya, cerita, idea dan teknologi untuk berinteraksi serta mencetuskan hubungan dan pengalaman baharu.

Pameran ini menampilkan pelbagai karya seperti instalasi imersif, karya interaktif, seni digital dan pengalaman audiovisual yang memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka serta berinteraksi dengan seni dan teknologi. Pelaksanaan IMMERSIO 2026 terus memperkukuh peranan YTM dalam menyokong perkembangan seni digital, memupuk bakat kreatif muda serta menghubungkan warisan dengan teknologi kontemporari.

___

IMMERSIO 2026 was successfully held from 11 to 27 September 2026 at Muzium Telekom, showcasing interactive, digital and new media artworks by 39 young artists from Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) and The One Academy.

Themed “PASAR,” this year’s IMMERSIO explored the concept of a market as a dynamic space that brings together communities, cultures, stories, ideas and technology to encourage interaction and spark new connections and experiences.

The exhibition featured a diverse range of works, including immersive installations, interactive artworks, digital art and audiovisual experiences, offering visitors opportunities to explore and engage with art and technology. The successful implementation of IMMERSIO 2026 further reinforces YTM’s role in supporting the growth of digital art, nurturing young creative talent, and bridging heritage with contemporary technology.




Yayasan TM (YTM) bersama Food Aid Foundation meneruskan pelaksanaan YTM-FED (F&B Entrepreneur Development) 2026 edisi Pe...
30/09/2026

Yayasan TM (YTM) bersama Food Aid Foundation meneruskan pelaksanaan YTM-FED (F&B Entrepreneur Development) 2026 edisi Perak, sebuah inisiatif yang memperkasa peserta dengan ilmu dan kemahiran dalam keusahawanan, pemasaran serta pembangunan perniagaan.

Bertempat di Shen Jai TVET College, Ipoh, Perak, program kali ini memberi peluang kepada 21 peserta untuk menguji kemahiran yang dipelajari menerusi 6 modul pembelajaran melalui Pertandingan Culinary & Bakery.

Seramai 11 peserta kategori kulinari dan 10 peserta kategori bakeri mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam menghasilkan sajian terbaik untuk dinilai. Bukan sekadar menghasilkan produk, peserta turut dibimbing untuk memahami cara membawa produk mereka ke pasaran menerusi modul Digital & Marketing.

Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada strategi pemasaran digital dan penggunaan media sosial bagi memperkenalkan produk serta mengembangkan capaian perniagaan kepada lebih ramai pelanggan.

Daripada menghasilkan produk, membina kemahiran, hingga memasarkan kepada pelanggan, YTM-FED 2026 terus melengkapkan peserta dengan ilmu, kemahiran dan keyakinan untuk mengembangkan potensi mereka sebagai usahawan.

___

Yayasan TM (YTM), in collaboration with Food Aid Foundation, continues the implementation of YTM-FED (F&B Entrepreneur Development) 2026 in Perak, an initiative that empowers participants with knowledge and skills in entrepreneurship, marketing and business development.

Held at Shen Jai TVET College, Ipoh, Perak, the programme gave 21 participants the opportunity to put the knowledge and skills gained through six learning modules into practice through the Culinary & Bakery Competition.

A total of 11 participants in the Culinary category and 10 in the Bakery category showcased their creativity and skills by preparing their best creations for evaluation. Beyond product creation, participants were also equipped with the knowledge to bring their products to market through the Digital & Marketing module.

The session introduced participants to digital marketing strategies and the use of social media to promote their products and reach a wider customer base.

From creating products and building skills to bringing them to market, YTM-FED 2026 continues to equip participants with the knowledge, skills and confidence to unlock their potential as entrepreneurs.





Address

Level 6, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya
Kuala Lumpur
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan TM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan TM:

Shortcuts

Sponsored

Share